Tuesday 7 May 2013

Makan Durian Berlebihan Meningkatkan Nafsu Seks?


Salam..

Tadi aku terbaca info tentang beberapa fakta mengenai durian dan banyak yang mencuri perhatian aku. Woooo rupanya banyak kesan yang kita makan lepas makan durian rupanya. Aku rasa mesti korang pun tak tahu.

Makan Durian Berlebihan Meningkatkan Nafsu Seks?

Ramai yang menganggap durian mempunyai kcal iaitu kalori yang tinggi dan menggemukkan tapi sebenarnya seulas durian mengandungi 50kcal jadi kcal nya adalah tidak terlalu tinggi dan pastinya takkan mengemukkan korang.

Durian kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral seperti antioksidan vitamin C, B kompleks dan potassium (penting untuk kawalan bendalir badan, mengawal denyutan jantung dan tekanan darah). Durian juga mengandungi kalsium dan fosforus. Satu ulas durian mempunyai satu hingga dua gram lemak dan ia bukan lemak tepu.

Ada yang mengatakan durian ni tinggi gula tapi satu ulas durian mempunyai kira-kira 10 gram gula. Masih tinggi? Itu bergantung kepada jumlah kuantiti pengambilan korang. Jika makan dua hingga tiga ulas, nilainya masih kurang daripada satu tin minuman berkarbonat. Wooooooo ingatlah ye.

Makan Durian Berlebihan Meningkatkan Nafsu Seks?

Panaskan badan? Memang. Buah durian mempunyai kualiti yang boleh memanaskan badan. Atas sebab itu, kita diingatkan memakan durian secara berpada-pada. Lebih-lebih lagi bagi pesakit kencing manis atau tekanan darah tinggi. Tapi korang pernah tak dengar lepas makan durian kena minum air dalam pangsa durian tu? Aku buat tau tapi panasnya tetap ada. Kahkahkah!

Tingkatkan nafsu seks? Betul! Itu berbalik kepada kualiti panaskan badan tadi yang bertindak untuk meningkatkan peredaran darah. Lepas ni rasanya kena kurangkan pengambilan durian. Hahahahahaaa.

Artikel Terkait Lainnya :



No comments:

Post a Comment