Monday, 1 July 2013

SERIUS! - Ikan Duyung Terakam Di Kiryat Yam, Israel [VIDEO]

Dalam cerita dongeng, ikan duyung sering digambarkan sebagai seorang perempuan yang jelita dengan sebahagian anggota badannya menyerupai ikan. Ikan duyung itu hidup di dasar laut dan dikatakan merupakan seorang puteri yang telah disumpah sebahagian anggotanya daripada paras pinggang hingga ke kaki menjadi ikan.
Menggemparkan dalam satu video yang di siarkan dalam Animal Planet, terakamnya ikan duyung yang berada di atas batu dan kemudiannya seakan sedar ianya di rakam dan terus masuk kedalam laut dan terus lenyap dari pandangan.

Jadi ramai orang yang berada di sekitar kawasan itu terus berkumpul di tebing laut untuk melihat ikan duyung itu sendiri. Walaupun ramai orang tahu itu mungkin palsu tetapi mereka masih percaya.Ada orang juga kata, ikan duyung itu cuma naik pada waktu petang.
Mungkin duyung itu benar-benar wujud, tapi tak semua dapat melihat atau menjumpainya mungkin hanya dengan tidak sengaja jer. Sebab dalam dunia nie mungkin bukan kita saja kehidupan yang ada. Jadi anda percaya ke tak? Walau apa pun tanggapan dan pandangan kita mengenai ikan duyung, kewujudan makhluk itu akan tetap terus menjadi satu misteri dan mitos yang diperkatakan daripada satu generasi ke generasi yang lain. - Koleksi Misteri 
Baca Selengkapnya >>

Alamak!!! Telur ayam tiruan di Pulau Pinang

Telur ayam tiruan di Pulau Pinang, adoyai..telor pon nak tipu ker?

Rupanya sebiji telur ayam tetapi ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.


Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.

Demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di Georgetown semalam.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

"Komponen bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati," katanya.

Mohamed Idris berkata, kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.

"Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu," katanya.

Loh berkata, beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lalu.
Baca Selengkapnya >>

Mudah nyer penceraian di Jepun !

Kalau kat malaysia bukan main susah kes penceraian turun naik court lagi tuh. Nie tao nak sharekan kat korang tau tak camner cara penceraian dilakukan dijepun?

Okay mari tengok upacara penceraian di jepun ini

Photobucket

Cincin perkahwinannya akan diambil

Photobucket

Mereka yang ingin kan penceraian tersebut akan sama-sama memegang tukul khas untuk mengetuk cincin perkahwinan mereka

Photobucket

Photobucket

Penyek suda cincin kawin tersebut

Photobucket

Selesai la sudah upacara penceraian...tepuk tangan..hehee

Wah cam mudah jer~ ini macam kalau kat malaysia, memang ramai yang senang-senang jer bercerai..hehee
Baca Selengkapnya >>

SUBHANALLAH! - Gumpalan Awan Ajaib Jatuh dan Mendarat di Uni Emirat Arab

Wow, Segumpal awan ajaib yang menakjubkan jatuh dan terakam kamera di kawasan berpasir di Uni Emirat Arab. Pelik jugak, kalau awan jatuh mesti ditiup angin dan ilang tapi nie macam kapas pon ader.

Bestnyer tengok dye dapat peluk awan tu....
Pada video selama 3.5 minit ini korang nampak sebuah awan putih kecil (macam awan guling dalam citer Dragon Ball) tu yang terbang rendah di atas dataran hijau seperti gumpalan besar kapas, lalu jatuh ke tanah, menggelinding, dan tersangkut di pagar. Kejadian ini berlangsung di kawasan subur Bida Faris, tepat di sebelah timur kota oasis Al-Ain.


Lelaki itu berkata:

"Aku tidak akan percaya ini (jika) saya tidak melihatnya dan menangkapnya. Saya yakin ini adalah sebuah keajaiban yang menggambarkan kuasa Tuhan." Allahuakbar~

Fenomena yang pelik tao pon tak tau camner kejadian ini boleh terjadi dan berlaku.
Baca Selengkapnya >>

Wow! - Lelaki Manusia Serigala di minati wanita

Setiap ciptaan tuhan pasti ada keistimewaanya, seperti lelaki istimewa ini walaupun dirinya di penuhi bulu dan di gelar sebagai " Manusia Serigala ", jangan mudah kita mengejek, mencaci atau menghina. Lihatlah, bulu-bulu gak tapi manusia serigala ini diminati wanita... WOW!



LOS ANGELES: Dia mengalami keadaan yang jarang ditemui dan menjadikan dia lelaki paling berbulu di dunia, tetapi sekurang-kurangnya dapat mengelakkan serigala daripada muncul di pintu rumahnya.

Selepas diketawakan sepanjang hidupnya dan berlakon dalam pertunjukan sarkas, Larry Gomez mula mengukir nama di Hollywood.

Dia muncul dalam filem popular dan menghasilkan rancangan realiti televisyennya sendiri. Dan lelaki serigala, nama yang dikenalinya di kalangan rakan dan peminatnya menikmati kemasyhuran.





GOMEZ menghidap genetik hypertrichosis atau sindrom serigala.


Gambar SAAT BAHAGIA...Gomez pada hari perkahwinannya dengan Nadine pada 2007.

Gomez, 35, di mana seluruh tubuh dan wajahnya dipenuhi bulu hitam lebat berkata: “Apabila wanita melihatnya kali pertama, mereka tidak percaya.

“Kemudian apa yang ingin mereka lakukan ialah menyentuhnya. Berapa ramai teman wanita yang saya miliki? Sekurang-kurangnya 35 orang. Wanita mengharapkan saya menjadi lebih daripada seorang lelaki, gagah kerana bulu itu. Saya boleh berhubung dengan wanita dengan baik. Malah, saya mempunyai beberapa peminat setia,” katanya. Gomez mengalami keadaan genetik hypertrichosis yang jarang berlaku atau sindrom serigala.

Hanya 50 orang sejak zaman pertengahan dikesan mengalami sindrom itu hingga ke tahap teruk dan 15 daripadanya adalah anggota keluarganya. Gomez menjelaskan: “Setiap dua minggu saya bersihkan wajah saya. Ia tumbuh di seluruh wajah saya, malah juga di kelopak mata. Saya mempunyai lebih banyak bulu di lengan berbanding di kaki saya.

“Adik lelaki dan adik perempuan saya juga mengalami keadaan sama. Dan beberapa sepupu saya. Ia lebih sukar bagi adik perempuan saya, Jamie Maria. Dia baru berusia 20 tahun. Anda perlu kuat apabila menjadi seperti ini.

“Ada seorang lelaki di China, tetapi dia tidak begitu berbulu seperti saya. Dia mencabar saya tetapi dia tidak mempunyai peluang untuk menang,” katanya.

Gomez dilahirkan sebagai Gabriel Ramos Gomez di Mexico tetapi mendapat nama baru daripada filem seram 1941 The Wolf Man, di mana karakter utamanya yang dipenuhi bulu digelar Larry Talbot. Ketika muda, dia dan adik lelakinya Danny, 33, menyertai sarkas dan dikenali sebagai budak serigala. Gomez pernah berkahwin dan mempunyai seorang anak lelaki, Michael, kini 10 tahun yang tidak mengalami keadaan sama sepertinya.

Bagaimanapun, pada 2007 dia berpisah dengan isterinya, Nadine dan berpindah ke Los Angeles untuk meraih kemasyhuran dalam filem.

SUMBER | MyMetro
Baca Selengkapnya >>

Kantoi : [Video] Pekerja Petronas Curi Duit RM4000 Dirakam CCTV


Pergh.. selamber badak je mamat ni ambik duit.. Memang pencuri pro nih.. Muka pun innocent jer.. Tapi satu je kebedohan dia ni, takkan tak tahu ada CCTV kat ctu? Kan dah tak pasal-pasal jadi pelakon utama dlm video.. Hoho.. Kalau jumpa, mohon bagi tapak kasut kat muka dia ni.

Baca Selengkapnya >>

SERAM! - Makhluk di Dalam Paya Yang Menakutkan Di Ireland (3 GAMBAR)

Makhluk di Dalam Paya Yang Menakutkan Di Ireland sebenarnya adalah Patung yang menyerupai suatu makhluk.


Saksikan lagi gambar di bawah ini....


Tau tau la ape function patung sebegini di letakkan sebegini sapa ada bertujuan untuk menakut-nakutkan atau sekadar hiasan atau pun saje jer nak tarik lebih ramai pengunjung ke sini.
Baca Selengkapnya >>