Monday 22 April 2013

Ngeri! Apabila Tukang Gunting Cuci Mata Pelanggan


Ngeri! Apabila Tukang Gunting Cuci Mata Pelanggan (3 Foto) | Sesuatu yang agak mengerikan sebenarnya apabila hajat anda untuk menggunting rambut tiba-tiba ternampak tukang gunting sedang membuat sesuatu yang pelik. Perkara yang pelik dimaksudkan di sini adalah, tukang gunting berkenaan turut menawarkan khidmat mencuci mata dengan menggunakan sebilah logam kecil. Tindakan itu dianggapbahaya kerana mata adalah satu anggota yang agak sensitif. Boleh lihat gambar di bawah ini.
cuci1
 CHENGDU – Seorang tukang gunting rambut menggunakan sebilah logam kecil untuk mencuci mataseorang pelanggan di sebuah taman di Chengdu, wilayah Sichuan, China pada 12 April lalu.

Mencuci mata merupakan amalan tradisional penduduk China yang dipercayai akan menyebabkan penglihatan menjadi lebih terang.
Tukang gunting rambut itu, Liu Deyuan menyediakan perkhidmatan mencukur rambut termasuk membersihkan mata pada harga lima yuan (RM2.45).
Deyuan menggunakan logam kecil itu yang dimasukkan ke dalam mata di tepi kelopak semasa dia membersihkan mata tersebut.
Dia menyediakan perkhidmatan itu sejak tujuh tahun lalu. – Agensi
cuci2
cuci3

Sumber : Cerita Pelik

Artikel Terkait Lainnya :



No comments:

Post a Comment