Tuesday 30 April 2013

PRU 13: Dafi Turun Padang Kempen Politik



Dafi tak minat jadi ahli politik, cuma ingin pastikan BN menang

Sejak dulu hingga kini, nama penyanyi ini sering kali dikaitkan dengan bapanya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar kecil), yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. 

Kononnya, tanpa sokongan orang tua, kerjaya seni jejaka ini tidak akan ke mana. 

Apa yang saya miliki sekarang adalah atas usaha dan jerih perih saya selama enam tahun dalam industri," Dafi, Penyanyi.


Bukan sekadar tuduhan sedemikian dilemparkan, malah sebagai anak kepada wakil rakyat, Dafi tidak terlepas daripada menjadi mangsa serangan berbaur politik. Ketika yang sama, tidak kurang yang menghampiri dengan harapan dia mampu menjadi orang tengah supaya mereka dapat berurusan dengan bapanya.

“Sejak orang tahu siapa saya, ramai juga yang cuba mendekati. Malah, ada yang tidak pernah berhubung dengan saya pun cuba rapat, semata-mata untuk minta bantuan daripada papa,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran drama Kisah Chenta Uda & Dara di ibu kota, baru-baru ini.

Dafi sedar semua itu sebahagian daripada asam garam perlu dihadapinya sebagai artis yang juga anak tokoh politik dikenali. Dia tidak kisah dengan semua itu, malah, ada kalanya dia juga turun memberikan sokongan kepada si bapa ketika berkempen, seperti yang akan dilakukan pada 1 Mei ini di Bera, Pahang.
“Pada acara itu nanti mungkin akan ada aktiviti dengan penduduk setempat. Kalau diminta menyanyi, sudah tentu saya tidak keberatan menunaikannya. Begitupun, pembabitan saya dalam kempen ini bukanlah kerana minat untuk terbabit dalam politik, sebaliknya ingin membantu jentera Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum nanti,” katanya. 


Sumber:  http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bantubapaberkempen/Article/

Artikel Terkait Lainnya :



No comments:

Post a Comment