Wednesday 31 July 2013

AWAS!! iPhone 5 Penyebab Kematian Wanita!!



Apple's iPhone 5 bigger, faster but lacks "wow"
XINJIANG — Apple sedang menyiasat satu kemalangan di mana seorang wanita Cina di Xinjiang, China terbunuh akibat kejutan elektrik ketika menjawab panggilan ketika mengecas iPhone 5, menurut syarikat teknologi Amerika Syarikat itu.
“Kami amat sedih mendapat tahu tentang insiden tragis ini dan mengucapkan takziah kepada keluarga Ma. Kami akan menyiasat sepebuhnya dan bekerjasama dengan pihak berkuasa tentang perkara ini,” menurut Apple.
Namun, Apple enggan mengulas lmengenai butiran lanjut seperti sama ada ia adalah satu kes terpencil.
Agensi berita Xinhua yang memetik polis tempatan sebagai berkata, pada Khamis, Ma Ailin, 23 dari wilayah Xinjiang di barat negara China dan juga seorang pramugari dengan syarikat penerbangan, China Southern Airlines, mengalami kejutan eletrik apabila dia menerima panggilan ketika mengecas telefon bimbit.
Kakak Ma tweet dalam mikroblog Sina bahawa Ma rebah dan mati selepas menggunakan iPhone 5 yang sedang dicas dan menggesa pengguna untuk berhati-hati.
“Harap Apple akan memberi penjelasan! Memalukan, mati dalam keadaan begini,” katanya.
Polis dilaporkan mengesahkan Ma mati akibat kejutan elektrik tetapi “masih belum mengesahkan jika membabitkan telefonnya”.
Pada April, Apple meminta maaf kepada pengguna negara China terbabit dan mengubah polisi jaminan iPhone bagi pasaran kedua terbesarnya apabila perkhidmatan selepas jualan terjejas lebih daripada dua minggu dikecam oleh media negara terbabit.
Pengguna China terpaksa membayar kira-kira $80 bagi penutup belakang baru iPhone walaupun mereka adalah percuma di pasaran lain.
Dalam sepucuk surat kepada rakyat negara itu pada masa itu,ketua eksekutif Apple, Tim Cook berkata :”Kami secara ikhlas meminta maaf bagi sebarang kebimbangan atau salah faham.”
Katanya Apple “perlu mempelajari banyak perkara” tentang operasi di negara ini.
Minggu lepas seorang wanita Switzerland mendakwa Samsung Galaxy S3 miliknya meletup, mengakibatkan sebahagian kakinya teruk melecur.
Fanny Schlatter, 18, memberitahu akhbar Swiss Le Matin bahawa dia membawa telefon bimbitnya yang diletakkan dalam koceknya apabila ia meletup.
Schlatter bercadang untuk membuat aduan ke atas Samsung.
Seorang jurucakap syarikat teleknologi Korea Selatan itu berkata :”Apabila kita mendapatkan produk terbabit, kita akan menjalankan satu pemeriksaan menyeluruh untuk menentukan punca sebenar.

Artikel Terkait Lainnya :



No comments:

Post a Comment