Saturday, 27 July 2013

Aidil Zafuan Bercinta Dengan Anak Bekas ADUN?


Walaupun kes pergolakan rumahtangga dengan Rita Rudaini masih lagi dalam prosiding mahkamah, namun Aidil Zafuan kini dilaporkan sudah berjumpa pengganti hatinya apabila dia digosipkan bercinta dengan anak bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor iaitu Zarema Zainal.


Nama Zarema bukan lagi asing sekiranya anda merupakan peminat setia Nora Danish kerana gambar gadis ini selalu sahaja kelihatan di laman Instagram artis tersebut.

Baru-baru, Zarema memuat naik gambar terbarunya di laman sosial tersebut yang menunjukkan susuk seorang lelaki yang tidak ditunjukkan mukanya.

Namun, daripada susuk tubuh itu ramai mengandaikan jejaka itu adalah Aidil.

Tak tahulah betul ataupun mungkin hanya pelanduk dua serupa sahaja kan?

Oleh: AUDREY LEE

Sumber
Baca Selengkapnya >>

Video: Iklan Raya Bernas Masih Mampu Buat Kita Menangis!

 Iklan Raya Bernas Masih Jadi Pilihan

BILA menjelang Aidilfitri, pastinya kita tidak dipisahkan dengan tayangan iklan-iklan korporat yang menyentuh hati.
Umum mengetahui bahawa iklan Aidilfitri yang diterbitkan oleh Petronas, TM, Bernas dan beberapa lagi organisasi sering ditunggu-tunggu.
Walaupun hampir setahun berlalu, iklan korporat Beras Nasional (Bernas) masih lagi menjadi tontonan di laman video, Youtube hingga ke hari ini.
Iklan yang mengisahkan dua orang anak yatim kurang upaya, Ahmad (bisu) dan Fizi (buta) yang ditempatkan di sebuah pusat penjagaan berusaha untuk pulang ke kampung mereka di Segamat untuk berjumpa dengan ibu mereka.
Mungkin disebabkan ramai anak-anak yatim lain balik ke pangkuan keluarga sempena menyambut Aidilfitri, maka dua beradik itu membuat keputusan untuk pulang juga ke kampung pada malam Aidilfitri.
Disebabkan tiket bas dan keretapi telah habis, maka mereka terpaksa memilih untuk menumpang sebuah lori barang yang dipandu oleh seorang lelaki berbangsa India yang menuju ke Segamat.
Setelah tiba di Segamat, pemandu lori tersebut berasa pelik kerana disitu tiada kawasan perumahan kecuali masjid.
Diiringi alunan takbir di pagi raya, mereka berdua hanya bersiap di kawasan masjid sahaja.
Air mata akan mula menitis apabila mereka berdua ke kawasan perkuburan dan rupa-rupanya ibu mereka telah meninggal dunia.
“Ini mak abang. Mak abang, mak adik juga,” jelas Ahmad kepada Fizi yang tidak mampu untuk melihat.
Jauh perjalanan mereka, tetapi hanya mampu berdoa dan memegang batu nisan ketika di pagi Syawal.
Ramai komentator yang masih menonton iklan tersebut menjelang Syawal tahun ini sekaligus melahirkan rasa sedih mereka.
Kami pasti anda juga akan menitiskan air mata.
Sempena Aidilfitri yang bakal menjelang ini, sama-sama kita meraikannya bersama ibu bapa dan keluarga selagi mereka masih ada.
Bersyukur atas segala kurniaan-Nya dengan penuh keinsafan.
raya1
raya2
Oleh: HARITS ASYRAF | SUMBER
Baca Selengkapnya >>

Di Iran, tahanan wanita diperkosa sebelum dihukum mati



Anggota Basij Iran sangat ditakuti kerana dilaporkan kerap melakukan perkosaan terhadap para tahanan wanita yang masih perawan sebelum tahanan wanita itu dihukum mati. Mereka yang diperkosa adalah para tahanan wanita yang dijatuhi hukuman mati dan masih perawan. Perkosaan ini adalah "ritual" wajib, kata salah satu anggota tentera Basij tersebut.

Salah seorang anggota tenterayang tidak mau disebutkan namanya mengatakan bahawa ini adalah sebahagian perintah dari pemimpin tertinggi Iran Ali Khameini. Kepada The Jerusalem Post anggota tentera ini mengatakan bahawa pada masa berumur 18 tahun dia pernah diberi "kehormatan" oleh Khameini untuk sementara waktu "menikahi" tahanan wanita muda sebelum mereka dijatuhkan hukuman.


Di negara penganut Syiah ini, adalah haram melaksanakan hukuman mati terhadap wanita jika tahanan tersebut masih perawan, demikian menurut salah seorang bekas anggota Basij.

Dikutip dari laman Muslimdaily, kerajaan menetapkan pesta "perkahwinan" semalaman sebelum si tahanan wanita dijatuhkan hukuman,si wanita tersebut akan dipaksa untuk melayani nafsu seksual lelaki, Setelah digauli suami "barunya", maka si tahanan wanita sudah "halal" untuk dilaksanakan.

"Aku sangat menyesal, walaupun perkahwinan itu sah dan halal di sini", kata bekas tentera tersebut kepada Jerusalem Post.

Beberapa tahanan wanita diberi ubat tidur untuk membuat mereka tidak sedar, kerana biasanya mereka melawan semasa diperkosa. Menurut banyak saksi, mereka lebih takut pada "malam pertama" mereka daripada hukuman mati yang akan dilaksanakan ke atas mereka.

"Aku dengar mereka manangis kuat dan berteriak setelah proses perkosaan itu selesai," jelas mantan tentera tersebut.

"Aku tidak akan lupa bagaimana salah seorang gadis tersebut mencakari wajah dan lehernya sendiri dengan kuku-kukunya setelah dia disetubuhi. Dia mengalami kecerderaan akibat cakaran kukunya sendiri. "

Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com, Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـواب

Sumber: muslimdaily
Baca Selengkapnya >>

Tuesday, 23 July 2013

Gambar Abby Abadi Buka Puasa Bersama Keluarga Mertua

6 Gambar Abby Abadi Buka Puasa Bersama Keluarga Mertua
Semua sedia maklum, Abby Abadi telah pun selamat bernikah dengan jejaka pilihannya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar, 24 pada 9 Julai lalu dan sempena bulan Ramadhan ini, Abby telah mengambil peluang yang ada untuk berkenalan serta berbuka puasa bersama keluarga mertuanya di Tumpat , Kelantan sekitar minggu lalu.


Dalam pada itu, menerusi laman Instagram milik Abby Abadi, dia telah sempat memuat naik beberapa foto indah sewaktu berbuka puasa bersama keluarga mertuanya dengan caption berbunyi :

Sempat singgah berkenalan dengan Kaum Kerabat En Somi + berbuka puasa sama.
Berbuka sama semalam #19July2013 Sebahagian keluarga besar Arwah Tuan Haji Idris & Hajah Ramlah. Syukurrrr! mereka menerima saya seadanya. Abi tak sabar nak bawak Anak3 pula lepas ni.. Keluarga ‘hijauuu’ juga huhu rhuperrrrnyaa.

Selain berpeluang berbuka puasa bersama keluarga mertua di Kelantan, nampaknya Abby turut berkesempatan untuk berjumpa dengan pemimpin negeri tersebut, Tuan Guru Nik Aziz bagi memohon keberkatan serta doa agar rumah tangga yang dibina bersama Farhan akan terus berkekalan.

Namun begitu, niat Abby telah dipertikaikan oleh segelintir peminatnya, di mana ada yang beranggapan lebih baik sekiranya dia memohon restu daripada ibu bapa berbanding pemimpn tersebut.

Mohon keberkatan & doa dr TGNA & Isteri agar hubungan kami suami/isteri berkekalan & bahagia hingga ke akhirnya.. Aminnn! Tq ALLAH atas kesempatan ini ?

Apa pun, diharapkan agar rumah tangga Abby bersama Farhan akan terus berkekalan. Di sini turut kongsikan beberapa foto terkini pasangan tersebut bersama anak-anak Abby untuk tatapan anda semua.

6 Gambar Abby Abadi Buka Puasa Bersama Keluarga Mertua
6 Gambar Abby Abadi Buka Puasa Bersama Keluarga Mertua
6 Gambar Abby Abadi Buka Puasa Bersama Keluarga Mertua

6 Gambar Abby Abadi Buka Puasa Bersama Keluarga Mertua
6 Gambar Abby Abadi Buka Puasa Bersama Keluarga Mertua
sumber : http://blog3dalam1.blogspot.com/
Baca Selengkapnya >>

Video: Lawak,cara zizan raja lawak cover malu bila tersasul



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjMGiHfXf-12SKqAYN9ofHFYlgPtdR1Iqw3x2WmLP7dbNFhrBPwHXPPafMnz-e_ZyUuTv1qjDStDu922fTYkxvjADK1ki9xAbKf2YTkISMx7yfUolWZPtBYfmywqhJCv6SMO66zK7Lw9y06/s1600/gilo.jpg

Baca Selengkapnya >>

Gempar!!Tersepit di tingkap, lelaki maut.

Tersepit di tingkap, lelaki maut


Tingkap bahagian dapur di mana mangsa, Shaerol (gambar kecil) ditemui meninggal dunia akibat sesak nafas selepas tersepit di tingkap berkenaan di sebuah rumah di Taman Saz dekat Ipoh.

Ipoh: Seorang lelaki maut selepas tersepit di tingkap dapur rumah jirannya di Taman Saz, Silibin, di sini, malam kelmarin.

Shaerol Damanhuri, 27, dipercayai sesak nafas selepas gagal meloloskan diri menerusi tingkap berpalang besi di rumah jirannya itu sekitar jam 11 malam, dengan hanya berseluar pendek.

Pemilik rumah terbabit yang mahu dikenali sebagai Chen, 56, berkata dia menyedari kejadian itu selepas terdengar jeritan kesakitan seorang lelaki dari arah dapur rumahnya.

“Saya baru pulang ke rumah selepas membantu isteri berniaga di Pasir Putih. Saya terdengar jeritan meminta tolong dari arah belakang rumah dan selepas diamati saya terkejut apabila mendapati seorang lelaki sedang kesakitan tersepit di palang besi tingkap.

“Saya terus menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian itu. Pada mulanya saya sangkakan lelaki itu warga asing tetapi selepas dilihat dengan lebih dekat rupa-rupanya anak jiran yang hanya tinggal selang dua rumah dari rumah saya,” katanya.

Beliau berkata, beberapa minit kemudian polis tiba dan berjaya mengeluarkan lelaki itu tetapi mangsa didapati sudah meninggal dunia dipercayai akibat sesak nafas kerana tersekat terlalu lama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong, ketika dihubungi semalam berkata, pihaknya menerima laporan berkenaan kira-kira jam 11.30 pagi dan anggota polis yang bertugas tiba di lokasi kejadian kira-kira lima minit kemudian.
“Mangsa ketika itu hanya memakai seluar pendek manakala pakaian dan kasutnya diletakkan di tepi kaki lima bahagian luar dapur rumah dipercayai bagi memudahkan dia menyelinap masuk menerusi tingkap berkenaan.

“Polis terpaksa memotong palang besi tingkap terbabit bagi mengeluarkan badan mangsa. Bagaimanapun, mangsa didapati sudah meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat,” katanya.
Baca Selengkapnya >>

Kejam! Ibu terpaksa memilih 1 dari 12 anak kembarnya dan selebihnya dibunuh

“Kami pastinya tidak akan memilih bayi perempuan,” tambah suami Jinan. “Kami yakin dengan keputusan kami.” lagi sebelas baki bayi yang tidak dipilih oleh Jinan dan suaminya akan dilemparkan dari atas puncak gunung, sesuai ketetapan yang sudak termaktub dalam Undang Undang Kelahiran Kembar China. Sejak undang-undang ‘Satu Keluarga Satu Anak’ diwartakan pada tahun 1983, kerajaan China sudah membunuh lebih dari 65 juta bayi kembar di negara tersebut.Jinan, yang mengaku bahawa sudah bertahun-tahun berusaha mendapatkan anak, dengan tegas menolak tuduhan bahawa dia mengambil pil kesuburan, sebuah amalan yang juga dijanjikan dengan hukuman mati di China. “Saya tidak mengerti kenapa ini boleh terjadi,” tambahnya. “Kepada seluruh rakyat China dan para pemimpin kami yang terhormat, saya memohon permintaan maaf atas kelahiran bayi kembar kami yang memalukan dan tidak bertanggung jawab ini.”

Sifat keperimanusiaan di China rasanya sudah lama PUPUS, kenapa kami berkata begitu? kerana sudah banyak kes, cerita mahupun berita yang kita dengar mengenai bayi dimakan, kanak-kanak didera, kanak-kanak dipukul dan kes kanak-kanak yang dilanggar, namun tiada mana-mana pihak yang mahu tampil untuk membantu!

Baca Selengkapnya >>