Showing posts with label Kisah Ngeri. Show all posts
Showing posts with label Kisah Ngeri. Show all posts

Wednesday 10 July 2013

SMS TERAKHIR ADAM AB RAHMAN MANGSA KEMALANGAN DI KM 14.5 LEBUHRAYA PERSEKUTUAN.



Saadah menunjukkan SMS Adam sebelum kemalangan.


MUAR – “Adam yang kahwin, mak...Adam yang kahwin,” antara gurauan terakhir Adam Ab Rahman kepada ibunya apabila ditanya majlis perkahwinan siapa dihadiri di Kuala Lumpur sebelum terlibat kemalangan, awal pagi kelmarin.
Remaja berusia 18 tahun itu, sempat bergurau bersama ibunya menerusi panggilan telefon.

Penuntut Tahun Satu Diploma Sains Sukan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang itu maut dalam kemalangan selepas kereta dinaiki bersama rakan-rakannya hilang kawalan sebelum terbabas merempuh pembahagi jalan di KM 14.5 Lebuhraya Persekutuan.

Nahas itu turut mengorbankan dua rakannya, Ameer Asyraf Sulaiman dan Nurul Maizura Maidan Dali, masing-masing berusia 18 tahun ketika dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dari I-City, Shah Alam.

Ibu mangsa, Saadah Khanan, 47, mengakui memahami maksud tersirat di sebalik gurauan ‘kahwin’ yang diucapkan Adam apabila anaknya itu diraikan oleh saudara mara dalam suasana yang hiba iaitu pada hari pengebumiannya petang kelmarin.

“Saya tidak sangka ‘kahwin’ yang disebut arwah dalam telefon tempoh hari itu adalah petanda dia akan meninggalkan saya buat selama-lamanya.

“Saya tak dapat lupakan gurauan itu. Masih jelas suara dia di telinga saya hingga hari ini,” katanya ketika ditemui di kediamannya, semalam.

Saadah berkata, dalam panggilan telefon itu, anaknya turut berkali-kali meminta supaya mendoakannya selain memulakan serta mengakhiri panggilan dengan ucapan salam yang tidak pernah dilakukan Adam sebelum ini.

Jenazah Adam selamat dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Bakri, Batu 6, 6.30 petang kelmarin.
 
Sumber: pengempaq
Baca Selengkapnya >>

Monday 6 May 2013

Konvoi Lima Bersaudara Ke Tempat Kerja Berakhir Tragedi



Konvoi lima bersaudara ke tempat kerja berakhir tragedi menyayat hati apabila dua daripadanya maut selepas motosikal ditunggang merempuh belakang lori yang rosak di lorong kecemasan, di Kilometer 276.2, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan, di sini, semalam.


Dalam kejadian jam 8.10 pagi itu, kedua-dua mangsa dipercayai warga Indonesia itu menaiki motosikal Suzuki Shogun 120, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.

Sumber berkata, lebih menyayat hati adik mangsa dikenali sebagai Yasir, 20-an, yang berada di depan terkejut sebaik menyaksikan kakaknya terpelanting menerusi cermin sisi motosikal dinaiki dilihat meraung dan memeluk mayat itu.

Jurucakap polis berkata, mangsa lelaki dikenali sebagai Suhar, 32, dipercayai bekerja kontrak di Sungai Gadut, di sini, manakala isterinya, Rina Nigfih, 30-an, operator kilang di Shah Alam, dari Yogyakarta.

“Kedua-dua mangsa dari Kapar, Klang menghala ke Sungai Gadut, Seremban, dalam perjalanan ke tempat kerja suaminya. – Metro
Baca Selengkapnya >>

Ngeri!!! Black Mentor Kemalangan





Penyanyi Black telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di antara Behrang dan Slim River pada jam 2 pagi semalam.

Black yang memandu kereta jenis BMW itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan berat,namun kereta kesayanganya itu hampir 'total lost'.

Menurut smber,sebelum kemalangan itu berlaku, Black dalam perjalanan menuju ke Kulim kerana perlu menghadiri persembahan disana.

Innalillahiwainnailaihiwarroji'un yang bermaksud "Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali".




Baca Selengkapnya >>

Monday 29 April 2013

Thursday 25 April 2013

Padah!!! Remaja Maut Ditimpa Traktor


Maut
ALOR PONGSU – Tindakan seorang remaja berusia 15 tahun menggunakan ‘laluan pintas’ untuk pergi ke ladang kelapa sawit milik bapa saudaranya dengan menaiki traktor memakan diri setelah maut ditimpa jentera terbabit di kawasan projek pembinaan persimpangan jalan bertingkat di sini, pagi semalam.

Mangsa, Muhammad Safuan Shahrudin, 15, yang merupakan pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Alor Pongsu, ditemui maut di lokasi kejadian kira-kira jam 10.15 pagi setelah ditimpa jentera traktor pengangkut buah kelapa sawit yang terbalik.
Jentera traktor dinaiki mangsa dikatakan terbalik dan menimpa kepala mangsa setelah mangsa dikatakan cuba mendaki lereng bukit yang terbentuk akibat tambakan tanah projek pembinaan setinggi lima meter.
Bapa saudara mangsa, Shahrom Mat Kassim, 52, berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10.15 pagi, dia sedang membeli minyak untuk kegunaan jentera itu sebelum menerima panggilan telefon daripada salah seorang pekerja kontraktor yang menyaksikan kejadian kemalangan membabitkan anak saudaranya itu.
“Setiba di lokasi kejadian, saya mendapati keadaan mangsa begitu menyedihkan dengan tayar hadapan traktor betul-betul berada di atas kepalanya.
“Kecederaan parah di kepala menyebabkan anak saudara saya menghembuskan nafasnya yang terakhir dan kehilangannya amat dirasai memandangkan arwah rapat dengan saya,” katanya sewaktu ditemui media di lokasi kejadian semalam.
Shahrom berkata, dia turut terkilan menyuruh anak saudaranya pergi ke ladang kelapa sawit di Matang Pasir terlebih dahulu, memandangkan keputusan itu menyebabkan arwah mengambil laluan di luar kebiasaan secara tiba-tiba.
“Bagaimanapun, saya menganggap segala-galanya sudah suratan takdir dan kami sekeluarga reda dengan pemergian arwah.
“Kini tiada lagi panggilan ‘ayah’ yang sering digunakan untuk memanggil saya dan kami sekeluarga akan merindui kelibat arwah,” katanya.
Kejadian ini turut mendapat perhatian calon Barisan Nasional (BN) Dun Alor Pongsu, Datuk Sham Mat Sahat dan calon PKR, Rosli Ibrahim apabila kedua-duanya sempat meluangkan masa hadir ke lokasi kejadian untuk menziarahi mangsa dan keluarganya. – Sinar Harian Online
Baca Selengkapnya >>

Tuesday 23 April 2013

Ngeri!!! Mangsa Kemalangan Faderal Highway : Status Terakhir di FB...AL FATIHAH




Kemalangan ngeri yang berlaku pada awal pagi 21 April lalu di Lebuhraya Persekutuan pastinya mengejutkan rakyat Malaysia.


Tragedi ngeri itu telah mengorbankan 5 orang mangsa.

Tragedi tersebut pastinya mengejutkan rakyat Malaysia apabila ada diantara mangsa kemalangan yang mengalami kecederaan serius seperti terputus kaki dan pelbagai lagi.

Ada orang yang mengatakan, seseorang yang bakal menemui ajal sering menunjukkan perubahan menerusi tingkah laku atau kata-kata.

Dalam kata lain dipanggil ‘petanda’.


Adakah perkara itu masih lagi rasional? Atau kita sahaja yang sering tidak perasan dengan petanda-petanda yang ditunjukkan oleh si mati sebelum menemui ajal.

Perkara tersebut disedari oleh rakan-rakan salah seorang mangsa kejadian, Syahmie Farid Izzat Samsuddin Shah, 21 menerusi ‘update’ di Facebook mangsa.

“Malam minggu?? **’flying high’ sambil2 berbaring atas si gemok..,” itulah ‘update’ terakhir arwah menerusi akaun Facebooknya.

Adakah ‘flying high’ yang dimaksudkan oleh arwah itu pergi untuk selama-lamanya.

Jika dilihat pada update tersebut, jelas menunjukkan itu merupakan petanda yang arwah berikan kepada rakan-rakannya.

Menerusi update itu juga, ramai rakan-rakan arwah mengucapkan takziah.

Persoalan timbul, siapakah si gemok yang maksudkan oleh arwah?

Menerusi beberapa update dan gambar-gambar arwah, si gemok yang dimaksudkan adalah motosikal yang ditungganginya sewaktu kejadian.

MyNewsHub berkongsi beberapa keping gambar ‘print screen’ update serta keadaan motosikal arwah selepas kejadian.







Mengikut laporan daripada pihak polis, arwah Izzat pada ketika itu sedang menunggang motosikal lalu hilang kawalan dan melanggar Kalaychelven.

Arwah Izzat mengalami kecederaan parah di kepala dan Kalaychelven cedera parah di kepala dan putus kaki kiri.

Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Syahmie Farid Izzat Samsuddin Shah, serta dua lagi mangsa beragama Islam, Allahyarham Muhammad Faridzuan Mohd Aziz, 21, dan Allahyarham Amirul Faiq Zainuddin, 22.

Semoga Allahyarham ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman.

Takziah kepada semua ahli keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi ngeri itu.

Sumber
Baca Selengkapnya >>

Sunday 21 April 2013

Video: 5 Maut Kemalangan Ngeri Di Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway)


Seramai 5 penunggang dan pembonceng motosikal maut apabila pemandu sebuah Honda City yang mabuk menyondol beberapa penunggang motosikal yang didakwa berhenti di tepi Lebuhraya Persekutuan secara berkumpulan.
Pegawai Penyiasat Trafik Shah Alam, Inspektor Azizul Zahari berkata, kejadian berlaku pada kira-kira jam 3.20 pagi tadi di Kilometer 10.6 Lebuhraya Persekutuan dari arah Kuala Lumpur menghala Shah Alam awal pagi tadi.

Lima orang maut selepas terbabit dalam kemalangan
Menurut saksi, bahagian badan dan mayat para mangsa bergelimpangan di lokasi kejadian.
Gambar: Berita Harian Online
Sumber: mynewshub
Baca Selengkapnya >>

Saturday 20 April 2013

5 Gambar: MATI KETIKA MELAKUKAN AKSI PARKOUR




Darwined!

Ini ialah antara calon Anugerah Darwin 2013. Wang Zijian (21) ialah seorang atlit sukan parkour yang berasal dari Sichuan China. Pada 6 Aprilyang lalu beliau melakukan lompatan dari Jambatan Sungai Tuojiang yang berketinggian 40 meter. Aksi beliau dirakam oleh seorang rakan. Malang bagi Wang, aksi ini membawa kepada kematian kerana beliau lemas selepas melompat. Menurut saksi, Wang dipercayai pengsan selepas terhempas ke permukaan sungai. Selepas 10 saat beliau dilihat terkapai-kapai cuba untuk terapung sebelum tenggelam ke dasar sungai. Ingatlah adik-adik jangan lakukan aksi lasak jika tidak membuat latihan sepenuhnya. 






Laporan asal ChinaSmack
Baca Selengkapnya >>

Monday 15 April 2013

Ngeri!!! Tiga Maut Kapal Persiaran Mewah Terbalik Di Itali




ROM - Sekurang-kurangnya tiga orang terkorban dan empat lagi hilang semalam selepas sebuah kapal persiaran tersadai dan terbalik terbalik dekat sebuah pulau di perairan selatan Itali.
Kapal persiaran Costa Concordia sedang dalam perjalanan di sekitar Laut Mediterranean apabila ia terlanggar terumbu karang dekat Pulau Isola del Giglio, 15 kilometer ke selatan tanah besar Itali sekitar pukul 10 malam (waktu Itali) kelmarin.
Kemalangan berlaku ketika para penumpang sedang makan malam.
Menurut media tempatan, beberapa penumpang terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan diri.
Pihak berkuasa tempatan menyatakan, sebahagian daripada 3,200 penumpang dan 1,023 kru kapal sepanjang 290 meter itu dipindahkan dengan menggunakan beberapa buah bot kecemasan, helikopter dan kapal lain yang kebetulan berada di lokasi kejadian.
“Berlaku senario panik seperti dalam kapal Titanic. Kapal kami melanggar kawasan berbatu dekat Pulau Isola del Giglio. Saya tidak tahu bagaimana perkara ini boleh berlaku. Kapten kapal ini tentunya sudah gila,” kata seorang penumpang, Mara Parmegiani.
“Kami amat takut dan kesejukan kerana kemalangan berlaku semasa kami sedang makan malam. Kami tiada masa untuk membuat persediaan. Mereka (pasukan penyelamat) ada memberi selimut tetapi bilangannya tidak mencukupi,” tambah Parmegiani.

                       GAMBAR fail pada April 2009 menunjukkan kapal persiaran Costa Concordia.

Para penumpang yang dipindahkan dibawa ke pulau Giglio sebelum ditempatkan di beberapa buah sekolah, kediaman persendirian dan gereja untuk semalaman.
Agensi berita Itali, Ansa memetik beberapa petugas penyelamat sebagai memberitahu, sekurang-kurangnya tiga orang maut manakala sejumlah lagi cedera tetapi punca kematian mereka tidak diketahui setakat ini.
Menurut Ansa, seorang lelaki berusia 70-an maut akibat serangan jantung selepas terjun ke dalam laut.
Seorang pengawal pantai tempatan, Francesco Paolillo berkata, terdapat lubang sebesar 30 meter pada badan kapal berkenaan.
Kapal Costa Concordia memiliki 58 bilik penginapan bertaraf suite lengkap dengan balkoni, 13 buah bar, lima jakuzi, lima restoran, dan empat kolam renang.sumber
Baca Selengkapnya >>

Friday 12 April 2013

Kejam!!! Remaja Dibakar Hidup-Hidup (5 Foto)

Kejam! Remaja Dibakar Hidup-Hidup Kerana Tambang Teksi (5 Foto) | Tindakan membakar manusiasecara hidup-hidup merupakan satu perbuatan yang dianggap kejam. Walaupun seseorang itu bersalah, namun cara ini ternyata menyeksa si mangsa. KisahBest.My difahamkan gambar di bawah ini merupakan seorang remaja yang telah dibakar secara hidup-hidup. Kejadian ini berlaku kerana dipercayai remaja ini tidak mahu membayar tambang teksi. Boleh lihat gambar di bawah ini.

remaja5


Seorang budak berumur 14 tahun telah ditangkap oleh beberapa pemandu teksi dan membelasah beliau dengan teruk kerana cuba untuk lari dari membayar tambang teksi. Kemudian pemandu-pemandu teksi itu memutuskan untuk membakar budak lalu mereka mencurahkan gas gasolin pada tubuh badan budak tersebut. Budak tersebut tahu apa yang bakal mereka buat, dan dia merayu-rayu untuk hidup dia, tapi mereka terus membakar budak itu.
remaja1
remaja2
remaja3
remaja4
Baca Selengkapnya >>