Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Monday 13 May 2013

Ratusan ribu rakyat membanjiri stadium HImpunan 505




BATU KAWAN: Ratusan ribu rakyat Pulau Pinang dan negeri-negeri utara Semenanjung membanjiri Stadium Batu Kawan, Seberang Perai  malam tadi bagi menyertai Himpunan Black 505.



Ia telah menyebabkan trafik sesak sejauh 20 kilometer dari Plaza Tol Juru, Tol Batu Kawan dan laluan menuju stadium.


Manakala di dalam stadium jumlah orang yang datang tanpa dibayar sesen pun melebihi sasaran.

Rakyat Melayu, Cina dan India boleh duduk bersama tanpa ada perasaan cemburu walaupun pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang hangat menanamkan perasaan benci kepada masyarakat Tionghua yang di katakan berlakunya 'tsunami Cina'.

Semasa datang mereka berkonvoi sambil memegang bendera  di tangan. Riuh rendah jadinya seperti satu pesta.

Bagi mereka yang tidak dapat masuk ke stadium mereka hanya berdiri di tepi Lebuhraya
ramai-ramai sambil mengibar bendera ke tiga-tiga parti Pakatan Rakyat.

Ada yang bertekad berjalan kaki menuju padang berkenaan walaupun tahu ianya jauh.
Situasi itulah yang memedihkan perasaan Najib kerana apa yang beliau mahu untuk memecahkan Pakatan Rakyat tidak menjadi.

Paling menyeronokkan ialah apabila ramai anak muda di kalangan Tionghua datang berpasangan untuk memberikan sokongan tanpa berbelah bahagi.

Dalam stadium keadaan penuh sesak menyebabkan beberapa orang jatuh pengsan.

Majlis tersebut dihadiri oleh Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan Setiausaha DAP,  Lim Guan Eng.

Sumber
Baca Selengkapnya >>

Orang Tidak Bertamadun Hina Tuan Guru Nik Aziz


Sekeping gambar yang boleh menitiskan air mata... Gambar Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (berusia lebih 86 tahun) pengsan/kejang kaki semalam, menarik pembaca komen2 dari yang non-muslim. semua hormat beliau. sedih dengan sesetengah muslim duduk hina perjuangan beliau. Jom kita doakan semoga Allah panjangkn umur & berikan kesihatan yang baik kepada Tok Guru. Amin. 








Baca Selengkapnya >>

Saturday 11 May 2013

Tiba-tiba kafir harbi pun BN nak!!


“Bukankah DAP yang dituduh sebagai chauvinis, komunis dan kafir harbi selama ini? Tiba-tiba hari ini DAP ditawar masuk BN? Saya bagaikan kurang percaya bagaimana seorang bekas pemimpin Umno yang masih setia kepada parti tersebut boleh mengeluarkan cadangan seperti ini?” kata TG Nik Aziz – HarakahDaily
TGNikAzizKepelikkan TG Nik Aziz atas kenyataan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang menyarankan agar DAP menyertai BN untuk menguatkan kerajaan BN. Bukankah yang tak kafir harbi sahaja yang BN nak.
Sebelum ini DAP disebut sebagai kafir harbi dan dikatakan berusaha menjadikan Malaysia negara Kristian disaran masuk UMno. Itu yang selalu menjadi tajuk utama akhbar Umno, Utusan Malaysia.
Mungkin dah menang banyak, dah kuranglah kafir harbinya. Kalau dah masuk BN, terus jadi kafir zimmi!!

Sumber Asal
Baca Selengkapnya >>

Thursday 9 May 2013

Gambar terkini Perhimpunan Suara Rakyat Suara Keramat di Kelana Jaya 8 Mei 2013




 Berdasarkan maklumat yang dikongsikan oleh laman sosial dan  mytrueinfo, perhimpunan Suara Rakyat Suara Keramat yang berlangsung semalam di Stadium Kelana Jaya telah dihadiri lebih 100,000 orang. Rata-rata yang hadir ke perhimpulan ini adalah dengan memakai pakaian berwarna hitam sambil meniup vuvuzela serta melaungkan slogan Ubahsekaligus menyebabkan kesesakan teruk di sepanjang LDP.


Antara pemimpin tertinggi yang hadir dalam perhimpunan itu ialah Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution, Bersih Datuk S. Ambiga, pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dan yang baru dilantik DAP Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen.















Baca Selengkapnya >>

Tuesday 7 May 2013

Menteri Besar Baru Kelantan - Penganti Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz



Mungkin ramai tidak tahu, ketokohan Datuk Ahmad Yakob sebenarnya diwarisi daripada ayahnya, Tok Guru Haji Yaakob Ishak, pengasas Pondok Berangan.

Haji Yaakob pernah ditahan di bawah ISA bersama Nik Abdullah Arshad kerana lantang memperjuangkan Islam.

Hari ini Ahmad yang lebih mesra dengan panggilan Ustaz Mad menggantikan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar Kelantan.


Beliau mengangkat sumpah di hadapan Sultan Muhamad V di Istana Negeri di Kubang Kerian, petang semalam.

Ustaz Mad dilahirkan pada 1 Febuari 1950. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Berangan pada 1957. Di peringkat menengah belajar di Maahad Muhammadi.

Pada 1977 melanjut pelajaran ke Universiti Al Azhar, Mesir. Selepas menamatkan peringkat ijazah dalam bidang Syariah menyambung pula di peringkat Diploma pendidikan di Ain Shams University.

Memulakan kerjaya awal sebagai pendidik di Sekolah Menengah Dato’ Bentara Dalam, Segamat. Pernah mengajar di Sekolah Menengah Dabong, Kuala Krai.

Pada 1986 dipindah pula ke Sekolah Menengah Perempuan di Pasir Mas. Sekolah terakhir iaitu Sekolah Menengah Rantau Panjang sebelum meletak jawatan dan bertanding di Dun Pasir Pekan pada pilihan raya umum 1995.

Perwatakannya sederhana, tiada protokol yang menjadi penghalang biar pun mempunyai kedudukan tinggi dalam kerajaan.

Rumahnya masih lama, rumah kayu. Hasil perkahwinan dengan Datin Siti Zabidah Abdul Hamid, seorang pendidik mereka dikurniakan 12 orang.

Rumahnya tidak jauh berbeza dengan rumah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka.

Sekarang beliau dipilih Tuan Guru Nik Abdul Aziz menggantikan tempatnya.
Baca Selengkapnya >>

Monday 6 May 2013

Sedih..Tuan Guru Nik Aziz menyerahkan jawatan Menteri Besar Kelantan

Tuan Guru Nik Aziz menyerahkan jawatan Menteri Besar Kelantan kepada Timbalannya, Dato Ahmad Yakcob.....


Baca Selengkapnya >>

[PRU 13] Keputusan Penuh DUN, BN Berjaya Perintah 9 Negeri, Rampas Kedah


PRU-13.jpg (510×316)

PRU-13: Rasmi – Keputusan Penuh DUN, BN berjaya perintah 9 negeri, rampas Kedah
Hari ini keputusan yang dinantikan sudah keluar,Syukur alhamdulilah,BN berjaya,walaupun agak terlambat untuk update artikel dan laporan semasa pembuangan undi.
KUALA LUMPUR 6 Mei – Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan pemerintahan di lapan negeri dan merampas semula pentadbiran Kedah manakala pakatan pembangkang memenangi tiga negeri dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Negeri-negeri yang dimenangi ialah Perlis, Kedah, Terengganu, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sabah.
Pada masa ini, BN memerintah Sarawak selepas memenangi pilihan raya negeri pada 2011.
Berikut keputusan rasmi yang disiarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerusi laman webresultpru13.spr.gov.my/module/keputusan/paparan/5_KerusiDR.php:
PERLIS: BN (13), Pas (1), PKR (1) – BN memerintah
KEDAH: BN (21), Pas (8), PKR (3) – DAP (2) – BN memerintah
KELANTAN: BN (12), Pas (32), PKR (1) – Pas memerintah
TERENGGANU: BN (17), Pas (14), PKR (1) – BN memerintah
PULAU PINANG: BN (10), DAP (19), PKR (10) Pas (1) – DAP memerintah
PERAK: BN (31), DAP (18), PKR (5), Pas (5) – BN memerintah
PAHANG: BN (31), DAP (6), Pas (3), PKR (2) – BN memerintah
SELANGOR: BN (10), DAP (10), PKR (9), Pas (8) – Pakatan memerintah
NEGERI SEMBILAN: BN (22), DAP (11), PKR (3) – BN memerintah
MELAKA: BN (21), DAP (6), Pas (1) – BN memerintah
JOHOR: BN (36), DAP (12), Pas (3), PKR (1) – BN memerintah
SABAH: BN (45), PKR (6), DAP (4), STAR (1) – BN memerintah
Baca Selengkapnya >>

Laman Twitter Najib ke-11 paling popular di dunia



Ranking Twitter Datuk Seri Najib Ke 11 Paling Popular Di Dunia Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tersenarai sebagai pemimpin politik yang ke-11 paling popular di dunia dan yang pertama di Malaysia menurut laman pemantau internet, Sosialbakers.


Pemantauan laman web trafik internet Sosialbakers (www.sosialbakers.com) terhadap Twitter Najib (@Najib Razak) mencatatkan pengikut tertinggi dengan jumlah 1,517,658 selain mencatatkan 100,312 pengikut baharu bulan lepas.
Tokoh-tokoh politik Malaysia lain yang turut tersenarai dalam laman web tersebut dengan pengikut Twitter yang ramai ialah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dengan 479,856 pengikut dan ranking ke-38 dunia.
Ia kemudiannya diikuti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan hanya 281,146 pengikut di tempat ke-69 di dunia dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dengan 265,606 pengikut di tempat ke-76 di dunia.
Berdasarkan ranking tersebut, Najib turut meninggalkan selebriti terkemuka tanah air seperti Lisa Surihani (1.3 juta), Zizan Razak (1.2 juta), Shaheizy Sam (1.01 juta) dan Datuk Siti Nurhaliza (926,809).

Petikan dari:  kosmo Online





Baca Selengkapnya >>

Friday 3 May 2013

Sumpah laknat Saiful Bukhari - Lihat siapa yang kena laknat



Pada 6.15 petang Jumaat, 15 Ogos 2008 di dewan utama, Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur, Saiful telah mengangkat sumpah mubahalah mengikut syariat Islam bahawa beliau bercakap benar. Upacara itu selama 15 minit disaksikan kira-kira 30 orang termasuk jurugambar dan juruvideo. Rakaman dilakukan oleh 'unit media' yang tidak dikenali. Saiful membaca beberapa ayat al Quran termasuk Surah Al-Fatihah.

Antara saksi sumpah tersebut ialah bapa beliau sendiri, Azlan Mohd Lazim dan imam masjid tersebut Ramlang Porigi. Sidang media telah diadakan selepas itu di Hotel Dinasti, Kuala Lumpur.

Kini, setelah hampir lima tahun sumpah laknat itu dilafazkan, rakyat dapat melihat dan menilai apa yang sebenarnya telah berlaku ke atas beliau dan yang dituduh, DS Anwar Ibrahim juga ke atas mereka yang menyokong kedua-dua pihak.

Diantara yang dapat dipaparkan apa yang menimpa Saiful dan Anwar mengikut berita-berita yang ada ialah:

Pada 24/08/08 bekas Imam Masjid Wilayah Persekutuan yang menjadi saksi sumpah laknat tersebut, Ustaz Ramlan Porigi telah menganggap tuduhan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya untuk mengaibkan tokoh tersebut.

Pada 27/02/10 Diberitakan Saiful telah putus tunang dengan Janna Syariza bt. Mohd Zaki (asal Damansara Utama), nama yang hebat sewaktu kes tuduhan liwat terhadap Anwar berjalan.

Pada 30/9/10 Kereta Proton Waja milik Mohd Saiful Bukhari Azlan, dilaporkan hilang di Medan Tunku

Pada 28/07/10 didedahkan kisah Saiful mempunyai hubungan cinta dengan Farah Azlina, Timbalan Pendakwa Raya kes liwat beliau.

9/01/12 - Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan. Hakim Mohamad Zabidin berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabitkan kesalahan.

Pada 22/5/12 pula, bekas Peguam Cara Negara II, Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden yang menjadi Pendakwa di dalam kes liwatnya mengisytiharkan menjadi peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 8/3/13, ayahnya sendiri, Azlan Mohd Lazim mendedahkan kes liwat kedua yang melibatkan anaknya dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sebuah “konspirasi politik jahat” dan memohon maaf kepada Anwar dan keluarganya kerana telah banyak menderita dan sengsara akibat fitnah ini,”

Pada 9/3//13 terus terhumban sebagai anak derhaka lantaran beraninya beliau menempelak ayahnya sendiri kerana dituduh ayahnya dipergunakan Anwar.


Tidak adil jika hanya melihat sebelah pihak. Sekarang apa yang berlaku kepada Anwar pula selepas sumpah laknat Saiful itu?

Ini yang sempat dikompilkan oleh GB:

Pada 4/4/11 Video chinadoll terhadapnya disebarkan oleh Datuk T gagal kerana lelaki di dalam video berkenaan berperut buncit dan teteknya menggeleber.

Pada 9/01/12 - Hakim Mohamad Zabidin, dalam keputusan yang mengejutkan memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebaskan. Hakim Mohamad Zabidin berkata kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabitkan kesalahan.

18/6/12 atuk Seri Anwar Ibrahim menang kes saman fitnah yang dibawa Ketua Pembangkang itu ke atas bekas rakan sukan tenisnya, Datuk S. Nallakaruppan berhubung kenyataan kononnya menerima wang sebanyak RM60 juta.

16/1/13 Datuk Seri Anwar Ibrahim menang kes saman terhadap Khairy Jamaluddin Abu Bakar berikutan Ketua Pemuda Umno itu menarik semula kenyataan fitnah beliau ke atas Ketua Umum KEADILAN dan kes selesai.

Khairy sebelum ini berpendirian bahawa beliau ada menuturkan kata-kata terhadap plaintif (Anwar) adalah pengkhianat Melayu dan boneka kepada Amerika Syarikat dan Yahudi.

21/1/13 Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menang kes saman fitnah RM50 juta terhadap Utusan Melayu Bhd dan ketua pengarangnya berhubung artikel berkaitan temu bualnya yang disiarkan oleh BBC tahun lalu.

Utusan didapati bersalah memfitnah Anwar kerana menuduh beliau menyokong pergerakan lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT). Dengan keputusan mahkamah itu jelaslah bahawa Anwar Ibrahim bukan penyokong lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) dan ia adalah fitnah semata-mata.

Bukalah matamu wahai rakyat Malaysia!

Bagi kita, kita akan terus berdoa!

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
1) Allahumma arinal haqqa, haqqa, warzuqnattiba’ah, wa arinal bathila bathila, warzuqnajtinabah

Ya Allah, tunjukkanlah yang haq itu sebagai haq, dan kurniakanlah kami kekuatan untuk mengikutinya (memperjuangkannya), dan tunjukkanlah yang batil itu sebagai batil dan kurniakanlah kami kekuatan untuk menjauhinya (menghapuskannya).

وقل رب أدخلني مدخل صدق وأخرجني مخرج صدق
واجعل لي من لدنك سلطانا نصيرا
وقل جاء الحق وزهق الباطل إن الباطل كان زهوقا
2) Rabbi adkhilni mudkhala sidqin wa akhrijni mukhraja sidqin waj'alli min ladunka sulthanan nasiiran
wa qul ja alhaqqu wa zahaqal bathil innal bathila kana zahuqan

Ya Allah, masukkanlah aku secara masuk yang benar dan keluarkanlah(pula) aku secara keluar yang benar dan berikanlah kepadaku dari sisi-Mu kekuasaan yang menolong. Dan katakanlah yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti lenyap. Amiin!

Sumber
Baca Selengkapnya >>

Wednesday 1 May 2013

Dakwat 'kekal' Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hilang dalam masa beberapa jam sahaja, seorang isteri tentera membuat laporan polis


Sementara itu roketkini melaporkan seperti berikut;

KLUANG: Ekoran dakwat 'kekal' Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hilang dalam masa beberapa jam sahaja, seorang isteri tentera membuat laporan polis hari ini.

Seorang isteri tentera di Kem Batu 3 Jalan Mersing di sini yang membuang undi awal pagi ini terkejut apabila dakwat yang dicalit di jarinya hilang selepas beliau memasak, membuat kerja-kerja rumah dan membasuh baju sesampainya di rumah pada awal petang.


(Isteri anggota tentera menunjukkan dakwat pada jarinya yang telah hilang kepada calon DAP Kluang)

“Saya terkejut kerana saya ada membaca laporan akhbar yang mengatakan pengerusi SPR berkata bahawa dakwat itu boleh kekal selama lima hari. Saya terus menelefon bapa saya untuk memberitahu hal ini,” katanya kepada Roketkini.com, sambil menambah bahawa suaminya berada di luar kawasan kerana menyertai operasi.

Beliau yang enggan namanya disiarkan telah dinasihatkan oleh bapanya untuk membuat laporan polis tentang perkara itu di sini petang tadi.

Surirumah yang berusia 25 tahun dan mempunyai dua anak itu turut memaklumkan perkara tersebut kepada calon PAS bagi DUN Mahkota, Khairul Faizi dan calon DAP bagi Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.

“Saya membuat laporan polis kerana saya bimbang berlakunya manipulasi kerana saya dimaklumkan bahawa dakwat ini tidak boleh hilang (warna) selama lima hari sepertimana yang dikatakan oleh pihak SPR,” tambah beliau.


Sumber
Baca Selengkapnya >>

Anggota tentera tunjukkan Nurul Izzah cara hilangkan dakwat kekal

Seorang anggota tentera menunjukkan cara menanggalkan dakwat kekal kepada YB Nurul Izzah Anwar. Nurul Izzah menghilangkan dakwat kekal itu sambil gambarnya dirakam oleh beberapa jurugambar sebagai bukti.

Selepas dicuci dakwat tersebur hilang daripada jari anggota tersebut. Ini membuktikan bahawa dakwat yang didakwa SPR sebagai kekal sebenarnya tidak kekal. Anggota tentera dan polis boleh mengundi sekali lagi jika mereka tersenarai sebagai pengundi awam pula.
Anggota tentera menunjukkan kepada Nurul Izzah Anwar, bagaimana cara untuk hilangkan dakwat kekal !!!
Kredit gambar - Yaz Zy







Sementara itu roketkini melaporkan seperti berikut;

KLUANG: Ekoran dakwat 'kekal' Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) hilang dalam masa beberapa jam sahaja, seorang isteri tentera membuat laporan polis hari ini.

Seorang isteri tentera di Kem Batu 3 Jalan Mersing di sini yang membuang undi awal pagi ini terkejut apabila dakwat yang dicalit di jarinya hilang selepas beliau memasak, membuat kerja-kerja rumah dan membasuh baju sesampainya di rumah pada awal petang.


(Isteri anggota tentera menunjukkan dakwat pada jarinya yang telah hilang kepada calon DAP Kluang)

“Saya terkejut kerana saya ada membaca laporan akhbar yang mengatakan pengerusi SPR berkata bahawa dakwat itu boleh kekal selama lima hari. Saya terus menelefon bapa saya untuk memberitahu hal ini,” katanya kepada Roketkini.com, sambil menambah bahawa suaminya berada di luar kawasan kerana menyertai operasi.

Beliau yang enggan namanya disiarkan telah dinasihatkan oleh bapanya untuk membuat laporan polis tentang perkara itu di sini petang tadi.

Surirumah yang berusia 25 tahun dan mempunyai dua anak itu turut memaklumkan perkara tersebut kepada calon PAS bagi DUN Mahkota, Khairul Faizi dan calon DAP bagi Parlimen Kluang, Liew Chin Tong.

“Saya membuat laporan polis kerana saya bimbang berlakunya manipulasi kerana saya dimaklumkan bahawa dakwat ini tidak boleh hilang (warna) selama lima hari sepertimana yang dikatakan oleh pihak SPR,” tambah beliau.


Sumber
Baca Selengkapnya >>

Tuesday 30 April 2013

PRU 13: Dafi Turun Padang Kempen Politik



Dafi tak minat jadi ahli politik, cuma ingin pastikan BN menang

Sejak dulu hingga kini, nama penyanyi ini sering kali dikaitkan dengan bapanya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar kecil), yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. 

Kononnya, tanpa sokongan orang tua, kerjaya seni jejaka ini tidak akan ke mana. 

Apa yang saya miliki sekarang adalah atas usaha dan jerih perih saya selama enam tahun dalam industri," Dafi, Penyanyi.


Bukan sekadar tuduhan sedemikian dilemparkan, malah sebagai anak kepada wakil rakyat, Dafi tidak terlepas daripada menjadi mangsa serangan berbaur politik. Ketika yang sama, tidak kurang yang menghampiri dengan harapan dia mampu menjadi orang tengah supaya mereka dapat berurusan dengan bapanya.

“Sejak orang tahu siapa saya, ramai juga yang cuba mendekati. Malah, ada yang tidak pernah berhubung dengan saya pun cuba rapat, semata-mata untuk minta bantuan daripada papa,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran drama Kisah Chenta Uda & Dara di ibu kota, baru-baru ini.

Dafi sedar semua itu sebahagian daripada asam garam perlu dihadapinya sebagai artis yang juga anak tokoh politik dikenali. Dia tidak kisah dengan semua itu, malah, ada kalanya dia juga turun memberikan sokongan kepada si bapa ketika berkempen, seperti yang akan dilakukan pada 1 Mei ini di Bera, Pahang.
“Pada acara itu nanti mungkin akan ada aktiviti dengan penduduk setempat. Kalau diminta menyanyi, sudah tentu saya tidak keberatan menunaikannya. Begitupun, pembabitan saya dalam kempen ini bukanlah kerana minat untuk terbabit dalam politik, sebaliknya ingin membantu jentera Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum nanti,” katanya. 


Sumber:  http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bantubapaberkempen/Article/
Baca Selengkapnya >>

Monday 29 April 2013

Panas!!! Tweet Johan Raja Lawak Mengenai PRU 13 (2 Gambar)


Sekarang tengah panas dengan isu kenyataan Norman KRU dalam twitter mengenai PRU13. Jom kita baca pula kenyataan Johan Raja Lawak. Artis yang kuat pengaruhnya. Tapi masing-masing mesti ada pendirian.






Baca Selengkapnya >>

Thursday 25 April 2013

(Negara Berkebajikan) Persepsi dan realiti - Tuan Guru Haji Abdul Hadi


Negara+Berkebajikan+-+Persepsi+dan+realiti.jpg (640×480)
Penjelasan ringkas dan padat oleh Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Awang mengenai Negara Berkebajikan .......



Amanah mengurus juga asas Negara Berkebajikan

Baca Selengkapnya >>

Monday 22 April 2013

PANAS !!! Sumpah Laknat Ummi Hafilda – Pegang Al-Qur’an Hampir 4 Minit

ummi sumpah

Ummi Hafilda Ali membuat sumpah laknat sekali lagi bagi membuktikan segala dakwaan sikap curang kakak iparnya, Shamsidar Taharin dengan Anwar Ibrahim adalah benar.
Kali ini, ia dirakam dengan begitu jelas sekali di mana Ummi memegang al-qur’an selama 8 minit semasa melafaskan sumpah laknat.
Melihat klip berkenaan, penulis yakin tidak mungkin Ummi Hafilda sangup menipu begitu sekali.
 Ummi memberitahu, dia membuat sumpah laknat itu 3 minggu lalu kerana dia mahukan rakyat memahami siapa itu Anwar Ibrahim.
Satu perkara yang penulis perasan, dalam belasan tahun Ummi bercakap mengenai perilaku Anwar dan Shamsidar, tidak pernah sekali pun ceritanya berubah-ubah atau berlainan versi.
Mengapa…???
Kerana penulis yakin Ummi Hafilda bercakap benar…kerana kalau bercerita benda yang benar, tidak mungkin akan ada pelbagai versi…akan ada satu versi sahaja selamanya…yakni versi kejadian yang sebetulnya berlaku.
ANwar-Shamsidar
Kalau apa yang dikatanya itu tidak benar, maka seperti kata Ummi sendiri, biar Anwar, Azmin dan Shamsidar sendiri tampil memperbetulkan segala dakwaan itu. Jangan berdiam diri.
Oleh: AK-47
Sumber: mynewshub
Baca Selengkapnya >>