Monday, 1 July 2013

Siti Nurhaliza Cadang Ambil Anak Angkat Palestin

Sehingga ke hari ini, masih belum ada khabar gembira daripada Datuk Siti Nurhaliza mengenai kehamilannya. Masih belum ada rezeki untuk Siti bergelar seorang ibu. Apa pun Abang Nara sangat terharu apabila mengetahui beliau bercadang untuk mengambil 2 orang anak angkat Palestin untuk meringankan kesusahan mereka. Respek!!!
siti nurhaliza

Ditanya mengenai perancangan tersebut, Siti berkata kepada Mstar Online:-
Ya… saya telah dimaklumkan proses bagaimana untuk membantu mereka, iaitu salah satunya adalah dengan mengambil anak angkat. Namun, kita tidak boleh membawa mereka keluar dari negara tersebut kecuali membiayai kos sara hidup mereka di sana. Saya baru diberitahu tadi tentang proses tersebut, Insyaallah nanti saya akan berbincang dengan suami tentang perkara itu.
siti nurhaliza
Walaupun tidak akan menjaga anak angkat Palestinnya, Abang Nara gembira dengan langkah yang diambil oleh Siti Nurhaliza ini. Ada beberapa cerita yang Abang Nara dengar mengenai ketidakhamilan selepas beberapa tahun berkahwin, tup-tup mereka ambil anak angkat dan terus hamil selepas itu. Semoga Siti jua akan mendapat berita gembira seumpama itu kelak. Sama-samalah kita doakan.
 Sumber: beautifulnara
Baca Selengkapnya >>

Kisah Seram..Pembongkaran Restoran Adik Manja di Kuantan.

Fuh!! MISTERI : Pembongkaran Restoran Adik Manja Di Kuantan, Pahang..SERAM | Hidupan ghaib seperti Jin dan syaitan itu sememangnya wujud dan tak mmapu kita nafikan. Memang seram bila baca kisah-kisah mistik ni lebih-lebih lagi jika pernah merasainya sendiri. Entri kali ini Oh! Tidak terima dari seorang pengirim berkenaan misteri sebuah restoran tinggal yang bernama Adik Manja, di Kuantan Pahang.

Dari email yang kami terima:

“Dah lama aku perhatikan…sbagai maklumat, restoran ni dibina awal tahun 90-an dulu..berlokasi di tepi Jalan Gambang (sebelah kiri) menghala ke bandar Kuantan. Dulu kalau tak salah, nama restoran ni lain sbelum dimiliki oleh owwer baru…tapi setelah baru jer beroperasi, atas sbb tertentu atau misteri, restoran ni ditinggalkan begitu sahaja hingga kini. Anehnya ‘jiran’ berdekatan amat rancak pembangunannya dan tidak mustahil restoran ni kurang sesuai berlokasi di situ dan yang paling misteri, sehingga kini juga masih tiada owner baru mengambilalih dan Restoran Adik Manja dibiarkan mereput dan berdiri sbgai sebuah entiti yang memiliki kemisterian tersendiri”…

Aku pernah ada pengalaman dengan kedai ni kira2 7 tahun lps. Van company yang aku bawak rosak berhampiran dengan kedai ni…kira2 300 meter je. time tu malam dlm pkul 9.00. Kawasan tu agak gelap jadi aku boleh nampak kedai tersebut terang benderang dan meriah, nampak mcm ramai orang berhenti. Aku ingat nak pegi kt kedai tu tapi tak berani nak tinggal van company sbb barang penuh. Aku tunggu kawan aku datang bawak van lain pastu punggah barang2 dan teruskn perjalanan. Masa lalu kat kedai tu dalam pkul 12mlm mmg nampak jelas orang ramai tengah makan.
Aku pelik jugak sbb setahu aku kedai ni dah lama tak bukak. Mungkin owner baru kot..aku dgn kawan aku fikir. Esoknya aku datang balik waktu pagi sbb nak ambil van yang kitorang tggal kt tepi jalan malam tadi. Aku tengok kedai tu tutup, aku tak puas hati aku pergi singgah kt kedai tu, aku tengok langsung takde kerusi meja…dengan keadaan yang berhabuk macam dah lama tak berniaga dan tak ada langsung tanda2 macam orang berniaga malam tadi…aku pandang kawan aku..pastu kawan aku pandang aku…apa lagi terus cabut la…tunggu apa lagi…tapi yang peliknya..sape yang aku nampak ramai2 makan kt kedai tu malam tadi…mmg misteri gilerrr..
Anonymous said…

Aku membesar dgn dulu ulang alik dari kerteh ke temerloh ikut jalan ni sebab highway x ada lgi. Pena dulu, adik aku nak terberak sgt dah, so kami terpaksa berhenti dkt sini. Sebab, kami semua nampak ada orang jaga kedai. Tengah bakar satey kt depan kedai tu. Tp, pelanggan x der. Ada pak cik tu sorang2 je. Mak aku mintak izin guna toilet dia. Dia bagi. Tapi, time aku duduk dlm kereta tu, mmg rasa x sedap hati.

Tp nasib baik x jdi apa2 buruk. Sampai ke kg mlm tu, mak aku cerita kt parents n adik beradik dia, yg kami singgah di kedai ni. Semua org trkejut, senyap sunyi je. Tiba2 nenek ckp, kedai tu dah lama x brpenghuni. tp, x tau la kalau da bukak balik.
Bila kami otw nk balik smula ke kerteh, mmg kedai tu kosong. Usang, uzur. Seram je rasa. Tempat bakar satey yg meriah dgn lampu, khemah, tempat pembakar langsung x ada. Nasib baik x jdi benda2 buruk kt kami.

Sumber
Baca Selengkapnya >>

[4 Foto] Rumah Ini Berada Di Tengah Lebuhraya

Mungkin anda tertanya-tanya, mengapakah sebuah rumah besar ini boleh berada di kawasan tengah lebuhraya. Secara uniknya yang kita lihat, ada rumah yang dibina di atas pokok dan sebagainya. Namun apa yang kita lihat ini, ia berada di lebuhraya. Pada mulanya, admin berpendapat, rumah ini berpuaka sehingga ia tidak boleh diruntuhkan, namun ia berlaku sebaliknya.
Sebuah bangunan lima tingkat yang terasing ini tetap teguh berdiri di tengah-tengah lebuh raya yang baru di buka. Lebuh raya tersebut terletak di Wenling, Wilayah Zheijang, China.
Sebuah keluarga dari kampung Xiazhangyang berkeras untuk tetap tinggal di bangunan tersebut kerana mereka tidak berpuas hati dengan kadar pampasan yang ditawarkan oleh pihak kerajaan.
Seperti yang dilaporkan oleh China Daily yang dikutip oleh AsiaOne, Jumaat (23/11/2012), bangunan yang berada tepat di atas lebuh raya tidak diruntuhkan kerana keluarga berkenaan tidak mahu menerima pampasan dari pihak kerajaan.
Sedangkan, jiran-jiran mereka yang lainnya yang tinggal bersama di dalam bangunan tersebut telah pun berpindah keluar ke tempat yang telah ditetapkan oleh kerajaan iaitu di Stesen Wenling.
Sumber : Sochai
Baca Selengkapnya >>

Hanya 572 Penduduk Tinggal di Bandar Ini?



Vatican City dihuni seramai 32 wanita dan 540 lelaki.Dari 572 pemegang pasport Vatican itu,terdiri dari 306 diplomat,86 Garda Swiss(penjaga),73 kardinal,31 orang awam dan seorang biarawati.

Tapi daripada jumlah itu,hanya 223 yang benar-benar menetap di Vatican.Negera terkecil ini juga dihuni 221 warga asing dengan majoritinya adalah pastur,biarawan atau biarawati sesuai dengan statistik yang dikeluarkan oleh vatican city.

Vatican City melarang bagi bukan penduduk Vatican atau warga negara asing membawa kereta ke negara bandar itu kecuali mereka memiliki izin khas.Bandar Vatican seluas 44 hektar dan berdiri pada tahun 1929.
Baca Selengkapnya >>

10 Makanan Paling Jijik di Dunia!


Di Malaysia, kalau kita dengar ada yang makan darah ular, kucing dan katak pun sudah cukup meloyakan tekak. Tetapi di negara luar lebih dasyat lagi apa yang mereka makan. Mungkin bagi penggemar makanan eksotik, itu adalah sesuatu yang sangat lazat dan mampu membuatkan mereka kecur liur.

Berikut ialah 10 makanan yang menjijikkan dan negara yang paling banyak mempunyai makanan jijik ialah negara China.


1. Burger “Cindil” – China.

Cindil atau nama lainnya anak tikus yang baru lahir dipercayai boleh menambah stamina dan membuatkan tubuh badan menjadi lebih sihat. Selain itu, cindil juga dikatakan mempunyai kandungan protein yang sangat tinggi. Khabarnya, cindil juga boleh mengubati pelbagai macam penyakit, dan salah satunya adalah asma. Di negara China, penyajian cindil beraneka macam dan salah satunya adalah dalam bentuk burger.

2. Otak Monyet Hidup – China.

Otak monyet yang masih hidup kononnya boleh mengubati masalah kekuatan seksual lelaki. Selain itu juga, dapat menambah stamina. Di China, dipercayai bahawa otak monyet yang masih hidup (otaknya yang masih berdenyut) merupakan ubat yang paling mujarab untuk mengubati masalah kekuatan batin. Monyet yang masih hidup dimasukkan ke dalam karung, kemudian di pukul kepalanya sampai pengsan dan mestilah dipastikan monyet itu masih hidup. Kemudian kulit kepala bahagian atas dikuliti dan di belah tengkoraknya untuk diambil otaknya mentah-mentah dan di makan dengan menggunakan straw. Di Indonesia juga terdapat kawasan-kawasan yang menjual makanan seperti ini, seperti Sulawesi, Medan, Lampung, Jawa Timur, dan Kota Jakarta.

3. Daging Tikus Goreng – China.

Tikus-tikus yang biasanya didapati berkeliaran di sawah para petani ini yang biasanya menjadi hidangan sebagai lauk oleh kebanyakan orang-orang di negara China. Daging tikus yang telah disembelih dan diperap akan digoreng dan dijadikan santapan. Daging tikus dipercayai mempunyai kandungan protein yang tinggi yang baik untuk kesihatan.

4. Ulat Rebus – Botswana.
Suku kaum di pedalaman Botswana dikatakan gemar menyantap ulat-ulat Mapone sebagai menu makan hampir setiap hari. Ulat-ulat yang telah dikumpulkan akan dimasak dengan menggunakanbahan perasa untuk menambahkan kesedapannya dan disantap bersama-sama dengan nasi.

5. Soya Busuk – China.

Hampas soya yang dijemur sehingga keluar bau busuk dan kering akan diproses untuk dijadikan menu makanan, dan ianya hanya terdapat di negara China sahaja.

6. Telur Rebus Mengandungi Janin Itik – Filipina.

Di negara Filipina, telur itik yang telah mencapai umur 2 minggu atau yang telah berubah menjadi janin akan dimasak atau direbus lalu dijadikan santapan dan dimakan dengan sos dan kicap masin. Telur seperti ini dipercayai mempunyai kandungan protein yang tinggi yang mampu menambahkan nutrisi yang diperlukan oleh badan.

7. Sperma Ikan Cod di Negara Asia Timur.
Di wilayah Asia Timur, segumpalan sperma ikan Cod boleh diproses sedemikian rupa menjadi menu santapan di hotel-hotel berbintang dan di restoren restoren mewah di bandar-bandar dengan harga yang sangat mahal.

8. Sos dari Sperma Ikan Emas – Hungaria.


Di negara Hungary, sperma ikan emas akan diproses dan dicampur dengan susu untuk dijadikan sos dan disajikan bersama sup ayam.

9. Steak Daging Buaya di – Singapura.

Di negara Singapura, daging buaya kebanyakannya anak buaya akan diproses menjadi steak buaya. Daging-daging buaya terutama bahagian paha tangan dan kaki akan disajikan bersama kentang goreng sama seperti steak daging lembu yang kita biasa lihat. Hanya restoran-restoran tertentu di Singapura yang menyajikan menu istimewa ini.

10. Bola Mata Ikan Tuna – Jepun.

Di Jepun, bebola mata ikan Tuna yang masih mentah atau yang sudah dimasak akan disantap sebagai snek di waktu lapang. Bebola mata ikan Tuna dipercayai boleh menambah stamina ketika sedak melakukan aktiviti lasak lebih kurang seperti minuman isotonik.

Menggelikan! Tetapi bagi mereka itulah sajian paling sedap dan paling nikmat untuk disantap bersama ahli keluarga. Tidak pasti pula sejauh mana khasiat makanan itu walaupun di khabarkan boleh membantu mengubati pelbagai penyakit dan kaya dengan nutrisi yang diperlukan badan.
Baca Selengkapnya >>

Gambar 'Hanya Berlaku Di China' V1 (5 Photos)

 
 
 
 
Baca Selengkapnya >>

7 Barang Pelik Yang Pernah Tertinggal Di Hotel

Tertinggal Barang di hotel adalah perkara yang dilakukan oleh banyak orang. Terburu-buru boleh menjadi punca utama penyebabnya. Namun, bagaimana jika benda yang ditinggalkan adalah benda yang "pelik", seperti tujuh benda ini contohnya :
1) Wang USD 6,000
Meninggalkan tip untuk pekerja hotel adalah terpuji, tetapi kalau meninggalkan USD 6,000? Ini sah tertinggal namanya. Namun, wang sebanyak ini pernah tertinggal di dalam tas di Miami International Airpot Hotel. Akhirnya wang ini disumbangkan oleh pemilik hotel.
2) Kaku Palsu
Selipar atau kasut adalah perkara yang biasa jika ia ditinggalkan, tetapi bagaimana dengan kaki palsu? Kes seperti ini pernah terjadi di Fairmont Queen Elizabeth Hotel, Quebec.
3) Ikan Jerung
Jika anda melihat harimau di bilik tidur, pasti anda yakin anda sedang bermimpi. Namun ketika pelayan hotel The Tivoli Marina Vilamoura di Algarve telah terjumpa jerung di bilik mandi hotel, dia menyangka sedang bermimpi tapi sebenarnya tidak. Jerung ini sedang berenang dengan lemah kerana memerlukan air laut. Akhirnya jerung ini dekembalikan ke habitat asalnya.
4) Ganja
Tidak ada yang tahu kenapa seseorang meninggalkan ganja di bilik hotelnya. Ini pernah berlaku di Opus Hotel Vancouver, British Columbia. Menurut General Manager Hotel, Nicholas Gandossi, Boleh sahaja tetamu mereka berharap untuk menyimpannya semasa perjalanan.
5) Kuda
Secara teknikal, kuda pasti tidak akan ditinggalkan di bilik hotel, melainkan di parking hotel Driotwich, Inggeris. Menghairankan, bagaiman pemiliknya boleh terlupa mengambil haiwan sebesar itu di tempat parking.
6) Gigi
Ini pernah terjadi di Eurostars Grand Marina GL di Barcelona, Spanyol di mana penyewa bilik hotel ini pernah tertinggal giginya di bilik hotel. Pemiliknya ada menelefon hotel tersebut dan menanyakan adakah pihak hotel boleh mengirimkan gigi itu kembali kepadanya.
7) Belon Kambing
Mungkin penyewa hotel ini memerlukan kambing, walaupun ianya mainan, mungkin untuk membantunya tidur. Sebenarnya ia sengaja ditinggalkan oleh penyewa bilik. Ia pernah berlaku di Travelodge's Edinburgh.
Baca Selengkapnya >>