Showing posts with label Kisah Seram. Show all posts
Showing posts with label Kisah Seram. Show all posts

Wednesday 31 July 2013

Kisah Benar Pramugari Ditiduri Oleh Hantu Raya?


Kisah Benar Pramugari Ditiduri Oleh Hantu Raya, Kisah Nyata, Kisah Benar Misteri Hantu Raya, Kisah Seram, Punca Diganggu Makhluk Halus, Kena Rasuk Hantu

 Digg1  3  1  129

Kisah Benar Pramugari Ditiduri Oleh Hantu Raya?

CUACA pada malam itu agak dingin. Semua penghuni rumah teres dua tingkat di Nilai, Negeri Sembilan itu sudah tidur semasa Keena pulang daripada kerja.

Pada masa itu jarum jam menunjukkan pukul 11 malam. Pramugari itu terus ke bilik air untuk membersihkan tubuh setelah 13 jam mengharung penerbangan dari London ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.
Sedang dia asyik menghayati siraman air suam kuku, tiba-tiba pandangan mata Keena terarah kepada sebuah objek yang melekat pada cermin pemisah bilik airnya.

Dek terlalu letih, Keena tidak banyak berfikir. Dia menyangkakan objek itu mungkin seekor kelawar yang tersesat ke dalam kamar mandinya. Seketika kemudian objek berwarna hitam itu lenyap.

“Bila diamati betul-betul ia seolah-olah tapak tangan lembaga hitam yang diletakkan pada cermin itu,” tutur Keena, 37.

Putus tunang

Sejak setahun lalu, ibu tunggal itu sudah terbiasa dengan kejadian pelik di rumahnya. Rumah tersebut didiami Keena bersama ibu, adik dan seorang anak lelakinya.

Malah, adik perempuan Keena mendakwa pernah melihat makhluk seakan-akan beruk besar berdiri di atas bumbung rumahnya. Jelas Keena, sejak bercerai dengan suaminya enam tahun lalu, rumah itu tidak lagi tenteram seperti dahulu.

Ada sahaja gangguan misteri berlaku. Daripada bunyi bising hinggalah jelmaan makhluk hitam berbulu yang menemani tidurnya.

“Lampu terpadam tiba-tiba, bunyi orang sedang berjalan dan benda mencakar dinding sudah menjadi perkara biasa buat saya. Kadang-kadang ada bunyi guli melantun di atas siling.

“Semasa tidur pula ada makhluk berbulu hitam pekat sering menindih saya. Apabila dibacakan ayat Kursi dan dilaungkan azan ia akan hilang tetapi akan muncul semula.

kisah benar pramugari 2 Kisah Benar Pramugari Ditiduri Oleh Hantu Raya?

“Bukan itu sahaja, sejak mengalami gangguan itu, emosi saya selalu tidak stabil. Saya menjadi semakin panas baran dan mudah marah,” jelas Keena dalam nada sugul kepada Jurnal.

Dia tidak sahaja diganggu oleh bunyi-bunyi aneh dan jelmaan makhluk yang menyeramkan, bahkan kehidupan peribadi Keena turut merudum.

Setelah bercerai dengan suaminya yang merupakan seorang pramugara pada tahun 2006, Keena mengalami banyak kegagalan dalam percintaan.

“Dalam tempoh itu saya sudah bertunang sebanyak tiga kali. Apabila hampir untuk diijabkabulkan, hubungan kami terputus tanpa sebab. Saya baru sahaja putus tunang dengan seorang mualaf.

“Dia tiba-tiba tidak jadi berkahwin dengan saya walaupun hanya tinggal seminggu lagi. Saya bingung, mengapa semua ini berlaku?” kata Keena.

Menyedari keanehan itu, Keena berjumpa ramai pakar perubatan Islam untuk mendapatkan rawatan. Malangnya keanehan berlaku lagi sewaktu dia membawa seorang ustaz ke rumahnya untuk berubat. Dalam perjalanan itu, kereta mereka dihalang oleh seekor ular besar berwarna hitam.

Ular itu bagaikan hendak menghalang ustaz itu daripada tiba ke rumah Keena.

“Sewaktu menjemput seorang ustaz daripada jalan utama ke kawasan rumah saya, konvoi kami dihalang oleh ular itu.

Disetubuhi

“Ular berwarna hitam yang berdiri setinggi kereta itu berada betul-betul di tengah laluan kami sebelum ia tiba-tiba lenyap.

“Anak saya memberitahu bahawa dia seperti sedang menonton rancangan National Geographic secara langsung. Itulah pertama kali saya melihat ular yang begitu besar,” tutur Keena.

Menurut seorang pengamal perubatan Islam, Shamsuri Shafei, Keena sebenarnya menderita akibat disihir dan diganggu hantu raya.

“Makhluk berbulu yang sering dilihat Keena itu kalau di kampung dipanggil hantu raya. Ia dibela sejak zaman-berzaman dan dihantar untuk memecahbelahkan kehidupan orang lain.

“Dalam diri Keena sendiri ada makhluk halus yang bersarang. Kerana itulah emosi dia kerap terganggu kerana terdapat kesan lebam pada tubuhnya,” tutur Shamsuri.

Tambah Shamsuri, lebih teruk apabila makhluk berbulu setinggi manusia biasa itu boleh melakukan persetubuhan dengan mangsa.

“Ada mangsa gangguan hantu raya yang mengaku dia disetubuhi oleh makhluk itu. Biarpun dalam keadaan tidak sedar, tetapi ciri-ciri seperti seseorang yang selesai bersetubuh itu terdapat pada mangsa,” tambah Shamsuri.

Baru-baru ini, Shamsuri melakukan proses menghalau makhluk tersebut dan memagar rumah Keena dengan bacaan ayat-ayat rukyah.

Setiap bilik di rumah Keena dibacakan ayat-ayat suci berserta bacaan doa untuk menghalau makhluk ghaib tersebut. Sebuah bilik di bahagian belakang yang didakwa oleh Shamsuri sebagai tempat hantu raya tersebut duduk dilaungkan dengan alunan azan.

Ketika Shamsuri dan tiga orang pembantunya melaungkan azan secara serentak itu, perhatian Jurnal tertarik oleh bunyi dari sebuah almari.

Bunyi jari telunjuk yang mengetuk pintu almari itu bersahutan sebanyak empat kali sebelum ia berhenti.

Jelas Shamsuri, apabila dibacakan ayat-ayat al-Quran dan azan, makhluk halus tersebut akan berasa panas dan marah. Seterusnya akan kedengaran bunyi-bunyi seperti mencakar dinding, bunyi cawan dan harimau mengaum.

“Tanda-tanda ini akan berlaku pada waktu malam selepas ia dihalau. Ini bermakna ia tidak akan mengganggu lagi mangsanya,” kata Shamsuri.

Sumber Kosmo
Baca Selengkapnya >>

Monday 1 July 2013

SERAM! - Makhluk di Dalam Paya Yang Menakutkan Di Ireland (3 GAMBAR)

Makhluk di Dalam Paya Yang Menakutkan Di Ireland sebenarnya adalah Patung yang menyerupai suatu makhluk.


Saksikan lagi gambar di bawah ini....


Tau tau la ape function patung sebegini di letakkan sebegini sapa ada bertujuan untuk menakut-nakutkan atau sekadar hiasan atau pun saje jer nak tarik lebih ramai pengunjung ke sini.
Baca Selengkapnya >>

Kisah Seram..Pembongkaran Restoran Adik Manja di Kuantan.

Fuh!! MISTERI : Pembongkaran Restoran Adik Manja Di Kuantan, Pahang..SERAM | Hidupan ghaib seperti Jin dan syaitan itu sememangnya wujud dan tak mmapu kita nafikan. Memang seram bila baca kisah-kisah mistik ni lebih-lebih lagi jika pernah merasainya sendiri. Entri kali ini Oh! Tidak terima dari seorang pengirim berkenaan misteri sebuah restoran tinggal yang bernama Adik Manja, di Kuantan Pahang.

Dari email yang kami terima:

“Dah lama aku perhatikan…sbagai maklumat, restoran ni dibina awal tahun 90-an dulu..berlokasi di tepi Jalan Gambang (sebelah kiri) menghala ke bandar Kuantan. Dulu kalau tak salah, nama restoran ni lain sbelum dimiliki oleh owwer baru…tapi setelah baru jer beroperasi, atas sbb tertentu atau misteri, restoran ni ditinggalkan begitu sahaja hingga kini. Anehnya ‘jiran’ berdekatan amat rancak pembangunannya dan tidak mustahil restoran ni kurang sesuai berlokasi di situ dan yang paling misteri, sehingga kini juga masih tiada owner baru mengambilalih dan Restoran Adik Manja dibiarkan mereput dan berdiri sbgai sebuah entiti yang memiliki kemisterian tersendiri”…

Aku pernah ada pengalaman dengan kedai ni kira2 7 tahun lps. Van company yang aku bawak rosak berhampiran dengan kedai ni…kira2 300 meter je. time tu malam dlm pkul 9.00. Kawasan tu agak gelap jadi aku boleh nampak kedai tersebut terang benderang dan meriah, nampak mcm ramai orang berhenti. Aku ingat nak pegi kt kedai tu tapi tak berani nak tinggal van company sbb barang penuh. Aku tunggu kawan aku datang bawak van lain pastu punggah barang2 dan teruskn perjalanan. Masa lalu kat kedai tu dalam pkul 12mlm mmg nampak jelas orang ramai tengah makan.
Aku pelik jugak sbb setahu aku kedai ni dah lama tak bukak. Mungkin owner baru kot..aku dgn kawan aku fikir. Esoknya aku datang balik waktu pagi sbb nak ambil van yang kitorang tggal kt tepi jalan malam tadi. Aku tengok kedai tu tutup, aku tak puas hati aku pergi singgah kt kedai tu, aku tengok langsung takde kerusi meja…dengan keadaan yang berhabuk macam dah lama tak berniaga dan tak ada langsung tanda2 macam orang berniaga malam tadi…aku pandang kawan aku..pastu kawan aku pandang aku…apa lagi terus cabut la…tunggu apa lagi…tapi yang peliknya..sape yang aku nampak ramai2 makan kt kedai tu malam tadi…mmg misteri gilerrr..
Anonymous said…

Aku membesar dgn dulu ulang alik dari kerteh ke temerloh ikut jalan ni sebab highway x ada lgi. Pena dulu, adik aku nak terberak sgt dah, so kami terpaksa berhenti dkt sini. Sebab, kami semua nampak ada orang jaga kedai. Tengah bakar satey kt depan kedai tu. Tp, pelanggan x der. Ada pak cik tu sorang2 je. Mak aku mintak izin guna toilet dia. Dia bagi. Tapi, time aku duduk dlm kereta tu, mmg rasa x sedap hati.

Tp nasib baik x jdi apa2 buruk. Sampai ke kg mlm tu, mak aku cerita kt parents n adik beradik dia, yg kami singgah di kedai ni. Semua org trkejut, senyap sunyi je. Tiba2 nenek ckp, kedai tu dah lama x brpenghuni. tp, x tau la kalau da bukak balik.
Bila kami otw nk balik smula ke kerteh, mmg kedai tu kosong. Usang, uzur. Seram je rasa. Tempat bakar satey yg meriah dgn lampu, khemah, tempat pembakar langsung x ada. Nasib baik x jdi benda2 buruk kt kami.

Sumber
Baca Selengkapnya >>

Saturday 1 June 2013

Gempar!!!! (Gambar) Analisis Penampakan HANTU Di UiTM Machang, KELANTAN

Gambar penampakan hantu kali ini dikirimkan oleh.. oleh sapa ye.. Arif rasanya. Tengok kat belakang anak gadis tu, ada macam kepala orang kat sebalik tingkap. Pengirim menyertakan teks tersebut:
baca lagi & lagi GAMBAR yang di ZOOM, Klik TAJUK ENTRI ni

nih gmba kawan aku... dia amik kat uitm tmpat aku ngaji...time nih smua student dah cuti sem. tggl budak2 yg amik kursus keusahawanan jer..
time tuh pkul 11 lbih lar(baru abis kursus kat bilik kuliah). dia saje2 jer amik gmbar time tuh... biler balik bilik nampak benda tuh... trus diorg xleh tido mlm tuh...

location uitm machang kelantan, blok A, blakang tuh tandas lelaki...
Lokasi: UiTM Machang, Kelantan. Blok A, Tandas lelaki.

Memang ada makhluk lain yang berada di sekeliling kita. Kadang-kadang 'mereka' ini sentiasa memerhati apa yang kita buat. Tu la orang kata, lepas abih kuliah balik bilik terus, jangan merayau-rayau ambik gambar. Dah terambik gambar hantu. Ada apa-apa ke kat UiTM Machang ni? Dengar cerita kawasan dia keras. Sapa-sapa budak UiTM Machang kat sini?!
Baca Selengkapnya >>

Sunday 12 May 2013

Kisah Seram Di Highway Bukit Gerik & Highway Gerik-Baling (Gambar)


Jom baca kisah seram yang dikongsi oleh seorang pembaca di forum CariGold... Layan~

Mggu lepas kami sekeluarga dpt berita adik Ipar aku eksiden motor dgn kereta kat Kg di Kuala Terengganu. Jadi kami sekeluarga diminta utk balik mlm tu juga...

Tetapi dlm perjalanan (baru nak masuk Baling) kami dpt call, adik kesayangan kami dah pulang ke Rahmahtullah... Allah lebih sayangkan dia... Al-Fatihah...

Jadi kami teruskan juga perjalanan keTrg dgn hati yg tabah...

Setelah semua selesai, Ahad mlm Isnin kami kena pulang ke Penang sebab aku ada kerja yg perlu disiapkan, dan kami bertolak dari K.Trg dlm 10.30mlm...

Mula masuk H'way Bukit Grik dlm 1.30 pagi... dan sepanjang prjalanan aku rasa mcm biasa..cuma bini aku ckp dia pening dan rasa nak muntah..mgkn sebab jln bengkang-bengkok...

Alhmdllah, kami sampi ke Grik dlm kul 4.10pagi gitu, dan kami stop kat R&R sebab aku nak p toilet...

mcm biasa aku lock kereta kalau aku tggl sat anak bini aku, tapi alhmdllah mlm tu aku tergerak nak kasi on alarm...

Tiba-2 kereta aku bunyi alarm, then aku bergegas p tgk kereta aku, tak ada apa-2 berlaku...
Then aku p dptkan bini aku, dia nmpk mcm takut...

Aku tanya kenapa? Dia kata ada org lalu mundar mandir depan keta aku tu, tgk direct kat depa dlm keta...

Then, masa tu keta aku berbunyi...Then tiba-2 org tu hilang...So aku pujuk bini ckp maybe org driver lorry dkt-2 situ yg lepak sama....

Then kami teruskan perjlanan ke Penang... start nak masuk H'way baru Grik-Baling dlm kul 4.30pagi... Aku nampak kabus tebal... Rasa berat hati nak teruskan...ingat nak U-turn...jadi aku plan nanti kalau kat depan ada lampu jln aku nak U-turn...

Tapi bila terus...still takder lampu jln, sebab bateri solar utk lampu tu dah habis kot...
so aku make desicion teruskan perjlanan...

Tiba-2 aku rasa semcm jer...Then bini aku tiba-2 mcm terkejut! Aku pesan kat dia baca apa yg patut...Aku pun sama baca apa yg patut...

Then tiba-2 aku rasa keta aku mcm berat... aku tekan myk juga (masa tu gear 5 dan turun bukit!) Then aku tak puas hati aku drop gear 4... masa tu turun bukit! Hangpa bayangkan turun bukit guna gear 4

Utk pengetahuan, bila kereta dah bergerak lama, pick-up dia ada skit... Sebelum tu, aku belasah gear 5 naik bukit...Tapi ini turun bukit gear 4.

Alhmdllah depan kami ada lori balak..rasa ringan semula...
Bila aku dah overtake lori tu...tak lama aku rasa berat balik...
Mcm tadi gak, turun bukit aku henyak gear 4...Aku nekad. Aku mesti lawan balik demi anak bini aku....

Sepnjg nak kuar h'way tu nak sampai ke Baling, dlm 3-4 kali aku rasa mcm tu...
Kadang-2 aku mcm terasa nak tgk tepi cermin...tapi bila tgk takder apa-2...
Alhmdllah, kami dpt kuar dari H'way tu dan sampai ke Baling...

Then takder rasa apa-2...Lepas tu ada bukit-2 nak menghala ke Kulim tu selamba jer aku naik bukit guna gear 5....

Then sampai ke BKE Kulim, aku stop kat Petronas tu nak rest aku ckp kat bini aku... (Sebenarnya aku saja nak stop, tak nak balik terus kot-2 kalau ada benda ikut, dia akan stay kat situ...)
Lepas aku ckp kat bini aku, barulah bini aku rasa 'burden' yg dia rasa tadi hilang tiba-2..rasa lega...
Kami selamat sampai rumah kat seberang jaya dlm kul 7.30 pagi...

itu pun aku sempat lagi p beli nasi kandar kat Jalil bagan...
Sampai rumah baru kami bincang pasal apa yg berlaku...
Bini aku ckp, masa perjalanan nak ke K.Trg pun dah ada nampak benda pelik...

Dia nampak mcm org tua lelaki kat tepi jln kat atas bukit Grik lambai tangan sambil senyum kat dia...
Then masa nak balik ke Penang, still org yg sama lambai tangan kat dia, tapi kali ni tak senyum.
Then dia kata masa kat H'way Grik Baling tu org tua tu ada follow keta kami! Bini aku nampak. Dia lawan juga dgn beranikan diri buat tak tahu jer...
Kuat juga bini aku. Tahniah!

Then masa kereta kami rasa berat tu, dia pun rasa berat juga...Ingatkan aku jer as driver rasa kereta berat...
Dia ada nmpk mcm benda putih follow kereta kami... Nauzhubillah..!

Tapi Alhamdullah, kami selamat sampai rumah....Then kami cerita benda tu kat family kat kg,... Adik ipar aku yg sorang tu cerita, dlm bulan lepas, member dia terbabas kereta kat H'way Baling Grik sebab rasa benda yg sama..kereta rasa berat, then lost control terbabas...
dia kata kami Alhamdullah kuat juga dpt lawan....

Jadi aku pesan kat korang, kalau nak lalu H'way Baling grik tu, kalau boleh jgn lewat sgt..Tunggu sat kat Pekan Grik tu...dah masuk subuh, then boleh la kot tempoh jln tu...
Tapi kalau kuat, belasah jer...

Lagi kalau korang ada any experience or info tntg topik aku bukak ni, boleh la share kat sini...
At least takder la member-2 kita kena benda yg sama aku kena..or maybe lagi teruk!

P/s: Aku ada dgr, ada org nmpk mcm kepala terbang masa lalu h'way tu... Ye la, sebab byk bukit kena potong sebab nak buat h'way tu..Mgkn ganggu tempat 'depa'....
Wallahualam....

Sumber
Baca Selengkapnya >>

Monday 22 April 2013

Gempar Dan Kecoh Cerita Hantu, Histeria, Rasuk Di UiTM Lendu Melaka


Kocoh tentang gambarcerita hantu sehinggakan ada pelajar-pelajar yang dikatakan histeria dirasuk hantu di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Lendu, Melaka yang semakin tersebar di laman-laman sesawang Facebook, forum, blog selain trending cerita hantu uitm Lendu di Twitter malam tadi..Situasi cemas berkenaan cerita hantu yang merasuk para pelajar di Uitm Lendu ini membangkitkan rasa bimbang kepada pelajar-pelajar universiti terbabit.. 





Kejadian histeria yang membabitkan pelajar-pelajar yang sedang menuntut di Uitm Lendu, kampus Melaka ini mula mendapat perhatian orang ramai setelah cerita mengenainya tersebar di internet..Kejadian pelajar histeria dirasuk hantu tersebut dikatakan memaksa Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) mengadakan majlis bacaan Yassin di Universiti tersebut..


Beberapa Cerita Hantu Di UITM Lendu Melaka Yang Diceritakan Oleh Pelajar UITM Lendu Sendiri:




CERITA HANTU UITM LENDU MELAKA (1)



Rasuk!!

Assalamualaikum!

Aku nak cerita sikit pasal orang kena rasuk dekat kolej aku.. Biasa lah you alls, kolej mana yang tak keras kan? Tak kesah lah kolej baru ke lama, semua berpuaka! Aktiviti rasuk merasuk, histeria kerap juga lah berlaku kat UiTM aku, UiTM Lendu Alor Gajah, Melaka.. Ada yang betul betul kena rasuk, ada juga yang buat buat dirasuk.. Entah apa motif dia pun aku tak tau lah.. 

Kolej aku kat UiTM tu kolej baru, tapi baru baru pun, sama keras dengan yang lama.. haha! Tapak lama kolej aku tu hutan, hutan kan? Mestilah ada penghuni kat situ.. Tapi kejadian rasuk yang berlaku kat kolej aku ni bukan disebabkan "penghuni" lain kat kolej aku tu.. Tapi disebabkan benda lain..

Ceritanya macam ni, malam tu aku kat bilik lagi.. Tetiba aku terdengar senior part 4 jerit suruh semua budak part 1 turun.. Time tu pukul 11 malam kot.. Aku turun lah, semua  orang berkumpul kat belakang kolej.. Time aku jalan tu aku ternampak banyak kereta kat surau berdekatan kolej.. Aku pun tanya lah kawan aku yang dah turun lebih awal..

"Ape ke hal tu??"

"Kena rasuklah.. ape lagi.."

"Ouh budak kolej mana, laki ke pompuan??"

"Budak Kolej Tun Ali.. Perempuan lerr.."


Aku pun buat bodoh laaa.. Lepas tu berkumpul, dengar lah senior berucap kat depan.. Time tu semua tengah busy dengan latihan untuk Open Kolej.. Malam tu budak budak yang masuk hakka kena buat latihan, budak dikir barat pun ada latihan.. Cuma budak Citra Warna je tak ada latihan.. Aku budak Citra Warna, so malam tu budak citra Warna relax tengok orang buat Hakka.. Sambil tengok orang buat hakka, mata aku pun menjenguk surau tadi.. Orang kat surau tu semua nak balik.. Dah habis menghalau lah kot.. Abang senior yang handle Hakka pun baru balik dari surau tu.. 

Tengah syok tengok orang buat hakka.. Tetiba macam kecoh kat satu bilik kat bawah.. Aku pun pelik laaa...!! Tetiba abang yang baru balik dari surau tu suruh budak hakka berhenti berlatih.. Dia cakap

"Korang nak naik bilik awal??"

Kitorang semua mesti lah nak kan.. masing masing pun dah penat, mengantuk lagi! Lepas tu abang tu cakap,

"Kalau korang nak naik awal, janji dengan aku.. 
jangan pergi bilik tu"

Kitorang semua pun pelik lah.. Mesti ada orang kena rasuk ni.. Macam "benda" tu melompat ke orang lain pulak.. Maybe sebab tu lah abang senior tu tak bagi pergi bilik tu.. Tapi... tak ada orang pun nak dengar cakap abang tu.. semua pergi serbu bilik tu nak tengok apa yang jadi.. Aku malas lah nak pergi menyemak.. Tapi ada lah jugak menjenguk.. hahaha...

Keesokkannya time aku nak pergi kelas.. Aku pun tunggulah kawan sekelas aku kat bawah.. Tak lama lepas tu dia keluar, aku pun tanya lah kawan aku tu pasal budak kena rasuk semalam sebab bilik dia dekat dengan budak yang dirasuk tu..

"Budak yang kena rasuk tu macam mana? dah okay??"

"Okay daaah... haaa kau nak tau cerita sebenar dia??

"Eh nak..! macam mana dia boleh kena rasuk??"

"Ni budak yang kena rasuk tu cerita balik tau..
Macam ni, semalam kan ada budak perempuan kena rasuk kat surau semalam??  Budak perempuan tu kena rasuk oleh SAKA dia
sendiri..  Lepas tu ada abang senior kita sebok  nak tengok time
nak halau saka tu.. lepas saka tu dah keluar.. Saka tu ikut abang senior kita.. Time dia menuju balik kat kolej.. Budak lelaki yang 
kena rasuk tu nampak Saka tu ikut abang tu.. Budak yang kena 
rasuk tu dah buka HIJAB!!! so dia boleh nampak"

"Ouh my dior!!"

"Yelah! Time dia nampak saka tu ikut abang tu.. Saka tu perasan yang dia boleh nampak!! Budak yang kena rasuk tu pejam mata, then bila dia buka mata je Saka tu betul betul depan dia!! Jarak saka dengan budak tu satu inchi je kau tau!! Budak tu terus tersandar kat dinding.. Then lepas tu ada abang senior lain ternampak budak tu, abang senior tu terus bawa budak tu masuk bilik dia.. Budak yang kena rasuk tu cakap, time dia kena rasuk, dia kena bawa oleh saka tu kat dalam hutan.. Dia kena ikat kat pokok.. Dua hari dia kat dunia sana..! Tapi kat dunia sebenar satu jam je! Dia cakap Saka tu bawa dia ke Perlis, sebab saka tu cakap loghat orang Perlis.. Hhaha..  Dia boleh lepas dari ikatan time ustaz ubat dia.. lebih kurang macam tulah dia cakap.. Dia cakap lagi, muka saka tu sama dengan muka budak perempuan yang kena rasuk semalam.. Tapi tua sikit lahhhh.."

"ouh macam tu.."
Aku pun tak tau sama ada nak percaya atau tak.. Tapi kalau betul macam mana?? entah lah.. Tapi kira berani lah budak tu sebab pergi buka hijab dia.. Entah apa lagi yang dia nampak kan? haha.. SERAM!

p/s: Lepas ni aku nak cerita pasal orang histeria dari bilik ke bilik.. :S


Lurzan Story


CERITA HANTU UITM LENDU MELAKA (2)








The stolen items part is creepy. First you’d be entering your room and you would think everything is fine. And then you’ll start to realise that one thing is missing. And then two things have gone missing, then you realise that almost everything valuable is missing from your room. And finally you’ll find a note saying this: “Nantikan ketibaan saya di kolej-kolej lain.”, which roughly translated means “Await my presence/arrival at the other colleges.”. Oh by the way, here, we call dorms ‘Kolej/College’. Four places have been attacked so far. All with the same note.
Rasuk, I saw with my own eyes. Real crazy stuff. Rasuk is when a thing enters your body, with the intention to hurt you and the people around you, and use your body to do various things. The girl at my level started dancing, and laughing, and screaming and shouting, walking here and there, and it was going in and out of her body so it was like she was her one second and another person the next.
When it was happening at the early stages, my roomates and I turned on the Yaasin on a speaker and sat together. And then we heard it: something screaming outside our window, as if trying to block out the sound of the Yaasin. When we paused the playback, it stopped screaming. When we turned it back on, it started screaming again. It was horrific. So we told our senior, who was at our level, handling the girl that kena rasuk. She then told us to just keep playing the Yaasin and ignore the sound, or leave the room and go to another room and stay there. We did the latter.
When we went to the other room, and as we were just about to close our eyes to sleep, we heard a different sound: someone tapping at our window. Mind you, we’re on the third floor. Then we heard another sound: a tapping on the bed posts. By that time, the girl that kena rasuk was already okay, but the seniors were still at our level. So we told the same senior again what had happened, and she came in, along with 17 of the other seniors, who are the members of the Majlis Tertinggi Kolej.
We sat in a circle, kept quite, and listened. Then we all heard it at the same time. We all just stayed in the room at the time, with no intention to leave at all, and we asked the seniors what happened the night before, or the other nights, and they told us that it’s only been our college, and one other boys’ college. And it’s quite bad. Bad to the point where the Polis Bantuan, who are the people who guard our entire campus, had to be involved in the search of the boys who kena rasuk, because guess what? They can fly. Yup, they freakin’ jumped off the second floor of the college, and flew away.
As we were telling the story, so many of us can hear what was happening outside our window. Taps, screamings, shoutings, clappings.. you name it. And while one of the seniors was speaking, another senior was signaling towards the window, while the senior that was speaking just nodded as if to say, “Ignore it!” to her. She was describing to us what had happened in her room, and one thing that happened was that she heard claps but just one clap and at different intervals. She showed us the sound of the clap, and then the whole room felt two strong winds blowing at different directions, and bam, the door opened by itself, as if kicked by something outside. But there was nothing there.
That was when we all read the Yaasin together, and decided that the entire room, all 20 of us, will not leave, because apparently the thing was walking around our level, waiting for us to come out. And apparently it was dancing the same dance the girl did when she kena rasuk, right outside our window. Scary stuff right there.
I think that night is just one of the nights that I’ll just keep thinking about for years to come. I mean this is insane. I was scared. And I’ve never been scared of such things. I’ll just have to keep thinking that God is with me and He and His words from the Book will protect me better than anything else. God is greater than anything else, anywhere, any time. He is with me.
Last night, which was Thursday, night of Friday, every college kena kacau by the thing that’s been rasuk-ing. My college was the worst because here we were, reading the Yaasin, and then three people started screaming, as if in pain. It’s was the scariest. Even the three colleges near us could hear the screaming. Word got out really fast so just as our college was being reported with rasuk, another college called in. An ustaz and some boys from the Majlis Penggerak Masjid were the first at the scene in our college. The YDP of Majlis Pewakilan Pelajar was there too.
Then we found out through Twitter that every college was holding a bacaan Yaasin, all at the same time. College lights were flickering and whatnot, and every college was chilly all night. And, from what I read on Twitter, a lot of people couldn’t sleep because of the sounds and the voices. But gosh, it was super creepy. I can still remember the screams.
The pukau part, is just really really frustrating. What these intruders will do is they will knock on your door (or sometimes they just barge in, if you don’t lock it) and they will shake your hand or tap your shoulder. By then you’re screwed. They’ll start talking nonsense to you, and 10 minutes later you’ll realise that you have taken out RM700 from your bank account and given it to these intruders, for a bottle, of literally nothing. They move really quickly. Everybody’s just afraid of staying in their rooms by themselves now because if they forget to lock it, there’s a higher chance of kena pukau. And this pukau thing will only happen if there are any carnivals/bazaar/fairs in our campus, which happens pretty much every two weeks. Plenty people have been pukau-ed. It’s the worst.
I don’t know what’s going on anymore. It’s just been too much lately. At the start of the semester, everything was fine. And then a month later, creepy things start to happen. Hope we can all be safe during this troubling time. Just end this so we can all be in peace. Thing is, we don’t even know what we did that set off the anger in the spirits around Lendu. All the events this week were all Islamic-oriented. Perhaps it’s mad because of that, because two nights ago, there was a talk in which the ustaz explained the Al-Fatihah. And he read it ever so beautifully. Just as he got to the third ayat, strong winds started blowing, and everything went havoc. The projector screen fell nearly hitting the ustaz’s head, backdrop nearly teared, the papers on the registration tables flew around… and man it was just creepy when the ustaz said “Ada benda tak nak saya teruskan bacaan saya ni.”. When he said that, another strong wind blew.
Ugh, I just.. this is freakin’ scary alright. What do we do about this other than pray for safety? I mean it’s all the spirits here combined. Usually it’s one or two just trying to mess with everyone’s head, but now it’s really just disturbing everyone on campus for no particular reason. It’s annoying, and creepy, frustrating. Scary too. Gosh, just end this. End this now.
Day Eighteen (theruzannapages)

Klik Gambar Hantu Kontroversi Yang Diperkatakan Di UiTM Lendu, Melaka Di Sini
Tidak dapat dipastikan kesahihan mengenai cerita hantu Uitm Lendu ini dan berita pelajar histeria disampuk selain dirasuk hantu seperti yang dikatakan oleh sesetengah orang ramai selain pelajar Uitm itu sendiri melalui Twitter, blog, forum dan Facebook..Mungkin ada pelajar-pelajar Uitm Lendu Melaka boleh memberi kenyataan sebenar..? - buatbest.blogspot.com
Baca Selengkapnya >>

Friday 19 April 2013

Seram! Bayi Terkena Badi Mayat

Terdapat sebuah kisah mengenai seorang bayi kecil yang terkena badi mayat apabila salah seorang dari ahli keluarganya telah menziarahi jenazah yang telah meninggal dunia di salah satu tempat. Kemudian apabila pulang tempat ziarah, ia terus menegur bayi yang dimaksudkan ini. Ikuti kisah ini yang mungkin boleh kita jadikan iktibar di kemudian hari.



Tragedi ini menimpa bayi perempuan saya, ketika itu masih berusia 7 bulan. Memang tidak bermaya, tidak tidur, tidak menangis, tidak ketawa, tidak makan. Ibu mana yang mampu menahan bila keadaan anak begitu. Saya bersama suami sering lakukan solat hajat untuk meminta Allah lindungi dan pelihara kesihatan dan kesejahteraan kami sekeluarga. Masa berlalu sehinggalah rumah ibu di datangi seorang lelaki yang agak berusia lewat 50 an dan memperkenalkan dirinya sebagai Cik Man, seingat saya waktu itu Hari Raya Aidil Adha.

Sesungguhnya kami sekeluarga memang tidak mengenali dan tidak pernah pula berkenalan dengan lelaki tersebut. Cik Man tu kata selepas beliau selesai solat Asar tak tahu pulak gerakan hati untuk ke rumah itu (rumah ibu). Beliau terus saja menjengah ke buaian anak saya sambil mengucap panjang. Beliau terduduk sambil memadang wajah seorang demi seorang. Beliau kata di dalam buaian itu bukannya anak saya tetapi wajah perempuan tua yang hampir kecut.

Ya Allah ! Waktu itu rasanya kaki saya tidak mencecah kebumi, terasa terlerai segala sendi yang ada. Cik Man tu menawarkan diri untuk mengubat bayi saya selama tiga hari (itu pun dengan izin dari Allah…katanya).
Dia meminta saya mendapatkan air lebihan mandian jenazah (air yang masih ada di dalam getah) dengan syarat yang meninggal mestilah seorang lelaki (sebab yang menumpang pada bayi saya adalah badi daripada mayat perempuan tua dan bukannya satu tetapi tujuh, benda tu menghuni di setiap sendi bayi perempuan saya) jika saya terlewat bayi saya mungkin turut meninggal.

Kerana terlalu risaukan keselamatan bayi saya, sehinggakan saya berdoa agar adalah orang yang meninggal pada hari itu. Hampir tiga jam saya bersama suami bertanya ke sana-sini, mencari rumah orang yang ada kematian. Dgn izin Allah saya terjumpa petang itu, Alhamdulilah. Petang itu Cik Man ke masjid dan dia hanya berpesan agar bayi saya yang sekecil itu dimandikan dengan menghadap ke kiblat berserta sepotong doa yang diberikan. Suami saya terus memandikan bayi perempuan saya seperti yang disarankan oleh CikMan tadi. Selepas dimandikan separuh badan bayi saya (dari pinggang kebawah) bertukar menjadi lebam. Rupa-rupanya kami tersilap kerana mana ada jenazah perempuan orang lelaki yang mandikan. Sekali lagi hati saya tidak keruan, mencari hingga kemalam.

Keesokkannya pagi-pagi lagi saya telah ke rumah mayat Hospital SHah Alam, menanti kalau-kalau ada orang yang meninggal ketika itu. Allah Maha Penyayang dan akhirnya saya bertemu dengan kawan lama yang kebetulan kematian datuk. Saya meminta izin dari neneknya untuk meminta sedikit air lebihan mandian untuk membuat ubat anak saya. Saya menceritakan dengan linangan air mata, tersentuh hati saya bila nama bayi perempuan saya disebut.

Bila air itu sudah diperolehi terus saja saya serahkan kepada CiMan (takut ada sebarang kesilapan lagi). Cik Man meminta saya memandikan bayi saya sendiri, tetapi saya tidak boleh kerana kedatangan haid, terpaksa ibu yang mengambil alih tempat saya. Cik Man berpesan apa jua yang berlaku pada malam itu beliau meminta kami semua bersabar dan sentiasa mengingati Allah swt. Pintu dan tingkap diminta buka seluas-luasnya. Cik Man meminta ibu tanakkan sepiring pulut kuning. Benar seperti apa yang Cik Man katakan.
Malam itu adalah malam pertama saya mendengar tangisan bayi saya, tangisan yang saya rindu sejak beberapa bulan yang lalu.

Bayi saya meronta-ronta dan dengan spontan terasa seperti ada imbasan angin yang keluar terus menuju ke pintu dapur rumah ibu. Dalam masa yang sama terdengar suara ibu memekik dari dapur (seperti suara orang terperanjatkan sesuatu) tutup pengukus pulut itu dipenuhi cecacing dan ulat yang berwarna hitam. Adik lelaki saya mengucap dan terus membuang ulat-ulat itu ke longkang.
Bila kesemuanya telah selesai, Cik Man memberitahu tahu kepada saya, suami dan keluarga yang ada. Ada seorang daripada ahli keluarga kami yang menziarahi jenazah yang meninggal dalam kemalangan, kemudian balik dari ziarah terus menegur bayi saya tu. Cik Man cakap itu badi mayat. Kebetulan waktu itu bapa saudara saya pula sampai ke rumah untuk bertanyakan khabar bayi saya.

Rupa-rupanya orang yang Cik Man maksudkan itu adalah bapa saudara saya, dia pun akui dan tak sangka perkara itu terjadi kpd bayi saya. Cik Man menawarkan diri sekali lagi untuk merawat bayi saya sehingga berusia setahun. Saya pernah sekali ke rumahnya dan membawa serba sedikit keperluan dapur untuk dia dan isterinya. Gembira dan bersyukurnya saya, kerana bayi saya sudah pandai bertatih. Sekian lama selepas segala kesulitan itu terurai, saya bercadang untuk menziarah Cik Man sambil membawa sedikit sedekah dan tanda terima kasih. Saya dan mencari alamat rumah seperti yang diberikan oleh Cik Man.

Apabila saya sampai ke alamat itu saya lihat disitu cuma ada sebuah rumah tinggal yang papannya sudah pun berlumut. Saya bertanya dengan kedai mamak yang berhampiran, tempat saya membeli keperluan dapur waktu pertama kali saya bertandang kerumah Cik Man. Mamak tu kata rumah tu dah bertahun-tahun kosong, tuan rumah tu tak ada waris. Saya dan suami berpandangan sesama sendiri.

Barang yang telah terniat untuk Cik Man saya sedekahkan ke surau yang berhampiran. Terima kasih, saya sekeluarga terhutang budi kepada Cik Man (jika beliau masih hidup) dan saya sedekahkan Al-Fatihah buat Cik Man jika dia benar-benar sudah meninggal. Apa yang berlaku elok dijadikan pengajaran dan ikhtibar.


Sumber
Baca Selengkapnya >>

Tuesday 16 April 2013

Misteri! Roh Isteri Jengah Suami Di Felda Hulu Tebrau


Misteri! Roh Isteri Jengah Suami Di Felda Hulu Tebrau | Pada kisah kali ini, KisahBest.My ingin berkongsi satu cerita tentang seorang suami yang sering didatangi roh arwah isterinya. Biarpun seperti yang kita tahu, roh yang mati tidak boleh lagi kembali ke alam dunia. Berkemungkinan ia adalah Qarin. Sebagai manusiakita terbatas akal pemikiranKisahBest.my difahamkan juga, suaminya sering berbual-bual dengan arwah isterinya seperti mana yang diceritakan oleh anaknya sendiri. Soal percaya atau tidak, terletak di tangan kita. Ambillah sedikit nasihat dan pedoman dalam kisah ini.  Wallahu’alam.
kubur (1)
Kelmarin, saya terbaca sebuah artikel menarik di Majalah Mastika edisi Mei 2008, yang telah dibeli lebih sebulan yang lalu tetapi belum berkesempatan untuk membacanya. Saya mulanya tertarik dengan tajuk kecil di kulit Majalah berbunyi ‘Politik Malaysia dalam bahaya? ‘ lantas membelinya.

Artikel yang paling menarik itu adalah di muka surat 26, tulisan wartawan terkenal Mastika, saudara Shahidan Jaafar bertajuk “ Roh isteri jengah suami di Felda Hulu Tebrau”.
Berdasarkan maklumat dari artikel tersebut, saya membuat carian di internet ke atas nama ‘Dr Talib Samat – UPSI’ , dan hasilnya beliau adalah Pensyarah Jabatan Kesusasteraan Melayu, Fakulti Bahasa, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.
Artikel ini berkenaan arwah ibunya yang telah meninggal dunia tetapi rohnya masih berkunjung ke rumah keluarga mereka di kampung Felda Hulu Tebrau untuk berbual2 dengan ayahnya. Dr Talib mengundang Mastika untuk menyiarkan kisah ini untuk dijadikan iktibar dan pedoman kepada kita semua.
Pada hari Jumaat 30 November 2007, jam 12.05 tengahari, ibu kepada Dr Talib Samat, Puan Nea Mohd Zain, 75 telah meninggal dunia dan disemadikan pada petangnya di Tanah Perkuburan Islam Hulu Tebrau. Di sini saya petik sebahagian isi artikel tersebut sepertimana yang diceritakan Encik Samat Tukiman, 75, kepada wartawan Mastika.
makcik1
Pakcik Samat Tukiman, foto kecil – almarhum makcik Nea Mohd Zain ( moga2 kita bertaubat bersungguh-sungguh demi menelusuri jejak langkah kesolehan makcik Nea)
MALAM itu, majlis tahlil arwah diadakan. Jiran-jiran dan saudara-mara terdekat dijemput.Tiba-tiba ketika majlis tahlil sedang berlangsung, Samat terpandang arwah isterinya datang dengan memakai telekung putih.
Arwah isterinya muncul dari pintu utama dan kemudian berjalan ke kelompok jemaah wanita. Setelah itu, arwah mendekatinya. Samat melihat tubuh isterinya tidak longlai seperti ketika dia sedang sakit dahulu. Tubuhnya segar dan kuat.
“Saya sihat!” jelas arwah isterinya sambil memerhatikan orang yang sedang bertahlil.
Samat senyum dan mengangguk. “Ramai orang di rumah kita ni!?” tanya arwah isterinya.
“Tengah tahlil, baca doa untuk awak!” beritahu Samat.
“Baguslah! Tapi di sana lebih istimewa. Kawan-kawan pun ramai,” beritahu arwah isterinya lagi.
Arwah isterinya itu tidak lama menghadiri majlis tahlil. Setelah muncul beberapa minit dan berbual-bual dengan Samat, wanita itu berjalan menerusi pintu utama dan terus ghaib.
Ketika itu tiada sesiapa yang menyedari kehadiran arwah kecuali Samat seorang.
Pada malam kedua, arwah isterinya datang lagi ketika majlis tahlil sedang berlangsung.
“Masih tahlil lagi?” tanya arwah isterinya.
“Ya. Tahlil,”jawab Samat.
Pada malam berkenaan, itulah sahaja perkara yang ditanya arwah isterinya.
Malam-malam berikutnya, arwah isterinya datang lagi, semasa majlis tahlil diadakan. Selepas bertanya khabar, wanita itu menghilangkan diri semula.
Namun pada malam ketujuh, arwah datang dengan membawa rombongan kawan-kawannya
seramai lebih kurang 60 orang. Setiap ceruk rumahnya penuh dengan kawan-kawan arwah
isterinya. Semua wanita yang dibawa isterinya itu memakai telekung putih, seorang pun tidak dikenalinya.
“Macammana di sana (kubur) ?” tanya Samat.
“Lagi istimewa. Dalam kubur, ada cahaya terang benderang!”
Semasa berbual-bual itu, arwah banyak mengingatkan supaya jangan lupa sembahyang, bersedekah dan membuat ibadat supaya apabila meninggal dunia kelak kuburnya dilimpahi cahaya terang-benderang.
Samat juga diberi gambaran oleh arwah keadaan di kuburnya tidaklah sunyi dan gelap seperti disangka tetapi terang benderang seperti sebuah bandar.
“Rumah kita ni gelap sikit. Tapi sana (kubur) macam bandar, terang-benderangl”beritahu isterinya lagi.
Rakan-rakan arwah semuanya hanya mendiamkan diri.
Samat sempat bertanya arwah bagaimana corak kehidupan dalam kubur.
” Sana saya bukan makan nasi, saya makan kalimah syahadah, lailahaillah dah kenyang,” beritahu isterinya lagi.
Setelah majlis tahlil berakhir, arwah isterinya mengajak 60 orang rakannya tadi pulang. Tapi sebelum pulang, sekali lagi arwah isterinya berpesan kepada Samat supaya jangan lupa bersembahyang.
Kalau berhutang boleh dibayar tapi sembahyang, wajib kena buat,” pesan
arwah lagi.
Samat juga pernah bertembung dengan arwah isterinya dalam sebuah kereta ketika
dalam perjalanan menghantar anaknya, Dr. Talib ke perhentian bas di Larkin, Johor Bahru.
Apabila ditanya Samat, arwah isterinya memberitahu dia sengaja datang untuk mengetahui ke mana anak dan suaminya hendak pergi. Arwah muncul dan sepantas kilat boleh menghilangkan diri – lolos ketika kereta sedang laju bergerak.
Samat juga pernah bertembung dengan isterinya ketika mereka sekeluarga sedang minum di restoran.
Roh arwah juga ada kalanya muncul untuk menolong Samat ketika orang tua itu dalam kesusahan, mengangkat barang seperti kerusi atau menyapu sampah.
“Pernah arwah tolong cabutkan pokok cempaka tu!” cerita Samat. Pokok cempaka tersebut sudah bergoyang- goyang akarnya. Tidak semena-mena arwah isteri Samat datang membantunya mencabut pokok tersebut.
Pakcik Samat berbual dengan arwah isterinya, di sebelahnya adalah anaknya Ashidah, adik Dr Talib.
Pakcik Samat berbual dengan arwah isterinya, di sebelahnya adalah anaknya Ashidah, adik Dr Talib.
KETIKA  wartawan  Shahidan Jaafar sedang berbual-bual di meja makan di dapur ( dalam pukul 4.00 petang) dengan Samat, tiba-tiba orang tua itu memberitahu arwah isterinya datang.
“Kenapa?, tanya Samat. Ini wartawan Mastika, Shahidan Jaafar. Ini Talib punya syor, Talib suruh masuk cerita awak dalam Mastika, boleh?” kata Samat seolah-olah bertanya kepada arwah isterinya.
Kemudian Samat diam.
“Tak apa! Dia kata boleh tulis. Ceritalah” beritahu Samat seketika kemudian.
Samat menjelaskan, arwah isterinya datang bertudung biasa.
Setengah jam kemudia, sekali lagi isterinya datang, kali ini duduk di atas kusyen pula.
“Awak nampak? Nampak ya? Inilah wartawan Mastika tu!” kata Samat
“Tadi dia beritahu saya, dia nampak wartawan Mastika. Dia kata, baguslah cerita perkara-perkara lama. Dia tanya, Wartwan Mastika nak tidur sini ke?”
“Saya kata tak, Datang nak interviu saja. Dia tanya nakbuat apa? Nak buat pedoman dan iktibar dalam Mastika ke? ” tanya Samat.
Ya! Cerita ini untuk pedoman dan iktibar!
NOTA: Anak-anak Samat juga sering merakam interaksi antara orang’ tua itu dengan arwah ibu mereka. Seperti yang dialami Mastika, gambar dan video yang mereka rakam itu menunjukkan Samat berbual seorang diri. Bayangan arwah ibu mereka tidak kelihatan langsung. Kata mereka, Samat sihat. Percakapan ayah mereka itu normal. Ingatannya masih waras. Selepas seminggu mengunjungi Samat, kami menerima SMS daripada anaknya, Dr. Talib Samat yang memberitahu ada perkembangan terbaru daripada adiknya, Ashidah Samat di Felda Hulu Tebrau di Johor.
“Arwah mak saya menghubungi Mak cik Niah, isteri Pak cik Sitam, jiran kami. Roh mak saya ucap terima kasih kerana pimpin majlis tahlil untuknya. Ini menunjukkan betapa arwah mak saya dapat menghubungi orang luar keluarga saya.  Terimakasih. Dr. Talib Samat.”
Sumber : Heliconia
Baca Selengkapnya >>

Sunday 7 April 2013

GEMPAR!!!: (Gambar) Analisis Penampakan HANTU Di UiTM Machang, KELANTAN



Gambar penampakan hantu kali ini dikirimkan oleh.. oleh sapa ye.. Arif rasanya. Tengok kat belakang anak gadis tu, ada macam kepala orang kat sebalik tingkap. Pengirim menyertakan teks tersebut:


baca lagi & lagi GAMBAR yang di ZOOM, Klik TAJUK ENTRI ni
nih gmba kawan aku... dia amik kat uitm tmpat aku ngaji...time nih smua student dah cuti sem. tggl budak2 yg amik kursus keusahawanan jer..
time tuh pkul 11 lbih lar(baru abis kursus kat bilik kuliah). dia saje2 jer amik gmbar time tuh... biler balik bilik nampak benda tuh... trus diorg xleh tido mlm tuh...
location uitm machang kelantan, blok A, blakang tuh tandas lelaki...
Lokasi: UiTM Machang, Kelantan. Blok A, Tandas lelaki.

Memang ada makhluk lain yang berada di sekeliling kita. Kadang-kadang 'mereka' ini sentiasa memerhati apa yang kita buat. Tu la orang kata, lepas abih kuliah balik bilik terus, jangan merayau-rayau ambik gambar. Dah terambik gambar hantu. Ada apa-apa ke kat UiTM Machang ni? Dengar cerita kawasan dia keras. Sapa-sapa budak UiTM Machang kat sini?!

Sumber: jarigempaqnetwork.blogspot.com
Baca Selengkapnya >>