Berdasarkan maklumat yang dikongsikan oleh laman sosial dan mytrueinfo, perhimpunan Suara Rakyat Suara Keramat yang berlangsung semalam di Stadium Kelana Jaya telah dihadiri lebih 100,000 orang. Rata-rata yang hadir ke perhimpulan ini adalah dengan memakai pakaian berwarna hitam sambil meniup vuvuzela serta melaungkan slogan Ubahsekaligus menyebabkan kesesakan teruk di sepanjang LDP.
Antara pemimpin tertinggi yang hadir dalam perhimpunan itu ialah Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution, Bersih Datuk S. Ambiga, pengarah strategi PKR Rafizi Ramli dan yang baru dilantik DAP Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen.