Home » All posts
Friday, 19 July 2013
Luar Biasa: Batu besar terapung dlm air tapi tidak boleh diangkat walaupun 7 orang (Video)
Sebuah batu besar ditemukan mengambang/mengapung di sungai oleh anak kecil di dekat perumahan rumahku di Desa Bengle, Kecamatan Majalaya, Kabupaten Karawang. Batu ini tidak bisa diangkat meskipun oleh 7 orang. Namun bisa dibolak balik hanya oleh satu orang saja. Aneh bin ajaib. Saya sendiri sempat ngeliat dan mengabadikan dalam bentuk video.
Minta Maaf,Saya Tidak Boleh Cakap Apa-Apa - Sakinah
Minta Maaf,Saya Tidak Boleh Cakap Apa-Apa - Sakinah | Selepas terbongkar mengenai perkahwinan kedua pelakon Ashraf Muslim dengan seorang bekas kru televisyen swasta, Wan Sakinah, banyak pihak mula mencemuh tindakan Ashraf yang mengamalkan poligami tanpa mendapat keizinan isteri pertamanya, Noor Dayana Lokman terlebih dahulu.
Ashraf dan Sakinah dilaporkan sudah bernikah di Thailand pada 7 Julai lalu dan semalam pelakon yang terkenal dengan watak Ustaz Amirul itu telah diarahkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur untuk membayar kos mahkamah sebanyak RM8,000 kepada isteri pertama itu dan pihak mahkamah juga membenarkan Ashraf untuk menarik balik permohonan kebenaran poligami.
Menerusi Berita Harian hari ini, Sakinah yang dihubungi wartawan enggan memberikan sebarang kenyataan berhubung isu perkahwinannya dengan aktor kacak itu.
“Harap faham, saya tak boleh cakap apa-apa pun. Minta maaf,” katanya.
Sebelum ini, Sakinah pernah mengeluarkan kenyataan di sebuah akhbar dengan mengatakan, Noor Dayana redha sekiranya suaminya mahu berkahwin lain.
Namun lain pula dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh bapa mentua Ashraf, Lokman Abdul Hamid yang mendedahkan bahawa anaknya, Dayana tidak sesekali redha dan membenarkan dirinya dimadukan.
Ashraf dikatakan berkahwin kali kedua kerana perkahwinan pertamanya dulu tidak dikurniakan zuriat walaupun baru dua tahun saja usia perkahwinannya dengan Dayana.
Sumber: media-siber
Thursday, 18 July 2013
Qariah Terkenal Malaysia Berubah Imej Moden Semenjak Hidup Bermadu
KepohGiler terpegun melihat imej baru Hajah Sharifah Khasif qariah terkenal di Malaysia yang dikongsikan di laman fb beliau Sharifah Khasif.
Ini kerana ia berbeza dari imej beliau sebelum ini yang bertudung labuh dan longgar. Mungkin ini perubahan imej baru yang ingin ditampilkan oleh Hajah Sharifah Khasif setelah bergelar isteri baru-baru ini.
JOHAN Qariah Musabaqah Al-Quran peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa 2009, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman sudah pun selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Datuk Seri Mohamad Hizal pada 7 September lalu di Kelab Golf Ipoh, Perak dan menjadi isteri kedua.
Ini kerana ia berbeza dari imej beliau sebelum ini yang bertudung labuh dan longgar. Mungkin ini perubahan imej baru yang ingin ditampilkan oleh Hajah Sharifah Khasif setelah bergelar isteri baru-baru ini.
JOHAN Qariah Musabaqah Al-Quran peringkat kebangsaan dan juga antarabangsa 2009, Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman sudah pun selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Datuk Seri Mohamad Hizal pada 7 September lalu di Kelab Golf Ipoh, Perak dan menjadi isteri kedua.

Mari kita lihat gambar-gambar Sharifah Khasif sebelum ini.




Buat pengetahuan semua juga, Sharifah Khasif yang menjadi isteri kepada Datuk Sri Mohammad Hizal telah mendapat restu daripada isteri pertamanya. Berikut adalah isi kandungan emel daripada Zakiah yang dihantar kepada Harian Metro;
“Assalamualaikum, saya, Datin Sri Shahrul Zakiah Mat Yusof, isteri kepada Datuk Sri Mohammad Hizal Othman. Pada 22 September lalu saya terbaca pengakuan Sharifah Khasif Fadzilah Syed Badiuzzaman di dalam akhbar Harian Metro. Saya melihat perkara ini semakin kusut dan kronik sehingga saya rasa terpanggil untuk membuat kenyataan akhbar agar segala kekusutan dan tohmahan dapat diperjelaskan.Urm...elokla kan kalau macam tu. Mungkin imej baru Sharifah Khasif ini turut direstui suaminya, mane tau kan.. Sharifah Khasif juga pernah mengendalikan rancangan Akademi Al-Quran musim keempat dan Kalam Suci sebagai pengacara. Bertuah suaminya memperisterikan Sharifah yang bukan saja cantik tetapi tinggi pengetahuan agama. Semoga rumahtangga mereka dilimpahi rahmat.
“Daripada pengesahan status perkahwinan yang dibuat Sharifah Khasif tempoh hari menyebabkan saya pula ditimpa panggilan, soalan dan pelbagai pertanyaan seolah-olah membayangkan saya dan keluarga dilanda kesedihan serta kemurungan. Sebenarnya ia tidaklah seperti yang digambarkan.
“Untuk pengetahuan semua, saya terlebih dulu dimaklumkan oleh suami mengenai pernikahannya itu sebelum ia berlaku dan saya juga bersedia untuk menerima Sharifah Khasif sebagai ahli baru dalam keluarga saya yang lebih senang dipanggil ‘adik’. Di sini, ingin saya tegaskan bahawa tidak ada berlaku kahwin sembunyi-sembunyi seperti yang diuar-uarkan. Saya berharap dan berdoa agar perkahwinan ini akan membawa kebaikan dan mendapat keberkatan Allah di dunia dan di akhirat.
“Saya juga menerima suratan pertemuan, jodoh, ajal dan maut semuanya ditentukan oleh Allah SWT. Saya menerima dengan hati yang terbuka disertai doa agar dibalas dengan kebaikan dan rahmat. Saya juga bersyukur kerana suami saya seorang yang sangat penyayang dan bertanggungjawab kepada saya sekeluarga. Semoga sifatnya itu akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Diharap pengakuan ini akan merungkai segala pertikaian yang berlaku selama ini.” katanya.
[Video] Hukuman Pancung Di Arab Saudi

Video di bawah menunjukkan hukuman pancung yang dilaksanakan di Arab Saudi. Di negara Arab, hukuman pancung selalu dijatuhkan pada pembunuh dan juga pengedar dadah.
p/s : Memang professional tukang pancung tu. sekali libas je..
Bonus Raya : Pemberian Bonus Raya Aidilfitri 2013 Untuk Kakitangan Awam Dalam Kajian Kerajaan

Bonus Raya : Pemberian Bonus Raya Aidilfitri 2013 Untuk Kakitangan Awam Dalam Kajian Kerajaan | PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan akan mengkaji kemungkinan memberi bonus kepada penjawat awam menjelang ketibaan Hari Raya Aidilfitri yang akan disambut tidak lama lagi.
Perdana Menteri berkata kerajaan masih mempunyai masa untuk memutuskan perkara itu.
“Kita akan mengkaji perkara ini. Masih ada masa lagi,” katanya dalam satu persidangan media di bilik mesyuarat khas pejabatnya di sini sejurus selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian antara Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dengan empat syarikat yang bersetuju melabur RM1.96 bilion di negeri-negeri di kawasan Koridor Utara.
Beliau berkata demikian semasa ditanya mengenai kemungkinan ada berita baik buat 1.4 juta penjawat awam berikutan permintaan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) semalam yang masih berharap kerajaan akan memberi bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam walaupun mereka akan menerima kenaikan gaji tahunan pada bulan ini.
Sebelum ini, Presidennya Datuk Omar Osman meminta kerajaan mempertimbang pemberian bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam sempena Aidilfitri kerana ia dapat mengurangkan beban penjawat awam membuat persiapan hari raya kerana perbelanjaan ketika Ramadan dan Aidilfitri adalah tinggi berbanding hari biasa.
Kenyataan Cuepacs itu menyusul sehari selepas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata kerajaan masih belum berbincang mengenai pemberian bonus, dan pengumuman Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) dua kali untuk tahun ini sudah boleh dianggap sebagai bonus. – BERNAMA
Sumber
Subscribe to:
Posts (Atom)

