Saturday 3 August 2013

Mampukah KL Gangster 2 Catat Kutipan Tertinggi?

KL Gangster 2

Akhirnya penantian peminat filem terlaris tempatan KL Gangster bakal berakhir apabila sekuelnya, KL Gangster 2 bakal menemui penonton bermula 3 Oktober ini.
Menerusi trailer filem ini dapat dilihat pelbagai aksi menarik yang dipertontonkan selain kemunculan bintang-bintang terkenal seperti Aaron Aziz, Adi Putra, Rosyam Nor dan Zizan Razak dalam satu naskhah hebat karya pengarah dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof.
Malah, pacsa produksi filem ini turut dibuat di Bangkok, Thailand untuk mendapatkan hasil yang memuaskan serta setaraf dengan filem aksi Hollywood.
Adakah KL Gangster 2 mampu menandingi kutipan KL Gangster yang telah mencatatkan RM12 juta sekali gus dinobatkan sebagai filem tempatan yang paling laris dalam sejarah perfileman negara.
Buat semua yang tidak sabar mahu menyaksikan filem ini, layan dulu trailer filem ini untuk mendapat mood ‘gangster’ dalam diri anda!

Artikel Terkait Lainnya :



No comments:

Post a Comment