Friday 2 August 2013

100 Gambar: Penampakan Hantu Menggemparkan Dunia


Play Video sini:
Baca Selengkapnya >>

KISAH MAZNAH : Bagaimana Saya Mula Memelihara Anjing!


Salah satu adegan Maznah Yusif menjamu anjing peliharaannya dengan kuih raya yang menimbulkan kemarahan umat Islam.
PETALING JAYA – Jurulatih anjing, Maznah Mohd Yusof berkata, mazhab Imam Shafie yang diikuti umat Islam di Malaysia tidak menyatakan bahawa anjing adalah haram tetapi hanya memerlukan umat Islam melakukan samak jika bersentuhan dengan anjing dalam keadaan tertentu.
Jurutera industri itu berkata demikian ketika ditemubual G Vinod daripada Free Malaysia Today (FMT) pada 2011.
Maznah yang direman selama dua hari kerana menerbitkan video hari raya bersama anjing-anjingnya juga menegaskan bahawa keluarganya tidak pernah menyatakan bahawa anjing adalah haram.
“Terdapat beberapa perbezaan pendapat di dalam Islam. Di sini kami mengamalkan mazhab Imam Shafie yang tidak menyatakan anjing itu haram namun kita perlu melakukan samak jika memegang anjing dalam keadaan basah.”
Ketika ditanya apakah pandangan ahli keluarga ekoran peranannya sebagai jurulatih anjing, Maznah berkata, kebanyakan mereka tidak pernah mempertikaikannya.
“Namun seorang sepupu pernah bertanya sama ada saya ini masih lagi seorang Muslim atau tidak,” katanya.
Beliau menjelaskan rasa terpanggil untuk bekerja dengan anjing selepas menemui lima ekor anak anjing terbiar di kawasan tempat letak kereta di Queensbay Mall di Pulau Pinang.
Ketika itu dia bekerja sebagai Jurutera Industri namun tidak seronok dengan tugasnya dan bercadang mencari pekerjaan lain yang lebih memberi kepuasan.
“Saya bekerja sebagai jurutera industri dari 1998 sehingga 2007 di Pulau Pinang. Saya percaya kita mesti melakukan perkara yang kita minat dan kerja saya pada masa itu memang tidak memberi kepuasan kepada saya,” katanya.
Menceritakan lebih lanjut, dia dan rakan serumah telah membawa lima ekor anak anjing terbabit ke klinik haiwan kerana dua daripadanya kelihatan hampir mati.
Selepas pulih, ahli veterinar meminta mereka menghantar anak-anak anjing terbabit ke Persatuan Pencegahan Penganiayaan Terhadap Haiwan (SPCA).
“Namun kami terperanjat apabila SPCA memberitahu anjing-anjing itu perlu ‘disuntik untuk mati’ (put to sleep) kerana terlalu kecil untuk dijaga. Ketika itu anjing berkenaan hanya berusia dua minggu.
“Jadi kami ambil keputusan menjaga anjing-anjing terbabit,” katanya.
Maznah yang berkelulusan dari Amerika Syarikat kemudian membesarkan anjing-anjing berkenaan dengan menamakan mereka sebagai Yusni, Golek, Ciku, Oren dan Ross.
Beliau kemudian berpindah ke Rawang dan mendapati anjing-anjing di kawasan barunya juga jinak dengan dirinya.
“Di situ saya sedar bahawa itulah petanda yang saya perlu bekerja dengan anjing,” katanya.
Ekoran itu, dia memulakan langkah menimba ilmu bagaimana untuk melatih anjing dengan membaca buku-buku berkaitan selain mengumpul maklumat dari Internet.
“Saya banyak belajar daripada buku Cesar’s Way yang ditulis oleh Cesar Milan seorang jurulatih anjing dari Mexico,” katanya.
Justeru, Maznah menegaskan masyarakat perlu berhenti memikirkan bahawa anjing itu hanyalah seekor haiwan.
“Ada yang berkata anjing-anjing adalah teman baik lelaki. Bagi saya anjing-anjing ini adalah penjaga dan pengawal saya,” katanya lagi.
Maznah bagaimanapun berdepan masalah apabila memuat naik video sambutan Hari Raya bersama anjing-anjingnya ke YouTube.
Tindakannya itu mendapat kecaman umat Islam kerana video berkenaan menggunakan latar belakang suara takbir serta menjamu anjing-anjing terbabit dengan kuih raya.
Dia ditahan pada Rabu di Bukit Beruntung, Selangor dan dibawa ke Balai Polis Segamat untuk siasatan mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Hasutan.
Baca Selengkapnya >>

Op Daulat: Perkara Tersirat Yang Rakyat Perlu Tahu



OPERASI Daulat atau Ops Daulat yang dilancarkan ketiga-tiga cabang dalam Angkatan Tentera Malaysia dan pasukan polis semalam, merupakan satu sejarah baru dalam bidang peperangan di negara kita.

Walaupun pesawat pejuang pernah digunakan untuk mengebom kedudukkan pengganas komunis semasa era insurgensi dahulu tapi di era moden ini, inilah kali pertama pesawat pejuang canggih negara seperti FA 18D Hornet dan Hawk 208 digunakan untuk menghapuskan ancaman musuh.


Disamping itu, penggunaan pertama kali bom panduan laser atau biasa dipanggil Laser Guided Bomb (LGB) ini merupakan satu catatan baru dalam sejarah dalam bidang ketenteraan negara kita. Bom LGB Paveway seberat 500 paun yang digunakan semalam sebetulnya baru diperolehi pada 2011 dari syarikat Lockheed Martin, USA.



Bom ini sebenarnya tidak mampu memandu dirinya sendiri ke arah sasaran tanpa bantuan Ground LaserTarget Designation (GLTD). GLTD ini biasanya hanya dioperasikan oleh pasukan khas tentera udara, PASKAU yang perlu masuk ke dalam kawasan musuh untuk menandakan sasaran.



Dalam erti kata lain, sasaran tidak ditanda secara rawak sehingga ia boleh tersasar seperti yang didakwa ketua lanun Sulu, Azzumudie Kiram kepada abangnya, Jamalulail Kiram, setengah jam selepas serangan udara bermula pada 4 Mac 2013.

Hanya kerana ia tidak mengenai dan membunuh lanun-lanun Sulu tersebut, tidak bermaksud bom itu tersasar. Bom itu tdak tersasar, cuma sasarannya bukan lanun Sulu seperti jangkaan Azzumudie. Atau mungkin juga sasarannya mengena dan semua lanun berkenaan hancur berkecai sehingga sukar dikenal pasti.

Persoalan ini bagi menjawab persoalan ramai, pihak kenapa setakat ini pasukan keselamatan hanya berjaya menjumpai mayat 12 lanun Sulu yang terbunuh dalam pertempuran dengan pasukan Komando VAT69 pada Jumaat lepas, yang turut mengorbankan 2 anggota mereka dan mencederakan 3 yang lain.

Ingat, proses menggeledah oleh pasukan khas keselamatan dari rumah ke rumah, masih belum selesai dan sama-samalah kita berdoa agar semua lanun-lanun terbabit mati dan tidak menyusahkan lagi rakyat negara kita.

Amin.

Kredit -Sumber
Baca Selengkapnya >>

Lagi Kes Tembakan Terbaru.. Sempat Memandu Ke Balai Polis


Seorang peniaga emas cedera terkena tembakan yang dilepaskan ke arahnya ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat Jalan Makmur, Pandan Indah, Selangor, hari ini.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, ACP Amiruddin Jamaluddin, berkata dua lelaki menaiki motosikal Yamaha berwarna biru menghampiri kereta Toyota Camry yang dipandu peniaga itu pada jam 8.45 pagi.

"Seorang daripada lelaki terbabit melepaskan tiga das tembakan ke arah peniaga emas itu menyebabkan mangsa, Wong Foo Yui, 34, cedera di bahu," katanya.

Beliau berkata, dalam keadaan cedera, Wong memandu keretanya ke Balai Polis Pandan Indah, yang terletak kira-kira 500 meter dari tempat kejadian, untuk mendapatkan bantuan.


Amiruddin berkata, Wong yang berasal dari Jalan Klang Lama, kini dirawat di Hospital Ampang dan keadaannya dilaporkan stabil.

Kes tembak hari ini adalah yang keempat dalam tempoh lima hari minggu ini.

Isnin lalu, Pengasas Arab Malaysian Bank Hussain Ahmad Najadi, 75, maut manakala isterinya, Chong Mei Kuen, 49, cedera parah ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur.

Pada 29 Julai,seorang lelaki cedera parah di paha kanan selepas ditembak ketika berhenti di lampu isyarat simpang empat Jalan Mengkuang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Rabu lalu pula, pemandu van kilang N Jeevandran, 26, ditemui mati dengan dua kesan tembakan di atas kiri perut dan bahagian kanan bawah pinggang di persimpangan Jalan Permai Utama, Parit Buntar, Perak. ~bernama | Sumber
Baca Selengkapnya >>

Ngeri!! Chua Boon Huat Pemain Hoki Negara Maut Kemalangan

Chua Boon Huat Pemain Hoki Negara Maut Kemalangan | Pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat maut dalam satu kemalangan ngeri selepas keretanya melanggar lori di Lebuhraya Damansara-Puchong, dekat Stesen LRT Kelana Jaya

chua boon huat1 Chua Boon Huat Pemain Hoki Negara Maut Kemalangan
Berasal dari Bukit Cina, Melaka, Chua Boon Huat yang berumur 33 tahun antara pemain hoki paling lama bermain untuk negara dengan mula beraksi untuk skuad kebangsaan sejak berusia 17 tahun pada 1998. – bHarian
Dr Fuh – Maut tidak mengenal siapa, berapa umur kita, bila dan dimana. Berhati-hatilah dijalan raya dan bersedialah dengan amalan kerana giliran kita juga akan tiba pada bila-bila masa. Takziah diucapkan kepada keluarga Chua Boon Huat.
Baca Selengkapnya >>

Video: Dengar cerita, kisah Raya si Johan agak kelakar jugak



Dengar cerita, kisah Raya si Johan agak kelakar jugak. Jom tengok telatah Johan beraya bersama ahli keluarga. Korang tentu ada kisah Raya yang menarik jugak kan?

Play Video sini:
Baca Selengkapnya >>

Thursday 1 August 2013

(35 GAMBAR)Babak Dari KL Gangster 2: Prekuel

Benda yang takkan berlaku dalam KL Gangster 2, sila baca :

1) Fadil (Zizan), Shark (Syamsul Yusof), Jai (Adiputra) tak mati dalam filem ni sebab filem KL Gangster 2 ialah flashback sebelum filem pertama.

2) Malek (Aaron Aziz) mungkin tak bermusuh dengan Shark pada awal babak pertama sbb asalnya semasa filem pertama, diceritakan Malek & Shark adalah kawan rapat.

3) Bleh jadi taiko yg last skali yang bakal dilawan Malek bukan Shark atau Jai tapi bleh jadi karakter yang baru dalam filem ni.


Abang Besar kini kembali! Kami difahamkan yang filem KL Gangster 2 sebenarnya ialah prekuel pada filem KL Gangster, maksudnya ia memaparkan kisah Malek sebelum masuk penjara selama 5 tahun yang dipaparkan di filem asal KL Gangster. Filem ini dinantikan oleh ram ai orang, dan bagi kami filem KL Gangster yang pertama, walaupun tidak sempurna, tapi lebih ‘tolerable’ dari filem jiwang melodrama mana-mana pun. Filem kedua ini menampilkan juga Rosyam Noor yang pernah berlakon sebagai gengster dalam filem gengster Suhan Movies sebelum ini iaitu Castello dan Adiputra berambut ‘blond’. Apakah masih ada babak Adiputra shirtless dengan badan berminyak? Bersama kita nantikan.
Photobucket

Lagi 34 keping gambar dengan membaca gosip ini sepenuhnya. Kredit gambar pada We Love Aaron Aziz.

PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
PhotobucketPhotobucket
PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucket
Baca Selengkapnya >>