Thursday, 23 May 2013

SKODENG BILIK REMAJA DI JEPUN


Gambar Hiasan
Semua tahu bahawa pegangan hidup atau etika orang Jepun memang tip top. Tengok sahaja kes bencana alam tsunami di Jepun. Tak sampai sebulan, diorang naik balik. Nasihangit tabik dekat Jepun. Kali ni nasihangit nak ajak korang untuk pergi skodeng bilik orang Jepun. Nak tak? Bilik je, awek tak masuk skali. Muahaha :D. Jom kita ushar bilik remaja Jepun dekat bawah ni.
 
 
 
 
 
 

Jadi, bilik yang mana satu pilihan korang? :D
Baca Selengkapnya >>

9 JENIS NAMA SYAITAN MENURUT ISLAM


 
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:


1. Zalituun
Duduk di pasar / kedai Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan / raja / pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Terlena dengan kedudukan / kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, pelacuran, kelab malam & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan Allah dan orang yg suka muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam kemewahan dan glamour dsg.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg keluar dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH ...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat serta ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api / matahari


sumber: internet Description: 9 Jenis Nama Anak Syaitan Menurut Khalifa Umar Bin Khattab RA
Baca Selengkapnya >>

Wednesday, 22 May 2013

Wajib Baca! 30 Perkara Yang Perlu Di Jauhi Wanita

Perkara ini memang perlu di jauhi oleh wanita zaman sekarang. Malah kadang-kala ia dipandang remeh. Kaum lelaki juga perlu menjauhi perkara-perkara yang haram juga. Cuma fokus lebih kepada wanita kerana mereka ibarat permata yang perlu di jaga.



Baca Selengkapnya >>

Gempar ! Isteriku lelaki,setahun tertipu


KUALA LUMPUR: Selepas setahun melayari bahtera perkahwinan, barulah si suami mengesyaki isteri ketiganya, pengusaha butik kecantikan adalah seorang lelaki.

Ini menyebabkan bekas dekan di sebuah institusi pengajian tinggi awam, Dr Bahrom Sanugi, 61, memfailkan faraq (membubarkan perkahwinan) dengan Sri Wani Choo Abdullah, 37.
Peguam Syarie, Muhammad Hafiz Ab Rashid yang mewakili Bahrom memberitahu wartawan di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam, Bahrom selaku plaintif memfailkan permohonan faraq itu pada 17 Januari 2011 di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Katanya, anak guamnya juga hanya menyedari dia mengahwini seorang lelaki pada penghujung 2010 iaitu setahun selepas mereka berkahwin di Songkhla, Thailand, 19 Ogos 2009.

Anak guamnya turut mempunyai bukti, termasuk sijil lahir serta nombor kad pengenalan Sri Wani yang menyatakan dia adalah lelaki berdasarkan nombor terakhir iaitu nombor ganjil.
sumber : myMetro
Baca Selengkapnya >>

Monday, 20 May 2013

Sebab bekas pemain tengah Real Madrid ini masuk Islam

Faubert
Pemain Bola Sepak berasal dari Perancis, Julien Faubert yang juga merupakan bekas pemain tengah Real Madrid mendedahkn alasan disebalik keputusannya memeluk Islam. Dia berkata bahawa hubungannya dengan rakan yang beragama Islam semasa remaja telah membawanya untuk mendalami dan mencari tentang agama ini, dan akhirnya dia memutuskan untuk masuk Islam setelah dia berasa dirinya selesa dengan Islam.

Dia berkata, pada awalnya dia berasa kagum dengan keperibadian dan moral sebahagian besar rakan-rakannya yang beragama Islam yang tinggal di bandar Le Havre. Jelasnya lagi, moral rakan-rakannya itu membuatnya ingin mengetahui lebih dalam lagi tentang kehidupan peribadi mereka.
Pemain yang berkahwin dengan seorang wanita Islam berasal dari Algeria itu dalam wawancara dengan surat khabar Pernacis “L’Equipe”, “saya akhirnya mendapati bahawa sumber keperibadian dan moral kawan-kawan saya itu yang menerapkan ajaran Islam dalam kehidupan, dan inilah yang mendorong saya untuk mendalami agama ini dan mencari nilai-nilai etika yang sangat tinggi dan juga nilai-nilai toleransi. ”
Julien Faubert
Faubert menekankan bahawa kepelbagaian budaya telah memberikan sumbangan yang sangat penting dalam pemahaman agamanya, termasuk isterinya yang berbangsa Algeria yang telah memberikan sumbangan yang penting terhadap pengayaan maklumat mengenai agama Islam.
Diterjemahkan dari sumber eramuslim.com
Baca Selengkapnya >>

Bahaya!!! Ikan Kecil yang Paling Di Takuti Orang Brazil


 Ikan Candiru atau disebut Canero merupakan jenis ikan air tawar yang sekeluarga dengan ikan lele. Ikan ini boleh didapati di sungai amazon dan sungai Oranoco, ikan ini mempunyai reputasi sebagai ikan yang paling ditakuti oleh penduduk tempatan, ikan ini lebih di takuti daripada ikan piranha.  Ikan ini hanya boleh membesar sehingga 1 hingga 2 inci dan lebar 4 hingga 6 milimeter, mempunyai bentuk seperti seekor belut dan hampir telus (lutsinar), membuatnya hampir mustahil untuk dilihat di dalam air. Ikan yang pantas, perenang yang kuat, lembut dan licin, dengan gigi yang tajam.

Terdapat 3 spesies Candiru: yang biasanya makan dengan cara memasuki ikan yang lebih besar, Candiru paus (whale Candiru) merupakan pemakan bangkai yang lebih memilih untuk makan dari ikan yang sudah mati






 Ikan Candiru merupakan parasit, modus operandinya sangatlah ringkas dan kejam: Ikan memburu ikan, ikan Candiru berusaha untuk mengetahui aliran air yang berasal dari ikan lain, setelah mengetahui dari mana aliran air tersebut, ikan itu akan terus menuju celah-celah sirip ikan itu, duri yang ada di kepala Candiru akan melukai insang ikan dan mengeluarkan darah selagi ikan Candiru berada di dalam ikan tersebut. Sehinggakan ikan Candiru digelar sebagai ikan vampire dari Brazil.




 Ikan ini ditakuti kerana ia tertarik pada air kencing atau darah, dan bila seseorang berenang telanjang ia akan masuk ke celah dubur atau faraj, bahkan, ikan ini mampu masuk ke lubang zakar - dan mungkin ke dalam urethra). Bila ini terjadi ikan Candiru sangat sukar dikeluarkan kembali kecuali melakukan pembedahan. Kerana ikan ini mendapati mangsanya dengan mengikuti aliran air dari insang ke sumbernya, kencing sambil berenang meningkatkan kemungkinan Candiru masuk ke urethra manusia.




Cara untuk membunuh ikan ini adalah dengan rawatan tradisional, dengan air dari dua jenis tanaman: Xagua dan epal Buitach yang dimasukkan ke kawasan yang terkena. kedua tanaman ini akan meleraikann ikan tersebut. Dan juga dengan memalui pembedahan, tetapi pembedahan memerlukan kos dan waktu. Sering kali, berlaku jangkitan menyebabkan shock dan kematian  sebelum Candiru dapat dibuang .
Baca Selengkapnya >>

Saturday, 18 May 2013

Perhhh!!! Muntah ikan bernilai RM210,502


muntah Muntah ikan paus RM210,502

Seorang lelaki Ken Wilman ditawarkan wang berjumlah £43,000 (RM210,502) oleh seorang pembeli dari Perancis untuk muntah ikan paus yang ditemui anjing peliharaannya di sebuah pantai.
Dia menemui objek itu selepas anjingnya mula menghidu batu yang agak besar dengan tekstur melekit berwarna kekuningan ketika bersiar-siar di bandar Morecambe, barat laut England. Muntah yang jarang ditemui itu dipercayai menjadi bahan asas penting untuk penghasilan minyak wangi.
Wilman percaya objek tersebut adalah sebahagian daripada ambergris, bahan yang ditemui dalam sistem penghadaman ikan paus sperma. Ikan paus kadang kala memuntahkan ambergris yang kemudian terapung di permukaan air dan dianggap bernilai tinggi sejak berabad-abad lamanya.
Baca Selengkapnya >>