Tuesday, 16 July 2013

Video: Cara Abang Burn Bakar Burger dan Hias Burger.

 

 

Giler Menyelerakan Burger Bakar Abang Burn Al Lazat. Nak tahu sedap ker tak Burger Abang Burn, korang layan youtube ini. Mesti rasa tak sabar nak buka puasa kat sana. haha!

Baca Selengkapnya >>

12 JENIS MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH S.A.W.

Salam.

BUAHAN 12 JENIS MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH S.A.W.
Kali ni aku nak berkongsi dengan korang 12 Jenis Makanan Kegemaran Rasulullah S.A.W. Ustaz Abdullah Mahmood mengungkapkan, Rasullulah S.A.W. tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau ikut diet Rasullullah ini, korang takkan menderita sakit perut ataupun keracunan makanan.
1. Barli : Bagus untuk demam jika dibuat sup.
2. Kurma : Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert rumah yang tidak ada makanan.
3. Buah Tin: Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
4. Anggur : Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.
5. Madu: Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
6. Tembikai (Segala Jenis): Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.
7. Susu : Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
8. Cendawan: Baik untuk mata, perancang keluarga.
9. Minyak Zaitun: Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
10. Delima: Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
11. Cuka: Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali)
12. Air: Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.
Hati yang bersih dapat melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan dari sumber yang halal dan berkhasiat - Sumber
Baca Selengkapnya >>

Mamat Sepah Murah Rezeki Dari Ducati Ke Mini Cooper RM300k

Mamat Sepah Murah Rezeki Dari Ducati Ke Mini Cooper RM300k | Percayalah Murai Batu memang suka tengok kawan-kawan selebriti yang berjaya di dalam hidup mereka. Lebih-lebih lagi yang tahu menyimpan duit serta menggunakan duit mereka untuk membeli aset.
1f0b4__7102013_minimamat-a

Salah seorang selebriti yang Murai Batu lihat bijak menggunakan wangnya untuk membeli aset adalah Mamat yang dahulunya pernah bergabung dengan Jef dan Shuib dalam Sepah, tetapi kini bergerak solo selepas kedua-dua rakannya itu keluar dari kumpulan itu serta menubuhkan pula Sepahtu.
Apa tidaknya, dulu waktu muncul dalam program amal Yok Sahur anjuran portal Murai pada tahun lalu, Mamat khabarnya telah sanggup datang untuk menjayakan program itu dengan teman-teman bikersnya.
Menariknya, dia telah membawa motorsikal berkuasa tinggi iaitu Ducati pada program itu. Sekarang ini, Murai Batu dengar Mamat sudah beli kereta pula.
Keretanya yang dibeli Mamat pula bukan calang-calang iaitu mini cooper edisi terhad iaitu Mini John Cooper yang dikeluarkan pada tahun 1999. Teman Murai Batu dah tengok. Katanya, cantik sungguh. Very sporty. Sesuailah dengan jiwa Mamat yang sememangnya lasak tu.
Dari hasil menelaah Murai Batu, kereta itu sekarang ni mengikut harga pasarannya lebih kurang RM300,000.
Menurut teman Murai Batu, Mamat sudah pun membeli kereta itu sejak beberapa bulan yang lalu dan yang pentingnya ianya adalah Mini John Copper yang baru dan bukannya yang terpakai.
Haa… Siapa cakap kerjaya pelawak tidak mampu menjamin kehidupan yang selesa? Murai Batu harap lepas ni, Mamat akan beli rumahnya sendiri pulak. Sebab, beli rumah ni untung sebab ia tak punya susut nilai.

Sumber : Murai Batu via Informasi My
Baca Selengkapnya >>

Gambar Terkini Bayi Ayu Raudhah Yang Sangat Comel (15 Gambar)

Gambar Bayi Ayu Raudhah Yang Sangat Comel | Kami di HairanBlog sangat gembira melihat pasangan bahagia Zaquan Adha dan Ayu Raudhah yang baru menimang cahaya mata. Pejam celik, Aisy sudah pun berusia 4 bulan. Gambar - gambar comel anak mereka dikongsikan dalam laman istagram mereka.

Kini, Ayu Raudhah juga telah mula kembali berlakon setelah berehat panjang baru - baru ini. Kami sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka berkekalan sehingga ke akhir hayat.











Sumber: KoleksiCeritaBest melalui BeautifulNara
Baca Selengkapnya >>

Thursday, 11 July 2013

Gambar P.Ramlee Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Lihat! [9 Foto]

Gambar P-Ramlee Yang Mungkin Anda Tidak Pernah Lihat:-P.Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri bersamaan Rabu , 22 Mac 1929.Bapanya seorang ahli pelayaran yang berasal dari Lho’Seumawe , Acheh telah berkahwin dengan Che Mah binti Hussien pada tahun 1925 di Kubang Buaya , Butterworth.

Bapa P.Ramlee
P.Ramlee telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Jawa dan seterusnya di Penang Free School sehingga meletusnya Perang Dunia Kedua.Semenjak di bangku sekolah lagi , P.Ramlee telah menunjukkan minat dan bakat dalam bidang seni , terutamanya dalam seni muzik.Di Penang Free , P.Ramlee belajar seni muzik dengan Encik Kamaruddin iaitu pemimpin Brass Band di sekolah tersebut.

Semasa pendudukan Jepun di Malaya , P.Ramlee pernah memasuki sekolah tentera laut Jepun ( Kaigun ).Di sini beliau berpeluang mempelajari lagu-lagu Jepun.Penglibatan beliau dalam dunia muzik bermula dengan pancaragam “ Teruna Kampung “.Dalam pertandingan keroncong seluruh Pulau Pinang dan Seberang Perai yang diadakan dalam tahun 1947 , pancaragam beliau menjadi juara dengan lagu ‘ Keroncong Oh Suci ‘ yang dinyanyikan oleh P.Ramlee.

P.Ramlee semasa muda

Pada tahun 1964 , P.Ramlee berhijrah ke Kuala Lumpur dan bertugas di Studio Merdeka milik Merdeka Film Productions di Hulu Kelang.Sepanjang hayat P.Ramlee telah berlakon kira-kira 66 buah filem , mengarah 37 buah filem dan mencipta sebanyak 250 buah lagu.Namun setiap yang hidup pasti akan merasai kematian , awal pagi Selasa bersamaan 29 April 1973.P.Ramlee telah meninggal dunia secara mengejut akibat serangan sakit jantung ketika berusia 44 tahun.Beliau meninggal dunia di dalam ambulans sewaktu dalam perjalanan ke Hospital Besar Kuala Lumpur.

Walaupun beliau sudah lama meninggalkan alam yang fana ini , jasa dan baktinya dalam arena seni sentiasa kekal dalam ingatan.Pada 6 Jun 1990 , Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong ke-9 telah menganugerahkan beliau bintang Darjah Panglima Setia Mahkota ( DPSM ) yang membawa gelaran Tan Sri.

solat jenazah P.Ramlee

Gambar – gambar semasa beliau kembali ke Rahmahtullah

Mungkin ramai yg tak pernah tgk termasuk saya.
Al-Fatihah buat Alllahyarham P.Ramlee
Foto terakhir P. Ramlee yang diambil beberapa hari sebelum beliau meninggal dunia

Hancur badan dikandung tanah Budi baik dikenang juga Biar alam hancur dan musnah Jasa mu tetap dikenang juga Semoga Allah S.W.T mencucurkan rahmat ke atas roh beliau. Al-Fatihah.

Sumber
Baca Selengkapnya >>

NGERI..RAYUAN MAKCIK DI BAWAH TAYAR LORI [5 FOTO]

Ngeri Rayuan Makcik Di Bawah Tayar Lori - Makcik ni dilanggar sebuah lori tangki ketika menunggang Motosikal.Dia tersepit dibawah tayar lori dan merayu diselamatkan.





Sumber
Baca Selengkapnya >>