Showing posts with label Politik. Show all posts
Showing posts with label Politik. Show all posts

Thursday 18 April 2013

Terkini: Senarai Lengkap Calon BN Peringkat Parlimen Seluruh Negara


Untuk memudahkan semua pihak menilai dan mengetahui senarai calon kawasan masing-masing, di bawah ini disertakan senarai lengkap mereka yang bertanding bagi pihak Barisan Nasional.
Inilah pasukan transformasi di bawah Datuk Seri Najib Tun Razak.
Di bawah perubahan-perubahan mantap yang dirancang Najib, diharap mereka-mereka ini akan diberikan peluang oleh rakyat untuk membantu beliau membawa Malaysia ke tahap yang lebih baik.
L01_L02_
L03_L04_
L05_
L06_
L07_
L08_
L09_

Sumber: mynewshub
Baca Selengkapnya >>

Tuesday 16 April 2013

Ngeri!!! Lelaki Parah Ditetak Ketika Pasang Bendera Parti

Seorang lelaki parah akibat ditetak ketika sedang memasang bendera sebuah parti politik di Kemaman kelmarin.
Jurucakap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu Supt Koh Ah Tiam berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 11 malam itu dipercayai berpunca akibat perebutan kawasan untuk memasang bendera parti.
Katanya mangsa berusia 40-an bersama empat lagi rakannya sedang memasang bendera parti apabila dihampiri sekumpulan lelaki yang kemudiannya bertindak di luar kawalan dengan menetak mangsa menggunakan parang.

“Akibat tetakan itu mangsa mengelami kecederaan parah di bahagian hadapan dan belakang badan dan kini menerima rawatan di Hospital Sultan Ampuan Afzan, Kuantan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Menurutnya polis sedang memburu kumpulan suspek yang dipercayai dianggotai 10 orang berusia antara 30 hingga 40 tahun.
Tiam berkata sehingga kini sebanyak tujuh laporan polis dibuat berhubung kes pergaduhan melibatkan parti politik dan ini merupakan kes pertama yang mendatangkan kecederaan.
Beliau mengingatkan penyokong parti politik supaya jangan bertindak di luar batasan dan sebaliknya membuat laporan polis sekiranya bendera dan poster parti mereka dirosakkan.
–BERNAMA
Baca Selengkapnya >>

Monday 15 April 2013

Gambar PM mengadap paderi adalah diedit oleh seorang


Klik atas gambar untuk saiz besar

Gambar PM mengadap paderi adalah diedit oleh seorang yang tersangat tidak puas hati dengan kezaliman PM. Walaupun kezaliman yang dilakukannya terlalu besar, janganlah kita menghina beliau sehingga sanggup mengedit gambarnya sebegini rupa. Jagalah akhlak kita dalam berjuang, semoga tindakan kita yang menjaga

kemaslahatan bersama menjadikan musuh segan dan hormati kita dalam apa jua keadaan. Paling dirisaukan ialah gambar ini diedit oleh puak mereka sendiri untuk membuatkan pejuang agama percaya pada gambar ini, apabila percaya dan sebarkan, maka jatuhlah martabat kita sebagai pejuang Islam. Berhati-hatilah semua. Jangan mudah percaya perkara sebegini sebelum kita siasat betul-betul. Lawan tetap lawan. Lawan hingga ke Putrajaya! - Sumber: UiA
Baca Selengkapnya >>

Sunday 7 April 2013

Panas!!! Manifesto Barisan Nasional “Aku Janji Kepada Rakyat” – Najib Razak

PM STYLO
  • BN janji 150 komitmen baru jika diberi mandat tadbir negara selepas PRU13.
112 daripada komitmen ini telah pun dilaksanakan, selebihnya menambah kekuatan janji-janji demi memenuhi keperluan rakyat.
Manifesto ini perlu dilihat sebagai moving target & janji-janji dinamik yang akan dilaksanakan sepanjang 2013-2018.
Apa yang dibentangkan adalah sangat realistik, berlandaskan kalkulasi ekonomi yang berhati-hati dan tidak semberono.
Pendekatan manifesto yang sangat bertanggungjawab dan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. Merangkumi keperluan rakyat termasuk di Sabah, Sarawak dan kawasan pedalaman di Malaysia.
Penambahan BR1M untuk segmen masyarakat yang memerlukan pembelaan. Kejayaan BR1M 1.0, 2.0 diteruskan – menggunakan falsafah ‘perkongsian kemakmuran’ bersama rakyat.

securedownload

BR1M dinaikkan RM1200 untuk satu keluarga, RM600 untuk orang bujang. Baucer Buku 1 Malaysia dinaikkan RM300, Bantuan Persekolah dinaikkan RM150.
Pengurangan harga kereta antara 20-30% secara gradual.
Dasar 1Negara 1Harga untuk barangan keperluan asas.
Kementerian baharu dalam menangani isu-isu dalam bandar.
1,000,000 juta rumah mampu milik – termasuk 500,000 perumahan PR1MA.
Mengambil alih penyelenggaraan semua perumahan awam.
Sistem nasional untuk penjagaan kesihatan rakyat.
Membina Lebuh raya Pan Borneo.
Sasaran 3.3 juta peluang pekerjaan; 2 juta daripadanya berpendapatan tinggi.
Sekolah satu sesi diperluaskan.
Bantuan khas RM100,000 kepada sekolah yang mempunyai kelas pendidikan khas.
Transformasi sekolah vokasional.
4,000 anggota Polis setiap tahun.
Penggunaan SafeCam.
Pengecualian cukai sumbangan kepada pembangunan rumah ibadat.

Sumber: fbookirc
Baca Selengkapnya >>