Gambar di atas amat mengejutkan kami sebenarnya, Norish Karman berlumuran darah digilis lori 10 tan? Dan pihak media tidak meng war-warkan perihal ini? Kemusyikilan di situ. Selepas kami selidiki, ternyata gambar tersebut adalah babak lakonan Norish Karman sebagai Tengku Puan Marina dalam drama ” Maharku Untukmu ” di TV3 yang disiarkan pada 30 Jun lalu dan telah meraih 2.4 juta tontonan.
Home » All posts
Monday 6 May 2013
Pelakon Norish Karman digilis lori 10 tan ??
Gambar di atas amat mengejutkan kami sebenarnya, Norish Karman berlumuran darah digilis lori 10 tan? Dan pihak media tidak meng war-warkan perihal ini? Kemusyikilan di situ. Selepas kami selidiki, ternyata gambar tersebut adalah babak lakonan Norish Karman sebagai Tengku Puan Marina dalam drama ” Maharku Untukmu ” di TV3 yang disiarkan pada 30 Jun lalu dan telah meraih 2.4 juta tontonan.
Konvoi Lima Bersaudara Ke Tempat Kerja Berakhir Tragedi
Konvoi lima bersaudara ke tempat kerja berakhir tragedi menyayat hati apabila dua daripadanya maut selepas motosikal ditunggang merempuh belakang lori yang rosak di lorong kecemasan, di Kilometer 276.2, Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) arah selatan, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 8.10 pagi itu, kedua-dua mangsa dipercayai warga Indonesia itu menaiki motosikal Suzuki Shogun 120, maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala.
Sumber berkata, lebih menyayat hati adik mangsa dikenali sebagai Yasir, 20-an, yang berada di depan terkejut sebaik menyaksikan kakaknya terpelanting menerusi cermin sisi motosikal dinaiki dilihat meraung dan memeluk mayat itu.
Jurucakap polis berkata, mangsa lelaki dikenali sebagai Suhar, 32, dipercayai bekerja kontrak di Sungai Gadut, di sini, manakala isterinya, Rina Nigfih, 30-an, operator kilang di Shah Alam, dari Yogyakarta.
“Kedua-dua mangsa dari Kapar, Klang menghala ke Sungai Gadut, Seremban, dalam perjalanan ke tempat kerja suaminya. – Metro
Gempar!!! Malaysia bakal sekat laman Social Facebook
Assalamualaiikum dan selamat sejahtera, betul ke malaysia bakal menyekat penggunaan facebook di negara ini? mengikut apa yang di laporkan pada laman sinar harian.
Apa kata anda? cuba bincangkan.
Laporan Dari Sinar Harian:
SHAH ALAM – Malaysia boleh mengikut langkah Iran dan China yang menyekat akses ke laman web sosial sekiranya langkah itu mampu membendung sebarang perbuatan atau tindakan yang boleh menggugat keamanan negara.
Pengerusi Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps), Hamidzun Khairuddin berkata, tindakan itu perlu difikirkan kerana ada pengguna yang menggunakan laman sosial itu untuk menyebarkan fitnah, menghina agama dan kaum serta mencaci-maki pemimpin negara.
Beliau berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) juga perlu membangunkan membangunkan mekanisme bagi menyekat bahan-bahan yang boleh menimbulkan kemarahan atau menghina di laman sosial itu dan juga blog.
“Memang tidak wajar menyekat penggunaan internet tetapi Facebook perlu disekat sebelum parah kerana ramai yang telah menyalahgunakan fungsi laman sosial itu dengan melakukan perkara-perkara yang di luar faedah,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Sekumpulan pengguna Facebook bertindak biadab terhadap ucapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah menerusi laman sosial itu.
Mereka dipercayai menulis kata-kata itu di laman sosial berkenaan sewaktu Yang di-Pertuan Agong menyampaikan titah ucapan sempena ulang tahun keputeraan rasmi Seri Paduka yang disiarkan secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Pada masa yang sama kata Hamidzun, beliau berharap Kementerian Dalam Negeri (KDN) bertindak tegas dengan menghukum mereka di bawah Akta Hasutan agar ancaman sebegitu tidak berleluasa dan menghancurkan keamanan dikecapi negara kini.
“Kalau boleh perketatkan lagi undang-undang siber yang sedia ada supaya tidak sewenang-wenangnya mereka melakukan jenayah di laman sosial. Tindakan tegas perlu dikenakan supaya mereka bersalah dapat dihadapkan ke mahkamah,” katanya.
Pengerusi Majlis Belia Selangor (MBS) Petaling, Badrul Hisham Badrudin turut menyokong sekiranya kerajaan bertindak awal menyekat penggunaan Facebook yang kini telah disalahguna untuk tujuan negatif seperti mana laman web lucah.
"Laman sosial sepatutnya diguanakan secara berhemah, bukan tempat untuk mencaci, menghasut dan menipu. Facebook ini jika tidak disekat akan membawa lebih banyak mudarat. Saya rasa tidak ada ibu bapa atau cendekiawan yang membantah sekiranya kerajaan menyekat laman sosial ini," katanya.
Sementara itu, Yang Dipertua Perkasa Selangor, Abu Bakar Yahya turut berharap KDN di bawah kepimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak bertolak-ansur dengan golongan yang dianggap ‘pelampau’ yang sanggup menghina pemimpin negara dalam laman sosial.
“Bila bagi amaran mereka umpama tak peduli maka sudah tiba masanya KDN kenakan tindakan keras supaya semua pihak dapat menghormati Perlembagaan. Tindakan tegas perlu diambil supaya keamanan negara dapat terpelihara daripada ancaman anasir-anasir seperti ini,” katanya.
Sumber: gilerhackers
9 Gamabar: Lisa Surihani Kongsi Gambar Sewaktu Kecil
9 Gamabar: Lisa Surihani Kongsi Gambar Sewaktu Kecil
Saling tak tumpah Lisa Surihani persis ibunya, Siti Amira Ahmad. Dari kecil lagi Lisa nampak ‘mesra kamera’. Ada sahaja keletahnya yang mencuit hati sesiapa yang melihat gambar Lisa sewaktu kecil.
Terdapat beberapa keping lagi gambar yang dikongsikan untuk tatapan peminat khas dari akaun instagram Lisa Surihani sendiri. Enjoice!
Istilah Makanan Yang Berkait Dengan Khinzir
Ilmu hak umat islam seluruh dunia…. tolong “SHARE” Tolong sebarkan ini kepada Saudara kita yang lainnya agar berhati hati dalam memilih makanan, Istilah Makanan Yang Berkaitan Dengan Babi..
Mungkin banyak umat Islam tidak tahu bahwa label label yang bertulis ‘This product contain substance from porcine.Sebenarnya bermaksud ‘Produk ini mengandungi bahan daripada babi. Selain itu, antara label yang kerap digunakan adalah ‘The source of gelatin capsule is porcine’ yang bermaksud ‘Kapsul dari gelatin babi.1. Pork:Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.
2. Swine:Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.
3. Hog:Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.
4. Boar:Babi liar.
5. Lard:Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.
6. Bacon:Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.
7. Ham:Daging pada bahagian paha babi.
8. Sow:Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).
9. Sow Milk:Susu babi.
10.Pig:Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.
11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.
Sebarkan kepada semua saudara-saudara kita agar lebih berhati-hati..Moga Allah S.W.T akan membalas jasa baik anda dan semoga Allah memelihara kita di dunia dan di akhirat.
Sumber: penmerah.com
Gambar Tok Guru Nik Aziz Masa Muda
Assalamualaikum semua, haa.. boleh dikatakan ramai yang kenal dengan Tok Guru Nik Aziz, seorang Ulama’ berpengaruh di Malaysia. Selain itu, Tok Guru Nik Aziz juga merupakan satu-satunya pemimpin di Malaysia yang tersenarai antara individu muslim paling berpengaruh di dunia pada tahun 2009.
Tok Guru Nik Aziz itu tersenarai di kedudukan ke 42 individu Islam paling berpengaruh di dunia menurut satu kajian yang di lakukan oleh Royal Islamic Studies Center dalam buku bertajuk“The 500 Most Influential in the world”.
Jadi hari ini, admin nak kongsikan gambar Tok Guru Nik Aziz masa muda.. haa tengok ni..
Sedih..Tuan Guru Nik Aziz menyerahkan jawatan Menteri Besar Kelantan
Tuan Guru Nik Aziz menyerahkan jawatan Menteri Besar Kelantan kepada Timbalannya, Dato Ahmad Yakcob.....
Baca Selengkapnya >>
Subscribe to:
Posts (Atom)