Tuesday 14 May 2013

Gadis Digoda Sampai Mati



Gadis Digoda Sampai Mati - JEDDAH: Seorang pekerja warga Yaman dituduh menyebabkan seorang gadis Algeria meninggal dunia, semalam.

Pihak pendakwa raya Arab Saudi menuduh pekerja Hotel Dar Al-Muhajireen itu mengganggu gadis berusia 15 tahun berkenaan sehingga dia maut ketika cuba melarikan diri daripada lelaki terbabit.
Suruhanjaya Siasatan dan Pendakwaan Awam dalam kenyataan pertama dikeluarkan sejak kematian gadis itu pada 14 September lalu berkata, lelaki itu akan didakwa di mahkamah sebaik siasatan selesai.
“Pihak pendakwa raya akan menuntut hukuman yang berat ke atas pekerja itu,” lapor kenyataan itu.
“Berdasarkan siasatan dan kenyataan saksi, gadis itu jatuh dari bilik hotel ketika cuba melarikan diri daripadanya,” kata jurucakap suruhanjaya.
Penyiasat Saudi menuduh pekerja warga Yaman itu cuba melakukan khalwat apabila dia menggoda seorang gadis bawah umur. Gadis itu mengikuti keluarganya ke Makkah untuk menunaikan umrah.

Artikel Terkait Lainnya :



No comments:

Post a Comment