Showing posts with label Isu Panas. Show all posts
Showing posts with label Isu Panas. Show all posts

Saturday 13 April 2013

Panas: Wanita Tertipu Beli iPad Plastik RM1,500




Boston – Seorang wanita berang apabila mendapati iPad yang dibelinya di pasar raya Walmart di sini dengan harga AS$499 (RM1,542) sebenarnya plastik.
Suzanne Nassie berkata, dia menyedari ada sesuatu tidak kena sebaik membuka bungkusan yang renyuk itu.
Pemalsuan itu sungguh mengelirukan, malah pasar raya terbabit enggan memberikan ganti rugi kepadanya
sebelum akhirnya akur. “Ini bukan tablet sebenar. Seseorang pasti meletakkan alat palsu itu ke dalam kotak bungkusan iPad,” katanya.
Suzanne membawa alat itu kembali ke pasar raya berkenaan, tetapi tidak dibenarkan bercakap dengan pengurus dan enggan diberikan ganti rugi walaupun dia membawa resit belian dicetak 20 minit sebelum itu. Dia sebaliknya disuruh mengemukakan aduan kepada Apple, syarikat yang mengeluarkan iPad.
Suzanne bukan pelanggan pertama tertipu dengan pembelian iPad di Walmart.
Ramai pelanggan membuat aduan membeli perlatan palsu di premis pasar raya itu di New Jersey, Florida dan Texas sebelum ini.

Pada November lalu, Emilio Pereda dari Florida memberitahu media, dia membeli iPad palsu daripada peruncit gergasi itu dengan harga $500 (RM1,545).
“Tiada bungkusan merah. Ia dibungkus sepenuhnya dengan kertas bungkusan Walmart,” katanya. Sementara itu, Suzanne dihubungi pengurus pasar raya itu yang meminta maaf dan menawarkan ganti rugi sepenuhnya. – Agensi
Baca Selengkapnya >>

Sunday 7 April 2013

Panas!!! Awek Bertudung VS Awek Tak Bertudung

nick+nashram+wanita+bertudung.jpg (416×300)
Gambar hiasan

Seorang awek yang tak bertudung bernama Lia post status pasal isu bertudung kat Facebook. Status yang dia tulis "huh....sume yang tutup aurat tu dah konpem masuk syurga ke?" banyak dapat komen dan like dari kawan yang sebijik macam dia..Tetiba, ada sorang muslimah ne, namanya Suri balas komen Lia tu.

Suri : Yang pasti tak tutup aurat konpem masuk neraka :)

Lia : Ala....tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak mengumpat orang sana sini.

Suri : Bila iblis tak mahu mengikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, maka dia menyalahkan perintah Allah itu..Katanya "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia..."Samalah dengan tudung, tudung yang disalahkan,"pakai tudung tak semestinya baik..bla..bla..bla..."

Lia : Macam kau tu bagus sangat nak tegur aku..ntah-ntah kau dulu lagi jahat.

Suri : Tidak ada larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu satu tuntutan. Selagi awak islam dakwah itu wajib..At least, orang yang kita dakwah tu insaf dan bertaubat :)

Lia : Weh pompuan...kau ingat aku jahil sangat ke?? Aku walaupun tak bertudung tapi hati baik!

Suri : Adakah awak mendakwa diri tu mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi yang kononnya mampu menjamin maruah awak tanpa perlu menutup aurat?

Lia : Pakai ketat ke, jarang ke..itu hak aku. Kalau tak suka tak payah tengok ok!

Suri : Awak berani jamin ke yang sume lelaki ajnabi mempunyai hati yang suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan dan nafsu?

Lia : Aku rasa aku tak pakai seksi pun. Terpulanglah pada orang yg melihat...so what??

Suri : Seksi atau tidak...hukumnya tetap berdosa walaupun menayangkan sehelai rambut :)

Lia : Ala...tak bertudung pun, aku solat dan puasa macam kau jugak.

Suri : Awak yakin ibadat tu diterima? Awak yakin dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin masuk syurga?

Lia : Suka hati aku la nak pakai macam mana pun. Aku tak susah pun hidup orang lain.......

Suri : Awak sebenarnya dah susahkan bapa,abang,adik dan suami dengan menarik mereka ke neraka bersama awak kerana mereka tidak menegur dan mendidik anda.

Lia : Apa yang aku pakai....ne antara aku dengan Tuhan.

Suri : Kat dunia berani la cakap. Berani kat depan Allah nanti cakap macam tu? Lawan perintah Allah neraka tempatnya..

Lia : Bukan aku tak nak tutup aurat....cuma masih belum sampai seru lagi.

Suri : Mati tak kenal usia. Tak takut ke mati usia muda. Nanti tak sempat nak bertaubat.

Lia : Relak la...perubahan bukan boleh buat terus...kena la slow-slow.

Suri : Boleh ke cakap dekat Malaikat Izrail suruh tunggu kejap? Lepak la dulu...jangan ambil nyawa aku lagi..boleh??

Lia : Tutup aurat tu bagus tapi tak nak la hipokrit bila buat tak ikhlas...

Suri : Kalau begitu, awak sememangnya hipokrit kerana tak ikhlas beragama islam.

Lia : =.=" ok baiiiiii......................................

Suri : Sekadar renungan kita bersama :) 

Sumber : busuk.org
Baca Selengkapnya >>