Wednesday 29 May 2013

Tolong la.. berhenti fitnah ustaz azhar idrus



Baca Selengkapnya >>

Tuesday 28 May 2013

KISAH SEDIH JEP SEPAH SEBELUM BERGELAR PELAWAK!



KISAH BENAR KEHIDUPAN JEP SEPAH SEBELUM MENJADI PELAKON DAN PELAWAK | Mohd Nadzri Zainal Abidin atau Jep Sepah menceritakan keperitan hidupnya sebelum begelar pelawak satu ketika dahulu.


Menurut Jep, dia dan dua teman serumahnya yang juga merangkap anggota bersekutu kumpulan Sepah terpaksa mengikat perut demi menyara kehidupan pada awal waktu menjadi artis.

Segenggam duit syiling pernah menjadi bantuan saat akhir Jep ketika kelaparan sewaktu mula-mula melangkah masuk ke dalam arena seni lima tahun lalu.

Lawak hambar bersama dua anggota kumpulan Sepah ketika itu iaitu Shuib dan Mamat pula penawar paling mujarab mengubat rasa putus asa bergelar penghibur.

“Saya pernah hampir berputus asa, hati ini mahu saja pulang semula ke kampung di Kulai, Johor. Bagaimanapun, saya bangkit dan membulatkan tekad serta yakin bahawa Allah sentiasa ada bersama dan tiada perkara yang mustahil dilakukan dalam hidup,” kata Jep.

Dia yang ditemui wartawan kosmo sewaktu mencuri sedikit masanya yang sibuk dengan sesi rakaman program popular Karoot Komedia X musim kedua di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur kemudian melanjutkan cerita.

“Ketika mula-mula bergelar artis kami tiada mentor untuk membuat rujukan atau meminta pertolongan. Sejujurnya kami terumbang-ambing dan pernah suatu ketika kami bertiga mengumpulkan saki-baki duit syiling yang ada untuk membeli nasi selepas seharian berlapar.

“Alhamdulillah, proses itu perlahan-lahan mendidik saya dan saya selesa dengan kedudukan sekarang. Saya tidak perlu terbang terlalu tinggi kerana takut terlupa cara mahu turun.”

Tambah Jep lagi, realitinya, permulaan Jep sebagai pelawak bertitik-tolak daripada rasa tercabar dengan teman-teman sekerja ketika bertugas sebagai krew di bahagian bagasi penerbangan tambang murah ketika awal usia 25 tahun.

“Takdir mungkin mengubah angin hidup saya. Saya tidak pernah terfikir atau memilih kerjaya sebagai pelawak, tapi jalan hidup saya berlaku secara kebetulan.

“Saya mahu jadi pemain bola sepak sebenarnya selepas tamat sekolah, tapi apabila gagal menyarung jersi pemain kebangsaan dan sasaran saya tidak tercapai, saya kecewa!,” ceritanya.

Dia kemudian memulakan sebuah kehidupan di Kuala Lumpur dengan bekerja sebagai pencuci mesin.

“Kerjaya saya di Kuala Lumpur bermula sebagai pencuci mesin selama tiga tahun sejak berumur 18 tahun di NSTP (The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad). Kemudian saya berpindah ke syarikat penerbangan tambang murah selama tiga tahun sehingga saya dicabar oleh rakan-rakan untuk mencuba nasib dalam uji bakat Raja Lawak musim ketiga.

“Apabila ditawarkan menyertai Raja Lawak, saya dalam dilema sebenarnya. Keluarga tidak menentang, tapi ayah saya tidak menyokong,” ujar Jep menyusur kembali zon masa silamnya beberapa tahun ke belakang.

Berbicara mengenai keperitan sebagai pelawak kata juara Maharaja Lawak 2011 itu, dia berterima kasih kepada Astro Warna yang telah membekalkan platform khusus kepada pelawak yang sebelum ini hampir dipandang sepi.

Malah kata Jep, untuk berjaya dalam dunia pelawak, resipinya terletak intipati lawak setiap kali membuat persembahan.

“Pelawak boleh kekal lama asalkan lawak yang dibuat bukan pada fizikal semata-mata tapi juga dengan perkataan yang mengandungi unsur-unsur nasihat.

“Pengetahuan mengikut peredaran zaman adalah perlu dan kepelbagaian harus ada untuk melawak,” kongsi Jep.
Baca Selengkapnya >>

(8 GAMBAR)Redza Syah Irfhan Kini Sudah 3 Bulan

Pantas sungguh masa berlalu. Pejam celik pejam celik anak Irma Hasmi dan suaminya, Redza Syah Azmeer sudah pun mencecah usia 3 bulan. Makin lama makin comel dan bulat Abang Nara tengok si Redza Syah Irfhan nie. Geram sangat!!!
gambar irma hasmie

Memang jelas terserlah kebahagiaan mereka bertiga. Semoga Allah memurahkan rezeki dan memastikan kebahagiaan yang sedang dikecapi oleh mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat.
gambar irma hasmie
Sama-samalah kita doakan agar Redza Syah Irfhan membesar dengan sihat dan tanpa sebarang masalah. Abang Nara yakin dan pasti apabila dewasa kelak, Irfhan akan sekacak ayahnya. Lagi beberapa gambar si comel ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
gambar irma hasmie
gambar irma hasmie
gambar irma hasmie
gambar irma hasmie
gambar irma hasmie
gambar irma hasmie
Sumber: beautifulnara.com
Baca Selengkapnya >>

Friday 24 May 2013

Sahabat Rasulullah Yang Masih Hidup Hingga Kini



Sebelum diangkat menjadi Nabi dan Rasul, Rasulullah pernah ikut paman beliau, Abu Thalib pergi berdagang ke Syam. Dalam perjalanan, mereka berhenti sebentar untuk beristirahat berteduh dibawah sebuah pohon. Tidak jauh dari tempat mereka beritirahat, ada sebuah biara yang didiami oleh para pendeta Nasrani. Dari biara itu seorang pendeta bernama Buhaira sedang memperhatikan mereka. Pendeta itu bergegas keluar dan menuju ke arah mereka beristirahat. Lalu bertanya tentang diri Rasulullah dan meminta izin untuk bertemu dan memeriksa Rasulullah.

Diamati satu persatu tubuh Rasulullah, lalu memegang tangan Rasulullah dan berkata: “Aku bersumpah kepadamu, dan demi Tuhan yang esa, agar engkau menjawab pertanyaan-pertanyaanku ini dengan jujur!”.

Rasulullah menjawab: “Bertanyalah!”

Pendeta Buhaira bertanya: “Apakah yang paling kau suka perhatikan? ”

Rasulullah menjawab, “Langit dan bintang-bintangnya.”

“Apakah kau juga bermimpi? ”

“Ya, dan apa saja yang aku lihat dalam mimpi, aku lihat juga dalam keadaan berjaga.”

“Boleh aku melihat di antara kedua bahumu ? ”

“Ya, silakan!”

Buhaira mendekati Rasulullah dan menyingkap jubah yang dipakai beliau, diantara kedua bahunya ia melihat cap kenabian (Khatamun Nubuwah) sebesar buah apel, lalu berkata: “Sama!”.

Abu Thalib bertanya, “Apa maksudmu? Sama dengan apa? ”

Buhaira menarik lengan Abu Thalib dan membawanya jauh dari rombongan dan bertanya: “Katakan kepadaku. Apa hubungan kamu dengan anak ini?”

Abu Thalib menjawab: “Dia anak ku!”.

Buhaira menggeleng-gelengkan kepalanya. “Tidak mungkin! Dalam perkiraanku, ayah anak ini telah meninggal dunia. ”

Abu Thalib terkejut dengan apa yang dikatakan Buhaira. “Benar! Dia adalah anak saudaraku. Ayahnya adalah adikku. Ia meninggal dunia sebelum dia dilahirkan, dan aku sangat mencintainya seperti mana aku mencintai anak-anakku sendiri”

Buhaira berkata kepada Abu Thalib, “Anak ini akan menjalani kehidupan yang gemilang dan luar biasa di kemudian hari. Aku khawatir, jika orang lain mengetahui apa yang telah aku lihat dan mereka mengenalinya, mereka akan membunuh anak ini. Sembunyikan dan lindungi dia. Dialah penghulu dan utusan Rabb alam semesta, dia diutus oleh Allah sebagai rahmat bagi alam”.

“Bagaimana kamu ketahui tentang hal ini?”

“Ketika rombongan kamu muncul dan berhenti berteduh, aku melihat pohon bersujud kepadanya dan pohon ini tidak akan bersujud kecuali kepada seorang Nabi. Dialah Nabi yang ditunggu-tunggu. Aku dapat mengetahuinya melalui tanda-tanda yang dinyatakan dalam Kitab-kitab Taurat dan Injil. Tanda kenabian yang terletak pada bagian bawah tulang rawan diantara kedua bahunya yang mirip buah apel, menguatkan lagi kepercayaan aku tentang perkara ini”

Setelah itu, Rasulullah pun dipanggil untuk menemui Buhaira. Ketika Rasulullah berjalan, tiba-tiba saja awan menaungi beliau. Pohon yang sebelumnya menaungi rombongan, tiba-tiba saja berpindah menaungi Rasulullah. Semua rombongan termasuk Abu Thalib, takjub dengan apa yang terjadi.

Ketika Rasulullah membawa dagangan Sayyidah Khadijah bersama Maysarah, beliau kemudian bersandar di bawah pohon ini. Seorang pendeta yang bernama Nestor (Nestorius) mendatangi rombongan beliau, kemudian bertanya kepada Maysarah, Siapa orang yang berteduh di bawah pohon tersebut. Maysarah menjawab bahwa dia adalah seorang laki-laki dari suku Quraisy, keluarga pengurus ‘al-Haram’ (Kaabah). Lalu Nestorius pun berkata kembali: “Tidak ada seorang pun yang datang berteduh di bawah pohon tersebut, kecuali dia seorang nabi”.

Inilah as-syajarah al-mubarakah (pohon yang diberkati) dan merupakan satu-satunya sahabat Rasulullah yang masih hidup sampai saat ini (the only living sahabi). Ia tumbuh di tengah-tengah gurun pasir tandus Buqa'awiyya, namun tetap tumbuh subur dan berbuah. Secara geografis, pohon ini dekat dengan kota Bosra di Syria.

Semoga kelestarian Pohon Nabi ini tetap terjaga, dan semoga aman dari tangan jahil orang orang yang mengatas namakan syirik kemudian dengan kekuasaannya menebangnya.

Sumber: Fanspage Dukung NU Mendirikan TV NU Nusantara
Baca Selengkapnya >>

Gambar: Roadtax untuk kereta ini boleh beli kereta Savvy sebijik


Bugatti Veyron ni adalah kereta termahal yang berada di pasaran sekarang. Boleh mencapai kelajuan 407 km/h, tapi kalau nak bawak kat Malaysia sampai 407 km/h agak mustahil. Roadtax untuk Bugatti Veyron boleh beli kereta Savvy sebijik, RM 24,598.50. Ada gambar sebagai bukti. Tapi kat Malaysia ada kereta Lamborghini yang roadtaxnya RM 37 ribu. Lagi mahal, walhal kereta Bugatti Veyron lagi enjin besar, dan lagi laju. Minyaknya, RM 10 untuk 1km, Panchor pergi Muar jer, RM 300 untuk 30km.Jom kita tengok Bugatti Veyron Mokhzani Mahathir.






Baca Selengkapnya >>

Thursday 23 May 2013

SKODENG BILIK REMAJA DI JEPUN


Gambar Hiasan
Semua tahu bahawa pegangan hidup atau etika orang Jepun memang tip top. Tengok sahaja kes bencana alam tsunami di Jepun. Tak sampai sebulan, diorang naik balik. Nasihangit tabik dekat Jepun. Kali ni nasihangit nak ajak korang untuk pergi skodeng bilik orang Jepun. Nak tak? Bilik je, awek tak masuk skali. Muahaha :D. Jom kita ushar bilik remaja Jepun dekat bawah ni.
 
 
 
 
 
 

Jadi, bilik yang mana satu pilihan korang? :D
Baca Selengkapnya >>

9 JENIS NAMA SYAITAN MENURUT ISLAM


 
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:


1. Zalituun
Duduk di pasar / kedai Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan / raja / pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Terlena dengan kedudukan / kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf

Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, pelacuran, kelab malam & tempat yg ada minuman keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan Allah dan orang yg suka muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam kemewahan dan glamour dsg.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg keluar dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH ...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat serta ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api / matahari


sumber: internet Description: 9 Jenis Nama Anak Syaitan Menurut Khalifa Umar Bin Khattab RA
Baca Selengkapnya >>