Wednesday 10 July 2013

Bahaya!!! Senarai 15 Produk Makanan Yang Dicemari Asid Maleik



Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan empat lagi produk makanan dari Taiwan dilaporkan dicemari asid maleik.

Produk berkenaan ialah (1)‘Green Tea Tapioca Ball’ dan (2)‘Yam Tapioca Ball’ keluaran syarikat syarikat Full Free Co. Ltd. dan (3) ‘Vegetarian Instant Rice Noodle’ dan (4) ‘Rice Noodle With Thick Soup’ keluaran Syarikat Long Kow Foods Corp.
Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM. Noraini Mohd. Othman berkata. walaupun empat produk itu tidak diimport oleh Malaysia, namun sebagai langkah berjaga-jaga KKM tetap menyenaraikan ia sebagai antara 15 produk makanan yang digantung pengimportannya sehingga kini.

Menurutnya, KKM juga sedang memantau dengan rapi produk makanan diimport dari Taiwan yang berada di pasaran tempatan, dan orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenainya dengan menghubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM dengan menelefon 03-888 33652 atau 03-888 33653 atau layari laman web kementerian.

Rabu lepas, KKM menggantung pengimportan 11 produk keluaran beberapa syarikat makanan Taiwan, termasuk ‘Tapioca Balls’ atau ‘Tapioca Pearls’ yang diguna dalam penyediaan minuman ‘Bubble Tea’ kerana dilaporkan mengandungi asid maleik.

Penggunaan bahan itu tidak dibenarkan mengikut Peraturan-Peraturan Makanan 1985 kerana jika diambil pada paras tinggi, ia boleh mengakibatkan kerosakan buah pinggang. – Bernama

Senarai 11 produk yang lain mengandungi asid maleik ialah (5) Tapioca Balls keluaran Sunright Corporation; (6) Tapioca Starch (Hong Kai Foods Co); (7) Black Tapioca Pearls (Possmei International Co Ltd); (8) Indica Rice Powder (Sunright Foods Corporation); (9) Tapioca Pearls (Shang Wang) dan (10) Tapioca Starch Ball (Grand Chainly Enterprises Co Ltd).

Selain itu, (11) Tapioca Pearls (Ting Long); Noodles (Sin Chi Zhi Miang Chang); Tapioca Pearls (An Si Li) dan Tapioca Pearls White and Black (Tapioca Foods Company Ltd) juga digantung pengimportannya.
Apa itu Asid Maleik

Menurut Wikipedia


    Maleic acid is an organic compound that is a dicarboxylic acid, a molecule with two carboxyl groups. Its chemical formula is HO2CCHCHCO2H. Maleic acid is the cis-isomer of butenedioic acid, whereas fumaric acid is the trans-isomer. It is mainly used as a precursor to fumaric acid, and relative to its parent maleic anhydride, maleic acid has few applications.



sumber : http://rossacalla.blogspot.com

Artikel Terkait Lainnya :



No comments:

Post a Comment