Sunday 12 May 2013

Gambar Anak irma dan Suami


Keluarga bahagia. semoga irma dan suami kekal bahagia hingga ke akhir hayat. tidak lupa juga kepada baby comel Redza Syah Irfhan, semoga menjadi anak yang soleh. amin


Baca Selengkapnya >>

Hukum Mewarnakan Rambut Dan Uban

Salam..semua hari ni Abang Perhh ingin kongsikan "Hukum Mewarnakan Rambut Dan Uban" semoga info ilmiah ini dan dikongsikan pada kita semua sebagai panduan dalam memantapkan lagi ilmu Allah..Selamat beramal.


Ulama telah bersepakat mengharuskan mencelup warna rambut dari warna hitam ke warna lain seperti merah dll, samada dengan inai dan apa jua pewarna yang dibenarkan syarak. (Rujuk Al-Fatawa al-Hindiyyah, jld 5,ms 359 ; Al-Istizkar, Ibn Abd Al-Barr , jld 27, ms 85 ; Mughni al-Muhtaj, As-Syabini, jld 1, ms 191 ; Kassyaf al-Qina’, Al-Bahuti, jld 1, ms 77).
HUKUM MENCELUP UBAN PUTIH KE HITAM
Ulama telah berbeza pandangan dalam hal ini seperti berikut :-
1. Makruh
Ia adalah pandangan Mazhab Maliki, Abu Hanifah, sebahagian ulama Syafie seperti Imam Ghazali, Al-Baghawi.
Tetapi kiranya ia dibuat untuk tujuan menakutkan musuh di dalam peperangan ia adalah HARUS.
Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW :
“Tukarlah ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam” (Shohih Muslim)
b) Berkata Ibn Umar ra :
“Kekuningan pewarna para mukmin, kemerahan pewarna para Muslimin, Hitam pewarna puak Kuffar” (Riwayat At-Tobrani, Al-Haithami)
c) Nabi SAW bersabda :
“Barangsiapa yang mewarnakan rambutnya dengan warna hitam, nescaya Allah akan menghitamkan wajahnya di akhirat kelak” (Al-Haithami, bagaimanapun Ibn Hajar berkata seorg perawinya agak lemah, bagaimanapun rawi tersebut diterima oleh Imam Yahya Mai’en dan Imam Ahmad)
d) Dalil aqal, ia dikira suatu penipuan.
2. Haram
Ia adalah pandangan Mahzab Syafie. Dikecualikan kiranya utk jihad. Mereka berdalil dengan dalil kumpulan pertama tadi.
3. Harus tanpa Makruh
Ia adalah pandangan Imam Abu Yusof dan Ibn Sirin.
Dalil mereka :
a) Sabda Nabi SAW :
“Sebaik-baik pewarna yang kamu gunakan adalah warna hitam ini, ia lebih digemari oleh isteri2 kamu, dan lebih dpt menakutkan musuh” (Riwayat Ibn Majah, bagaimanapun ia adalah hadith Dhoif)
b) Diriwayatakan bhw sahabat dan tabi’ein ramai juga yang mewarnakan rambut mrk dengan warna hitam. Antara Sa’ad, ‘Uqbah bin ‘Amir, Az-Zuhri dan diakui oleh Hasan Al-Basri. (Lihat Fath al-Bari, Majma’ az-Zawaid dan Tahzib al-Athar oleh At-Tabari)
Suka disebutkan di sini setiap mazhab mempunyai dalil masing-masing yang tidak dpt disebutkan kesemuanya di sini, demi meringkaskan tulisan ini.
Kesimpulan Hukum
Akibat terdapat zahir hadith dan athar yang bertembung antara satu sama lain, maka fuqaha mengambil jalan membuat takwilan bagi menggabungkan hadith-hadith ini. Ia seperti berikut :
a) Hadith larangan adalah menujukan kepada larangan penipuan umur yang tua akibat tua dan uban maka dihitamkan bagi kelihatan lebih muda. Tidak kira dari kalangn lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.
b) Adapun hadith yang mengharuskan adalah dalam keadaan dan sebab2 yang diiktiraf oleh syarak, seperti perang bagi menakutkan musuh, ataupun ia tidak mengandungi unsur penipuan, seperti merawat penyakit dll.

Baca Selengkapnya >>

GAMBAR SITI NURHALIZA TANPA MAKE-UP



Datuk Siti Nurhaliza telah memuat naik gambarnya tanpa make-up di laman twitter miliknya. Katenya gambar tersebut di ambil ketika sebelum membuat facial. Kalau anda rasa Siti Nurhaliza cun tanpa make-up, klik share. #LOL 



Baca Selengkapnya >>

Bagaimana Resipi Rahsia KFC Disimpan? (4 Gambar)

Tahukah anda, dalam dunia ini hanya 2 eskekutif KFC sahaja yang tahu resepi sebenar KFC? Mungkin anda pernah mendengar kenapa KFC tak dapat pengiktirafan ISO bagi jaminan kualiti dan mempunyai panel syariah tersendiri, rupa-rupanya KFC tak mahu rahsia gabungan 11 herba dan rempah ratusnya didedahkan.

Resipi rahsia Kolonel merupakan salah satu daripada rahsia perdagangan Louisville yang paling ketat disimpan, dengan salinan-salinan separa tersimpan di beberapa tempat yang lain sebagai sokongan. Dua pembekal perasa digunakan dan setiap mereka hanya membekalkan sebahagian resipi itu, dan mereka tidak mengetahui satu sama lain.

Presiden syarikat juga tidak tahu akan senarai bahan-bahan, dan beberapa orang yang mengetahuinya diperlukan menandatangani perjanjian kerahsiaan yang ketat. Satu analisis kimia yang diarahkan oleh pengarang William Poundstone mendedahkan sebahagian daripada bahan-bahan utama: garam, lada hitam yang kisar, tepung gandum, dan monosodium glutamat. KFC mendakwa bahawa resipi Kolonel Sander mengandungi sebelas herba dan rempah rahsia.






Pada tahun 2009, resepi ini telah kembali ke tanah lahirnya di Loisville setelah ianya pernah dipindahkan pada september tahun sebelumnya.

Col. Handers pernah berkata bahawa resepi yang dimiliki oleh beliau akan mendapat perhatian dan kawalan yang ketat suatu hari nanti. Ternyata tanggapan sang pencipta resepi ini bukanlah satu dongengan. Presiden KFC, Robert Eaton pernah berkata

"This recipe has amazing global importance and the reason is that you could maybe put on your hand the number of world, global trade secrets that are housed in a single packet, in a single form,"



Persoalannya macam mana rahsia resepi ini disimpan? Sekiranya anda seorang pencuri paling pro di atas muka bumi ini sekalipun, mungkin mustahil untuk anda mencurinya. Kenapa?

"We fortified the ceiling and the floor around here with concrete bricks two feet thick," Dietl said. "We put in motion sensors also CCTV that's hooked up to security downstairs. They have 24/7 armed guys downstairs, so in the amount of 30 seconds you'll have somebody up here. Once in here, you have to have two people with two keys and two different PIN numbers, and that's what you have to have. This safe is bolted down and there is no way anybody can get in here unauthorized without us knowing about it."

Bo Dietl, ex-NYC police detective dan pakar ditektif.

Secara ringkas, untuk mencurinya, perlu ada 2 orang dengan 2 kunci serta 2 nombor pin yang berbeza dan barulah boleh melepasi sistem kawalannya. Tetapi sebelum itu anda perlu melepasi terlebih dahulu lantai, dinding dan siling konkrit setebal 2 kaki. CCTV dan sensor beroperasi 24 jam. Tak cukup dengan itu pakar pengawal keselamatan bersenjata juga turut diupah untuk menjaga kawasan itu.


Baca Selengkapnya >>

Saturday 11 May 2013

Gambar Pra-Perkahwinan Jehan Dan Isteri


Tahniah diucapkan buat pelakon Jehan Miskin yang sah bergelar suami kepada seorang wanita Korea Selatan, Julie Camelia Rhee , petang ini.
Majlis pernikahan pasangan mempelai itu diadakan di Carcosa Seri Negara pada kira-kira pukul 2.40 petang dengan dihadiri 100 para tetamu yang dijemput ke majlis serba sederhana itu.
Seperti kebiasaan yang dilakukan bagi bakal pengantin, Jehan dan isterinya juga tidak ketinggalan mengambil foto pra perkahwinan untuk dijadikan kenang-kenangan di masa tua nanti.
Menariknya gambar pra perkahwinan Jehan ialah dia mengenakan tiga pasang busana iaitu persalinan Korea, Melayu dan juga Barat.
Unik bukan?
Jom tengok koleksi gambar-gambar menarik Jehan dan isterinya itu.
Jehan Miskin 2


Jehan Miskin 3

Jehan Miskin 4

Jehan Miskin 5

Jehan Miskin 6

Jehan Miskin 7
Oleh: AUDREY LEE
Foto: rotikaya.com
Baca Selengkapnya >>

AWAS !!! Power Bank Palsu Berisi Pasir


Assalamualaikum dan selamat sejahtera, sejak kebelakangan ini, penggunaan powerbankdikatakan semakin meluas, di mana-mana sahaja mesti ada orang yang menggunakannya, banyak peniaga yang menjual powerbank ini kerana mendapat permintaan yang tinggi.
Tapi bagi pembeli, anda hendaklah berhati-hati dan berwaspada dengan powerbank yang hendak dibeli, ada satu kes di mana seorang pembeli ditipu apabila powerbank yang dibelinya berisi pasir. Walaupun berlaku di luar negara tak mustahil boleh berlaku di negara kita.
Niat seorang lelaki di Taiwan membeli bateri portabel atau popular disebut “power bank” berkapasiti besar, mendapat nasib malang apabila peranti yang dibeli itu dipenuhi pasir.

Lelaki ini dikatakan membeli sebuah power bank berkapasiti “24000 mAh” buatan sebuah syarikat berasal dari Shenzhen, China.
Jika dilihat sepintas lalu, tak ada yang pelik atau luar biasa dengan power bank berwarna putih tersebut. Terdapat satu butang ‘ON’ diikuti lampu-lampu indikator dan port USB. Yang mencurigakan adalah keterangan kapasiti yang terdengar terlalu luar biasa.
Setelah dibuka, ternyata di bahagian dalam power bank ini ditemui dua beg plastik berisi pasir, yang kemungkinan sengaja ditempatkan untuk memberi sensasi “berat” yang meyakinkan.
Power bank tersebut masih boleh digunakan untuk mengisi bateri gadget kerana memang menyediakan sebuah power-cell yang kelihatan uzur. Kapasiti aslinya tidak diketahui, tetapi kemungkinan besar tidak mencapai 24000 mAh yang tertulis pada pelekat di bahagian bawahnya.

#Kesian, jadi kepada anda anda yang berhajat nak beli powerbank ni berwaspadalah selalu sebelum tertipu, mana tahu kan.. Mohon sebarkan supaya tiada yang menjadi mangsa..
Baca Selengkapnya >>

Tiba-tiba kafir harbi pun BN nak!!


“Bukankah DAP yang dituduh sebagai chauvinis, komunis dan kafir harbi selama ini? Tiba-tiba hari ini DAP ditawar masuk BN? Saya bagaikan kurang percaya bagaimana seorang bekas pemimpin Umno yang masih setia kepada parti tersebut boleh mengeluarkan cadangan seperti ini?” kata TG Nik Aziz – HarakahDaily
TGNikAzizKepelikkan TG Nik Aziz atas kenyataan bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang menyarankan agar DAP menyertai BN untuk menguatkan kerajaan BN. Bukankah yang tak kafir harbi sahaja yang BN nak.
Sebelum ini DAP disebut sebagai kafir harbi dan dikatakan berusaha menjadikan Malaysia negara Kristian disaran masuk UMno. Itu yang selalu menjadi tajuk utama akhbar Umno, Utusan Malaysia.
Mungkin dah menang banyak, dah kuranglah kafir harbinya. Kalau dah masuk BN, terus jadi kafir zimmi!!

Sumber Asal
Baca Selengkapnya >>