Thursday 2 May 2013

Terkini: Punca Adira Masuk Hospital


Pengurus kepada penyanyi Adira Suhaimi menafikan dakwaan bahawa artis itu dimasukkan ke hospital disebabkan kesihatan kulitnya yang dilihat terlalu putih sejak kebelakangan ini sehinggakan memberikan kesan kepada dirinya.
Menurut pengurusnya yang dikenali sebagai Jimmy, Adira telah ditahan di hospital adalah disebabkan suhu badannya yang tinggi serta penyanyi cantik itu juga pernah pengsan akibat demam panas yang dihidapinya.
“Pada malam Jumaat lepas, kami pergi ke butik Hatta Dolmat kerana ada sesi fitting busana yang ditempah untuk persembahan Adira nanti. Sebaik pulang dari Shah Alam dia mengadu rasa tidak sihat dan pitam di dalam kereta seketika.
“Sebelum itu memang dia ada mengadu rasa macam demam atau sakit kepala tetapi mengenali Adira, dia memang tidak suka jumpa doktor. Jadi saya cuma sediakan ubat seperti Panadol untuknya kerana tidak tahu ia akan menjadi serius seperti ini.
“Syukur tiada apa-apa yang serius cuma dia dinasihati berehat kerana ketika dimasukkan ke Damansara Specialist Centre suhu badannya sangat tinggi mencecah 43 darjah celcius. Doktor menyatakan bahawa ini disebabkan dia tidak berehat dengan cukup dan menyebabkan sistem badannya tidak stabil,”cerita Jimmy yang dipetik menerusi portal Murai.
Nampaknya terjawab sudah persoalan orang ramai yang mempertikaikan adakah benar Adira menghidap penyakit yang serius ekoran kondisi kulitnya yang memang nampak ketara perubahannya sejak akhir-akhir ini.
sumber:http://www.nuffnang.com.my/

Artikel Terkait Lainnya :



No comments:

Post a Comment