Saturday 1 June 2013

Subahanallah!!..Video Mekah Banjir


Subahanallah!! Segala yang berlaku atas kehendak Allah SWT. Mungkin ada sebab tertentu kenapa Mekah boleh banjir,Lihat Video yg Abang Perhh jumpa kat pakcik youtube ni..Luar biasa dan kebesaran Allah s.w. di sana adalah salah satu tempat yg susah dapat hujan..tapi ini adalah satu pertunjuk dari Allah, mari sama2 kita renung-renungkan..




Baca Selengkapnya >>

Gempar!!!! (Gambar) Analisis Penampakan HANTU Di UiTM Machang, KELANTAN

Gambar penampakan hantu kali ini dikirimkan oleh.. oleh sapa ye.. Arif rasanya. Tengok kat belakang anak gadis tu, ada macam kepala orang kat sebalik tingkap. Pengirim menyertakan teks tersebut:
baca lagi & lagi GAMBAR yang di ZOOM, Klik TAJUK ENTRI ni

nih gmba kawan aku... dia amik kat uitm tmpat aku ngaji...time nih smua student dah cuti sem. tggl budak2 yg amik kursus keusahawanan jer..
time tuh pkul 11 lbih lar(baru abis kursus kat bilik kuliah). dia saje2 jer amik gmbar time tuh... biler balik bilik nampak benda tuh... trus diorg xleh tido mlm tuh...

location uitm machang kelantan, blok A, blakang tuh tandas lelaki...
Lokasi: UiTM Machang, Kelantan. Blok A, Tandas lelaki.

Memang ada makhluk lain yang berada di sekeliling kita. Kadang-kadang 'mereka' ini sentiasa memerhati apa yang kita buat. Tu la orang kata, lepas abih kuliah balik bilik terus, jangan merayau-rayau ambik gambar. Dah terambik gambar hantu. Ada apa-apa ke kat UiTM Machang ni? Dengar cerita kawasan dia keras. Sapa-sapa budak UiTM Machang kat sini?!
Baca Selengkapnya >>

20 Perkara Yang Berubah Selepas Anda Mempunyai Anak!


Sering kali rakan-rakan kita memberi peringatan kepada kita ketika kita sedang mengandungkan anak pertama. “Kau tidurlah puas-puas, nanti dah ada anak mesti tak cukup tidur”...Betul kan?
Dan yang pasti, selepas mempunyai anak, banyak yang akan berubah dalam hidup kita. Kita akan mempunyai kekangan wang, tidak cukup tidur dan tanggungjawab yang lebih besar perlu digalas. Tetapi apabila seluruh kehidupan kita bertumpu kepada anak kesayangan kita, sebenarnya, banyak perkara yang menarik akan berlaku.



1- Kita menemui kekuatan dalaman tanpa kita sedar.
2- Kita akan merindui saat 9 bulan kehamilan kita walaupun terpaksa mengendong perut yang boyot!!
3- Kita tidak lagi memerlukan jam. Sebaliknya, bayi kita yang menetapkan jadual harian kita. Adakalanya bayi kita bangun seawal jam 4 pagi!!
4- Kita akan menghormati dan mengasihi ibu bapa kita sendiri dengan cara yang baru.
5- Jika anak kita sakit, kita yang akan mengalami rasa lebih teruk berbanding kita yang sakit..
6- Kita tidak keberatan tidur pada pukul 9 malam pada malam Jumaat...
7- Perasaan kita akan lebih mudah tersentuh atau berkecil hati apabila berlaku hal-hal berkaitan dengan anak.
8- Kita akan lebih kerap melihat anak kita di dalam cermin berbanding melihat diri kita sendiri.
9- Kita tidak lagi jijik dengan najis bayi, sebaliknya kita akan Happy bila anak kita poo-poo!
10- Kita akan lebih menghargai diri kita.
11- Kita lebih rela meluangkan masa untuk peluk dan cium anak kita, walaupun kita tahu kita akan sampai lewat ke tempat kerja.
12- Kita mula menyedari, yang kita punyai kuasa yang hebat bila dapat menenangkan anak kita yang sedang menangis.
13- Kita akan sentiasa mengira gigi anak yang baru tumbuh.
14- Kita akan rasakan yang mempunyai anak lagi bukanlah satu masalah yang besar, malah kita amat sukannya.
15- Apabila kita melihat ada ibu bapa lain yang sedang memegang anak mereka yang sedang menangis, kita akan faham situasi mereka.
16- Kita akan menghargai masa mandi kita walaupun ianya dalam masa yang singkat!
17- Akhirnya, kita akan mula bertegur sapa dengan jiran sebelah selepas mempunyai anak!
18- Kita akan dapati, perkara-perkara yang dulunya kita anggap penting kini tidak lagi selepas adanya anak.
19- Kita sedar yang sebenarnya tidak sukar untuk menyayangi anak kita yang pada mulanya kita anggap dia adalah orang asing.
20- Setiap hari kita adalah sesuatu yang penuh dengan kejutan
Baca Selengkapnya >>

Siapakah fatin liyana?? Dia memang Glamour di blog dan twitter


 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh3yE1YyilIz62sd8YmAjSDCLv_ta2DblYVBD1A98IGupClA86MbqGNu7eNCRSMDhsh2djhJVOb5CvE2lG6jypSliAvMZvRTeA9pVH75SogFXgGOpIBQKEo-VDyMZLur2yqS8MZQI8dz9w/s1600/Fatin+Liyana+Cun.JPG

Agak-agak korang kenal tak Fatin Liyana?  Aku gerenti dalam 10 orang, 7 orang kenal kot siapa Fatin Liyana, yang lagi 3 orang tuh tak kenal Fatin Liyana sebab sibuk Fb la tuuu, mana ada masa nak berblogging @ blogwalking @ blogjogging ker...diorang tak pandang semua ini....


Ok aku ringkas kan biodata Cik Fatin Liyana:

1. Nama Penuh: Fatin Liyana Asri
2. Medical student (tabik2....)
3. Blogger Malaysia yang famous lagi amos
4. Pernah memenagi award "celebrity blogger"
5. Fashionista (hakhakhak...sorry Fatin...sesuke hati aku tmbh yang neh, tapi aku rasa betol kot, sebab ramai sungguh yang ikut cara dia fashion :) )
6. Pernah keluar dalam rancangan MHI & Nasi Lemak Kopi O
7. Pernah jadi cover majalah NUR ke DARA tak silap aku (korang cek lah sendiri kat blog die eh)
8. Banyak kali jugak keluar kat surat khabar (sebagai model)
9. Pandai menari (neh aku tambah sendiri)
10. Pandai memandai (neh pun aku tambah)
11. .....................( korang tambah sendiri)


Fatin...pinjam gambar yo...



Korang pergi lah lepak blog Fatin Liyana, best kot blog dia, aku tak pernah gagal gelak kalau baca entri kat blog dia, first time aku jumpa blog dia, follower dia baru 6000++...sekarang 40000+++, hits blog dia jangan cakap lah....dah berjuta woooo...aku rasa nak pergi tuntut ilmu dengan Fatin, cara-cara jadi blogger berjaya,  aku terpikir berapa agak-agak income Fatin dapat dari blog dia yer????

neh blog Fatin Liyana ----> http://honeykoyuki.blogspot.com

ok....Fatin nak burger bakar special satu, dah tolong promote blog neh....
Baca Selengkapnya >>

Gambar Fatin Liyana Paling 'Hot'



Fatin Liyana adalah seorang gadis yang paling dicari di google search Malaysia pada tahun 2011. Di dalam data yang dikeluarkan oleh google zeitgeist, Fatin Liyana tersenarai di ranking ke-6 dalam kategori “Fastest Rising People” iaitu manusia yang paling dicari di Malaysia pada tahun 2011.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya siapakah Fatin Liyana, kali ini saya akan membongkar siapakah sebenarnya gadis yang bernama Fatin Liyana ini. Fatin Liyana merupakan pemilik blog honeykoyuki.blogspot.com. Bermula sebagai blogger pada tanggal 5 Januari 2009, gadis cantik molek ini dikenali ramai apabila berjaya menarik minat pembaca setia ke blognya. .

Fatin Liyana merupakan pelajar jurusan perubatan di Universiti Padjadjaran, Bandung, Indonesia. Pada awalnya, Fatin menulis blog bagi mengabadikan kenangan pahit manisnya sepanjang berada di Indonesia. Pelbagai cerita pahit manis diceritakan pada blognya. .

Antara cerita Fatin di blognya adalah: .

“Paling menyakitkan hati segelintir peniaga sesuka hati menaikkan harga nasi ayam penyet daripada 7,000 rupiah (RM2.50) kepada 20,000 (RM7) walaupun harga asalnya tertera pada menu,” cerita Fatin.Setiap usaha pasti ada hasilnya, setelah 3 tahun laman blog http://honeykoyuki.blogspot.com/ kini mempunyai 33819 pengikut. Fatin Liyana gemar berkongsi tip kecantikan dan gaya hidup di blog miliknya itu. “Saya menulis blog sekadar ingin mengelakkan kebosanan bukan kerana populariti,” katanya yang pernah memperoleh pendapatan sebanyak RM2,500 sebulan daripada laman blog tersebut.

Terbaru, Fatin sedang menjalani latihan praktikal di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di Cheras, Kuala Lumpur begitu mencintai bidang perubatan. .

“Impian saya adalah untuk menjadi seorang yang boleh menyumbang sekurang-kurangnya kepada ibu bapa sendiri.“Menjadi seorang doktor adalah impian saya. Cita-cita itu terlaksana jika saya dapat menamatkan pengajian yang berbaki dua tahun lagi,” kata gadis berbintang Gemini ini.

Sumber
Baca Selengkapnya >>

Basikal Lamborghini Berharga RM102,000 ??? (13 Foto)


Sempena menyambut ulangtahun yg ke 50, Lamborghini telah mengeluarkan sebuah basikal BMC road bike edisi terhad yang diperbuat dari carbon untuk rangkanya dan custom paint job khas bertema Lamborghini.


Hanya 50 buah basikal ini akan dijual diseluruh dunia dan setiap satunya berharga 25,000 Euro bermakna lebih kurang RM102,000.








































Sumber: http://www.budakbotak.com/2013/03/basikal-lamborghini-berharga-rm102000.html#ixzz2U6WG5s2z
Baca Selengkapnya >>

Subhanallah! Video Penemuan Kucing Berlidah Manusia Di Terengganu




Kucing merupakan antara haiwan peliharaan yang paling comel. Jadi tidak hairanlah, haiwan ini sering menjadi pilihan utama kita sebagai peneman dalam rumah kita. Beberapa tahun yang lalu, seekor anak kucing telah dilahirkan di Terengganu. Namun begitu apa yang memeranjatkan, anak kucing ini berlidah seperi
manusia.


Rasa pelik bila tengok je video ni bila anak kucing sekecil itu memiliki lidah yang besar dan terjelir seakan-akan lidah manusia. Di fahamkan kucing tersebut di lahirkan di dalam sebuah kedai “kedai sabasun” di suatu tempat di Terengganu pada tahun 2010.


Menurut sumber anak kucing tersebut hanya hidup 2 hari sahaja berdasarkan maklumat daripada salah seorang kementator di dalam video berkenaan.

Sumber

Baca Selengkapnya >>