Showing posts with label Jenayah. Show all posts
Showing posts with label Jenayah. Show all posts

Saturday 13 April 2013

Kejam! Kucing Dijadikan Hiasan Dalam Botol





Terdapat seorang Jepun di New York sedang menjual suatu produk baru; yg dikenali sebagai 'Kucing Bonsai'. Apa yang orang Jepun ini buat ialah memadatkan seekor anak kucing ke dalam balang atau botol yang diperbuat daripada kaca.

Kemudian, dua batang straw akan dimasukkan ke dalam balang itu melalui dua lubang kecil yg ditebuk di atas penutup balang itu. Tujuan dua straw itu ialah satu utk memberi makanan kepada anak kucing itu, dan satu lagi utk mengeluarkan najisnya.

Untuk memastikan anak kucing itu membesar dan mengikut rupa dan saiz balang atau botol itu, dia akan memberi anak kucing itu makan sejenis dadah yang akan menjadikan tulangnya lembut, supaya badannya mudah utk mengikut bentuk dalaman balang itu. Dia hanya akan berhentikan pemberian makanan dadah ini sekiranya anak kucing itu mati.
Adakah penganiayaan dan pengzaliman seperti ini dapat dihentikan? Anak kucing itu pasti tidak boleh bergerak di dalam balang itu, apatah lagi utk membersihkan badannya, dan langsung tak boleh membuat apa-apa. Kalau dia menjerit sekalipun, siapa yang akan mendengar jeritan batinnya di dalam balang itu? 
Barangan yang zalim seperti ini telah dipasarkan secara meluas di serata New York, Indonesia dan New Zealand.

Apa yang lebih menyedihkannya ialah, dia menganiaya haiwan yang tidak dapat mempertahankan diri mereka. Padahal masih banyak lagi objek lain yang boleh dikormesialkan... Bukan menzalimi benda hidup seperti anak-anak kucing itu!

Kami benar-benar mengharap penganiayaan seperti ini dapat dihentikan secepat mungkin. Jika 'kucing bonsai' seperti ini menjadi trend baru dan setiap orang ingin membelinya, tiada apa lagi yang dapat kami katakan lagi jika unsur-unsur kemanusiaan sudah hilang dalam sanubari manusia itu sendiri. 

Sumber
Baca Selengkapnya >>

Friday 12 April 2013

Kisah Sedih: gadis dibunuh sahabat sendiri….Allahyarham Juliana Md. Fuzi

allahyarham Juliana Md. Fuzi

allahyarham Juliana Md. Fuzi


pada 23 Mac 2007, Noralina Ahmad Dasuki, 25, bekas pelajar Pusat Pengurusan dan Teknologi Lanjutan di Shah Alam telah mempelawa rakan sekolah lamanya, Juliana Md. Fuzi untuk satu sesi ‘makan-makan’ setelah agak lama mereka tidak bertemu




rupa-rupanya Noralina dan teman lelakinya, Muhammad Khairul, 27, bekas pekerja sebuah stesen televisyen kabel sedang ‘merancang’ sesuatu terhadap Juliana yang juga seorang penuntut di Kolej Islam Antarabangsa
bertempat di sebuah unit Pangsapuri Sunrise, Wisma Indah, Jalan Tun Razak, mereka telah menyamun Juliana, merogol sebelum membelit dan menjerut leher mangsa sehingga arwah meninggal dunia di tempat kejadian, kejam…memang kejam!
hasil siasatan, polis akhirnya berjaya memberkas Noralina dan Muhammad Khairul tidak lama selepas itu
bicara punya bicara, pada  14 Julai 2009, kedua-duanya didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati
namun Noralina dan Muhammad Khairul tak berpuas hati dengan keputusan itu, mereka kemudiannya merayu lagi, kali ini ke Mahkamah Rayuan pula
tetapi ternyata rayuan mereka sia-sia
hari ini setelah lima tahun, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan kesalahan dan hukuman mati terhadap mereka berdua
panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad berkata, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tidak melakukan sebarang kekhilafan dalam penemuan faktanya apabila mensabitkan kesalahan mereka
katanya, Mahkamah Rayuan tidak mempunyai peluang untuk membuat penilaian tentang tingkah laku saksi seperti yang dimiliki hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah
“Kami tidak mempunyai alasan untuk mengatakan bahawa sabitan kesalahan ituadalah tidak wajar,” kata Syed Ahmad Helmy ketika menolak rayuan Noralina Ahmad Dasuki dan Muhammad Khairul Anuar Abdullah.
panel itu turut dianggotai Hakim Datuk Abdul Wahab Patail dan Hakim Datuk Mohtaruddin Baki
mengapa aku bercakap mengenai kes ini?
pertama, aku tidak faham mengapa suspek sanggup bersekongkol dengan teman lelakinya menyamun dan membunuh sahabat baiknya sendiri, walhal mangsa punyalah teruja untuk bertemu dengannya setelah lama mereka tak berjumpa….lagipun berapalah sangat yang boleh dapat kalau nak samun mangsa pun, dia bukannya anak jutawan!

pusara Allahyarham
kedua, hati aku tersentuh bila membaca tulisan seorang lagi sahabat arwah yang dikongsinya dalam bloghttp://sazwan57.blogspot.com/2009/07/alhamdulillahkes-arwah-dah-selesai.html, bacalah kalau korang nak tahu lebih lanjut
korang juga boleh baca nukilan yang ditulis oleh pensyarahnya di link ini…http://mamahayyanharraz.blogspot.com/2009/07/semoga-rohnya-tenang-di-sana.html

akhirnya keadilan berjaya ditegakkan untuk arwah
buat Nuralina dan Muhammad Khairul, benar kalian telah disabitkan kesalahan namun masih punya waktu untuk bertaubat
ingatlah, tiada siapa yang bebas dari melakukan kesilapan dan kekhilafan, sesat jalan, pulanglah semula ke pangkalnya
sesungguhnya apa yang terjadi kepada Juliana waima Nuralina dan Muhammad Khairul sekalipun, mempunyai pengajaran tersendiri buat kita semua
Al-Fatihah untuk Allahyarham Juliana Md. Fuzi.
- See more at: http://infogempaq.blogspot.com/2013/02/kisah-sedih-gadis-dibunuh-sahabat.html#sthash.ntwH6xKt.dpuf
Baca Selengkapnya >>

Jenayah KEJAM !!! Pembunuhan 11 jemaah ketika Solat Isyak

KEJAM DAN BIADAP!!
KEJAM DAN BIADAP!!

 SUNGAI GOLOK (Selatan Thai) 9 Jun – Kejam dan tidak berperikemanusiaan!

Mungkin itu yang dapat digambarkan tentang pembunuhan 11 jemaah ketika solat isyak di Masjid Al-Furqan di Kampung Air Tempayan, 50 kilometer dari bandar ini kira-kira pukul 8.50 malam tadi (waktu Malaysia).
Setelah melepaskan tembakan dari dua pintu masuk masjid, enam penyerang itu dikatakan masih tidak berpuas hati dan masuk ke dalam masjid sebelum melepaskan beberapa das lagi tembakan bagi memastikan jemaah terbabit benar-benar mati.
Tragedi terbaru yang menjadikan masjid sebagai sasaran, berlaku pada hari yang sama Perdana Menteri Thailand, Abhisit Vejjajiva melawat Malaysia dan memperbaharui komitmen untuk mengakhiri konflik yang berlarutan di wilayah bergolak itu.
Kejadian itu menambahkan jumlah korban yang kini mencecah lebih 3,700 orang dan masyarakat Islam di wilayah itu bimbang kejadian lebih buruk akan menyusul semula dan ramai yang percaya kejadian terbaru didalangi pihak berkuasa.
Bagaimanapun sehingga kini masih belum dapat dipastikan motif sebenar pembunuhan kejam itu tetapi ada yang berpendapat berpunca daripada dendam dan pihak tentera Thai menafikan sebarang pembabitan anggota mereka.
Seorang saksi, Hassan Deraman, 17, berkata, kejadian berlaku amat pantas kira-kira lima minit di mana empat lelaki dikatakan menyerbu masuk ke dalam masjid dari arah pintu belakang manakala dua lagi dari arah tepi.
Katanya, kesemua mereka bersenjatakan rifel M-16 dan pump gun serta memakai seragam hitam serta bertopeng.
‘‘Ketika kejadian berlaku saya bersama tiga lagi rakan berada dalam wakaf kira-kira 15 meter dari pintu masuk utama masjid ini, Tiba-tiba kami mendengar bunyi tembakan yang kuat bertalu-talu.
‘‘Kami bersembunyi dan bergerak ke tempat kejadian dengan perlahan-lahan dalam gelap untuk melihat apa yang berlaku dengan lebih jelas.
‘‘Saya kemudian melihat mereka memasuki masjid ini dan melepaskan tembakan ke arah kepala serta badan jemaah yang terbaring dalam ruang solat, tembakan itu dilepaskan bagi memastikan kesemua jemaah ini benar-benar mati,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di tempat kejadian.
Hassan berkata, penyerang dipercayai memasuki kawasan masjid melalui hutan dan kawasan ladang getah di bahagian belakang bagi memastikan kehadiran mereka tidak disedari.
Katanya, pembunuh kejam itu tidak memasuki masjid melalui pintu utama kerana ia diterangi dengan cahaya lampu.
‘‘Selepas bunyi tembakan hilang, beberapa orang kampung datang dan saya bersama mereka memasuki masjid melihat mayat bergelimpangan dipenuhi dengan darah.
‘‘Ketika itu, hanya dua jemaah terselamat tanpa sebarang kesan tembakan. Salah seorang daripada mereka adalah ‘tok siak’ masjid, bagaimanapun akibat terkejut dengan serangan tersebut dia pengsan kerana serangan jantung.
‘‘Seorang lagi yang terselamat adalah ahli kumpulan ‘tabligh’ yang datang berdakwah di sini, dia terselamat kerana ketika itu sedang sujud dan setelah mendengar bunyi tembakan dia meniarap dan berpura-pura mati,” katanya.
Serangan tersebut turut menyebabkan imam masjid, Wan Nasir Wan Abdullah, 62, terkorban manakala 12 parah dan dua terselamat.
Kesemua jenazah dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira pukul 11 pagi ini dan tinjauanUtusan Malaysia mendapati perkarangan masjid itu dipenuhi oleh kaum masyarakat Melayu Islam dari tiga daerah yang bergolak itu.
Malah ketika itu, ruang solat masjid berkenaan masih dipenuhi darah dan ia dibersihkan sepenuhnya oleh anggota tentera kira-kira pukul 5 petang ini.
Tinjauan juga mendapati dinding dalam masjid tersebut turut dipenuhi kesan tembakan dan kawalan keselamatan di kampung berkenaan ditingkatkan.
AR-RIJAL: diambil dari berita utusan online.Kita mungkin rasa bersyukur negara kita aman.tapi kita juga perlu ada rasa marah yang amat sangat.benar,buat masa sekarang memang seperti nampak x ada apa boleh kita buat dan bantu.tapi pastikan semangat yang ada tak mati.janganlah bila tengok berita ini hanya sekadar :”erm.ok.ada orang kena tembak.so?”.
sekurang nya,mungkin mereka yang disana mendapat shahid..kita???
Baca Selengkapnya >>

Gambar Pelajar Buli Ketua Tingkatan Di Gari Polis




Gambar Pelajar Buli Ketua Tingkatan Di Gari Polis : Inilah gambar gangster sekolah SMK Hussien Onn Pulau Pinang yang telah ditangkap polis. Kalau anda melihat balik video ketua tingkatan dibelasah oleh pelajar ini, anda pasti perasan suspek yang memulakan pergaduhan itu adalah yang berbaju merah.

 Gambar Pelajar Buli Ketua Tingkatan Di Gari Polis
Pergaduhan bermula apabila kumpulan ini tidak puas hati akibat tindakan ketua kelas melaporkan kumpulan pelajar ini membawa telefon bimbit ke sekolah.
Rakaman yang tersiar di youtube menyebabkan tindakan kumpulan samseng ini dikutuk kerana dianggap tidak berperikemanusian.
Sumber
Baca Selengkapnya >>

VIDEO: Gambar Eksklusif ATM Di Lahad Datu

VIDEO: Gambar Eksklusif ATM Di Lahad Datu


Berikut merupakan gambar-gambar eksklusif yang diperoleh Mynewshub.my berkaitan dengan operasi ketenteraan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Lahad Datu baru-baru ini.
Ada di antara gambar yang disiarkan ini tidak pernah dikeluarkan di mana-mana akhbar dan media sosial.

Melalui gambar berikut, kita boleh lihat kesungguhan mereka membebaskan negara tercinta ini daripada ancaman pengganas militan Sulu dari Selatan Filipina.
Semoga Allah saja yang membalas setiap titisan keringat dan darah yang mengalir di tubuh para pejuang tanah air tersebut.
SALUT!
Sumber: mynewshub
Baca Selengkapnya >>

Cikgu Perempuan Jadi Mangsa 2 Pelajar Nakal

Gambar Hiasan

Kuala Lumpur: Mereka bukan saja memberi amaran kepada ustazah yang mengajar di sekolah supaya jangan campur tangan, malah turut mengugut mahu membunuh wanita berkenaan selepas ditegur kerana melakar tatu di tangan, selain membuat bising di dalam kelas.


Itulah sikap samseng dan kurang ajar dua pelajar lelaki tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di ibu kota, sekali gus menyebabkan pihak pengurusan sekolah terpaksa membuat laporan polis ke atas mereka, kelmarin. Sumber polis berkata, dalam kejadian jam 12 tengah hari, ustazah berusia 28 tahun itu pada mulanya menegur kedua-dua pelajar terbabit kerana membuat bising dan mengganggu pembelajaran.
“Teguran ustazah itu mengundang rasa marah dua pelajar terbabit sebelum seorang daripada mereka memarahinya. Berikutan itu, ustazah berkenaan menghampiri seorang daripada pelajar itu sebelum terkejut apabila mendapati ada tatu pada tangannya.

“Ustazah itu memeriksa tangan seorang lagi pelajar dan mendapati dia juga menemui tatu sama di tangan,” katanya.

Menurutnya, ustazah terbabit menegur kedua-dua pelajar berusia 14 tahun itu dengan memberitahu perbuatan mereka salah mengikut ajaran Islam serta peraturan sekolah.

Teguran ustazah itu menyebabkan pelajar terbabit bertambah berang lalu memarahinya serta memberi amaran supaya jangan masuk campur urusan mereka.

“Malah, seorang daripada pelajar terbabit turut mengugut mahu membunuh wanita itu sekiranya terus campur tangan dalam urusan mereka,” katanya.

Menurutnya, menyedari kedua-dua pelajarnya itu sukar dikawal, ustazah terbabit kemudian menghubungi guru disiplin bagi mendapatkan bantuan.

Sumber itu berkata, kedua-dua suspek dibawa ke pejabat sekolah sebelum ustazah terbabit membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan, di sini.

“Dalam laporannya, pengadu mendakwa dua pelajar berkenaan menganggotai kumpulan samseng di luar sekolah dan siasatan awal polis juga mendapati seorang daripada mereka pernah disiasat kerana melakukan kesalahan jenayah,” katanya.


Sumber: jarinetwork
Baca Selengkapnya >>

Wednesday 10 April 2013

Polis Cekup Pasangan Kekasih Pecah Rumah


Pasangan Kekasih
SUBANG JAYA – Dipercayai kerana terlalu mencintai teman lelakinya, seorang wanita sanggup melakukan kegiatan pecah rumah bersama kekasihnya itu di SS15, di sini, petang kelmarin.
Tindak-tanduk mencurigakan pasangan kekasih itu bagaimanapun berjaya dihidu pemilik rumah yang kemudian menghubungi polis.

Bertindak atas aduan, anggota yang melakukan rondaan segera ke rumah berkenaan, kira-kira jam 5 petang.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Yahaya Ramli berkata, seorang pemilik 55 tahun memaklumkan rumah yang disewakan kepada pelajar kolej swasta cuba dimasuki orang tidak dikenali.
“Sebaik tiba di lokasi, anggota mendapati seorang lelaki atas sebuah motosikal manakala seorang wanita dipercayai kekasihnya ada dalam kawasan pekarangan rumah menyembunyikan beg sandang apabila ternampak anggota polis.
“Setelah melakukan pemeriksaan, anggota menemui beberapa peralatan disyaki untuk melakukan pecah rumah termasuk pemutar skru, spanar boleh laras, pisau pelbagai guna dan serangkai anak kunci dalam beg dibawa suspek,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, sebatang besi menyerupai joran turut ditemui bersama suspek.
“Hasil semakan ke atas motosikal dinaiki pula mendapati ia bersabit kes kehilangan yang dilaporkan di Kelana Jaya.
“Pasangan kekasih berusia 30 dan 33 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan,” katanya. - Sinar Harian Online
Baca Selengkapnya >>

Tuesday 9 April 2013

Gempar! Tukang Gantung Saddam Mati Dibunuh

Iraq – Salah seorang daripada lelaki yang terlibat menjalankan hukuman gantung ke atas bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein ditemui mati dibunuh.

Parti Baath dalam satu kenyataan memaklumkan, mangsa adalah Mohammed Nassif al-Maliki, dan pernah muncul dalam video rakaman hukuman gantung berkenaan.

Dalam video berkenaan, Mohammed merupakan lelaki bertopeng dan berada di sebelah tepi Saddam.

Kerajaan Iraq bagaimanapun tidak mengulas mengenai laporan kematian Mohammed itu.

Sebelum pencerobohan Amerika Syarikat di Iraq lalu, Mohammed bekerja menjual sayur-sayuran di wilayah Karbala.

Selepas kematian Saddam, dia menjadi pengawal peribadi Perdana Menteri Iraq, Nuri al-Maliki dan dianugerahkan pangkat Kapten selepas terlibat dalam melaksanakan hukuman gantung itu.
Baca Selengkapnya >>

AWAS !!! KEDAI JUAL KERETA PENIPU!!!!!


KEDAI JUAL KERETA PENIPU!!!!!
WNC MOTOR SDN BHD
LOT 28A-LOT 6015 MUKIM BATU
JALAN IPOH,
SELAYANG BARU..

MINTA TOLONG KAWAN SHARE..JANGAN ADA YG TERKENA TIPU LG LEPAS NI...SAYA DAH BUAT REPORT HARI NI,,DAN AKAN AMBIL TINDAKAN MAHKAMAH TERHADAP TOKEY KEDAI NI....


ALKISAHNYE...
PADA HUJUNG BULAN 3/13 SAYA TELAH PG KE KEDAI NI NAK BELI VAN VENETTE..SETELAH LIHAT VAN CANTIK TIP TOP SAYA SETUJU UNTUK MEMBELI..
PADA 3/4/13 LOAN SAYA DAH LULUS,DAN TELAH PG KE KEDAI UNTUK AMBIL VAN TERSEBUT.DAN DAPATI PENGHAWA DINGIN XBERFUNGSI.DAN TELAH BERTANYA PADA SELSMAN.DIA KATA KOMPRESOR SAJA ROSAK BLH BAIKI..DAN MEYAKINKAN SAYA WARANTI SEMINGGU KALAU BERMASALAH BOLEH DTG KE KEDAI SEMULA..PETANG TU SAYA TELAH BAWA VAN TERSEBUT BLK DAN DLM PERJALAN BLK ENJIN PULA BERASAP.DAN TERUS KE BENGKEL UNTUK CEK.MEKANIK MEMBERITAHU 1SET SISTEM PENGHAWA DINGIN TELAH TIADA DAN DI DAPATI ADA KESAN SET PENGHAWA DINGINTERSEBUT TELAH DI BUKA.
PADA 4/4/13 SAYA MEWAKILKAN ABG SAYA UNTUK PERGI KE KEDAI TERSEBUT UNTUK BERBINCANG MASALAH VAN INI.APABILA ABG SAYA BERTANYAKAN HAL PENGHAWA DINGIN VAN.TOKEY KEDAI BAGITAU MEMANG VAN VENETTE ORIGINAL TIDAK ADA PENGHAWA DINGIN..HAL ITU ADALAH BERTENTANGAN DENGAN HAL YG DI BERITAHU SEBELUM NI..SAYA JUGA DAPATI CUKAI JALAN VAN TERSEBUT HANYA DI PERBAHARUI UNTUK TEMPOH 6 BULAN SAHAJA.APABILA DI TANYA MENGAPA TIDAK DIBAYAR SETAHUN.SEDANGKAN SAYA BAYAR RM2100 UNTUK KOS TUKAR NAMA DAN CUKAI JALAN..TOKEY TU KATA JPJ BUAT UNDANG2 BARU HANYA RENEW 6BULAN SAHAJA..DIA BUAT SAYA MACAM BODOH X PERNAH BELI KERETA...SAYA DATANG BUAT REPORT KERANA MERASAKAN TELAH TERTIPU.KERANA PIHAK MEREKA SEOLAH2 TIDAK MAHU BERTANGGUNGJAWAB...

TUJUAN SAYA MASUKKAN DI FB SUPAYA KAWAN2 LAIN TIDAK TERKENE DENGAN KEDAI INI.....SILA SHARE BERAMAI RAMAI.


sumber diambil dari : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=560577433963857&set=a.560577373963863.1073741830.100000348161354&type=1&theater
Baca Selengkapnya >>

Monday 8 April 2013

Gempar! Pemuda Ajak Polis Trafik Bergaduh!

Peristiwa ini berlaku di Raub Pahang. Kerana tidak berpuas hati akibat kenderaannya dihon, seorang pemuda yang merupakan penagih dadah bertindak kasar apabila mengajak seorang pegawai polis bergusti dan bergaduh dengannya di hadapan sebuah kedai serbaneka.


Akibat perbuatan samsengnya itu, penagih berusia lingkungan 30-an itu telah ditahan sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, IPD Raub.

Kejadian yang berlaku sewaktu jam 10 malam itu, pegawai polis berpangkat Inspektor terbabit difahamkan memperlahankan kenderaan sewaktu mencari parking di depan kedai itu.

Pada masa yang sama itu, penagih terbabit yang berada dalam kenderaannya mengundur keretanya secara mengejut, hingga mengakibatkan kenderaan itu hampir berlanggar.

Pegawai polis terbabit yang mengambil langkah berjaga-jaga membunyikan hon sebagai amaran agar berhati-hati, namun penagih itu tidak berpuas hati dengan tindakan pegawai berkenaan lalu keluar daripada kenderaannya.

Menurut Ketua Polis, Wan Samsudin Wan Osman berkata, suspek terbabit berada di bawah pengaruh alkohol dan telah mengajak pegawai polis itu bergaduh dengannya.

Bagaimanapun pegawai terbabit bertindak bijak mengawal situasi keadaan dan terus menghubungi Bilik Gerakan IPD untuk meminta bantuan sambil melengah-lengahkan suspek.

“Sejurus menerima panggilan, sepasukan anggota polis telah bergegas ke kedai serbaneka itu dan terus mengepung suspek sebelum berlaku pergelutan berikutan penagih terbabit telah bertindak agresif dalam cubaannya hendak meloloskan diri.

“Suspek terbabit berjaya ditahan beberapa minit selepas itu. Hasil pemeriksaan, polis menjumpai serbuk mencurigakan yang dipercayai dadah milik suspek. Suspek yang disahkan positif dadah telah dibawa ke Balai Polis Raub bersama dadah dan kenderaan miliknya bagi membantu siasatan lanjut,” ujar ketua polis terbabit.

Artikel Asal
Baca Selengkapnya >>

Wanita Yang Bertudung, Ingatlah Sebelum Kena!!


Dalam kerancakan masa sekarang, kita banyak mendengar perubahan dan hijrah yang dilakukan oleh seseorang demi untuk memperbaiki kehidupan kita ke arah yang lebih baik.
Rata-rata dari kita, ternyata dan pastinya akan mendapat hidayah dari Allah S.W.T untuk melakukan perubahan yang baik.



Semuanya akan berlaku sama ada dengan cepat atau lambat yang kita sendiri tidak ketahui.
Kadang-kadang, apabila melakukan hijrah diri, kita perlu untuk memahami niat dan beberapa konsep yang diajar dalam agama Islam.


Bagi yang terdetik untuk mendalami ilmu agama dan ingin meninggalkan perkara yang buruk termasuklah dari segi pemakaian baju, itu sesuatu yang patut kita syukuri.
Itu adalah kisah ingin berhijrah.

Penulis terjumpa satu blog yang boleh dikatakan memalukan dan mengaibkan diri seseorang.
Di blog http://tudung-candid.blogspot.com/, terlalu banyak gambar yang dipaparkan yang boleh mendatangkan perasaan marah dan geram.


Semuanya adalah gambar wanita yang bertudung bermacam-macam jenis dan fesyen yang digayakan mengikut perkembangan zaman sekarang ini.


Terlalu banyak entri menulis tentang wanita yang bertudung ditulis beserta lengkap dengan gambar-gambar wanita bertudung.


Tajuk-tajuknya juga terlalu ‘pedas’ dan menusuk hati kalau dibaca.
Mungkin si penulis blog itu mempunyai niat untuk menegur wanita-wanita yang bertudung zaman sekarang untuk bertudung mengikut hukum Islam.


Cuma, bagi penulis, cara dan ayat yang digunakan adalah sama sekali tidak sesuai.
Malah, gambar-gambar yang ditangkap dan dimuat naik juga adalah secara ‘candid’. Jadi, mudahlah si penulis blog untuk menulis entri yang ‘tajam’ seperti itu.


Nak-nak lagi, menulis blog dan membuat blog itu adalah terlalu bebas diamalkan pada masa ini.


Jadi, bagi wanita-wanita yang diluar sana yang memakai tudung, sama-samalah kita mengingatkan diri kita tentang hukum-hukum cara bertudung dan berpakaian.
Supaya, tidak menjadi mangsa kritik bagi sesetengah pihak.


Yang baik itu datang dari Allah S.W.T, yang buruk itu lahirnya dari diri kita sendiri.
Ingat, sebelum terkena! Wallahu’alam.






Baca Selengkapnya >>

Sunday 7 April 2013

Talqin Banduan Terakhir


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
2 tahun sebelumnya.

“Mahkamah mendapati tertuduh gagal membuktikan bahawa dirinya tidak bersalah. Dengan ini, mahkamah menjatuhkan hukuman mengikut Akta 39B Akta Dadah Merbahaya, kamu, Mohd Kamil Bin Haji Husin, dijatuhkah hukuman mati mandatori  atas kesalahan mengedar dadah,” perintah hakim. Kamil tertunduk di kandang pesalah. Haji Husin terduduk membisu. Hajah Zaharah menitiskan air mata. Aisyah terjelepuk mendengar hukuman dijatuhkan terhadap suaminya. Seorang pegawai polis memimpin Kamil keluar dari kandang pesalah.
“Tuan, bawa saya jumpa keluarga saya sekejap,” pinta Kamil lemah. Hatinya sayu bercampur pilu. Ya Allah, kuatkanlah aku, tabahkanlah hatiku menghadapi dugaanMu ini Ya Allah, sesungguhnya hambaMu ini dikhianati orang, pinta Kamil di dalam hati. Pegawai polis yang bertugas mengangguk kepala. Kamil melangkah ke arah isterinya. Haji Husin memeluknya sambil menangis.
“Sabarlah nak, dah ini suratan takdir, ayah percaya kau tak buat kerja-kerja haram ini,’ ujar Haji Husin sambil menangis. Kamil menangis di bahu ayahnya.
“Ayah, tolong jaga Aisyah ye,” pesan Kamil sambil tersedu-sedu. Haji Husin mengangguk.
“Mak, maafkan Mil ye, Mil minta halal makan minum, segala titik air susu mak yang Mil minum, ampunkan dosa Mil dari kecik sampai besar, dari hujung kaki sampai hujung rambut, mak,” pinta Kamil. Air matanya keluar tanpa henti. Hajah Zaharah memeluknya.
“Mak maafkan, mak maafkan,” balas Hajah Zaharah. Suaranya hilang entah kemana. Hati tuanya bergetar saat mendengar hukuman dijatuhkan terhadap anaknya. Satu-satu anak lelakinya yang dikandung sembilan bulan, dilahirkan penuh sakit, kini bakal menghadapi tali gantung akibat khianat orang. Hajah Zaharah melepaskan pelukannya. Kamil menghampiri isterinya yang mengandung.
“Aisyah,maafkan abang kerana gagal bersama dengan Aisyah selepas ni, maafkan abang kerana gagal menjadi suami yang baik sepanjang kita bersama,” pinta Kamil kepada isterinya. Aisyah mengangguk. Hatinya bergetar hebat.
“Aisyah juga minta maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang kita kahwin, maafkan Aisyah, abang,” Aisyah menangis. Suaranya terserak-serak. Kamil mengucup dahi isterinya, tandankucupan terakhir seorang suami terhadap isteri. Ya Allah, kuatkanlah hati aku Ya Rahman. Aisyah memejamkan matanya sambil menangis.
“Encik, jom, kenderaan dah tersedia di luar,” ujar pegawai polis. Kamil mengangguk. Digagahkan kakinya untuk bangun. Hajah Zaharah mencium pipi anaknya kali terakhir. Pegawai polis memegang tangan Kamil lalu memimpinnya. Kamil melangkah sambil memandang keluarganya. Pandangannya sayu. Itulah pandangan kali terakhirnya sebelum dia dihantar ke penjara untuk menjalani hukuman. Hajah Zaharah rebah di pangkuan suaminya. Aisyah terduduk kembali.
“Allah Ya Rahman,” lafaz Kamil. Pintu tertutup.


5 tahun sebelumnya, Kampung Setia Jaya.
                Kamil mencuci kereta tuannya. Datuk Sudin yang sedang membaca surat khabar sekadar memerhatinya. Begitulah tugasannya selain daripada menghantar tuannya kemana sahaja pergi. Itulah tugasnya sebagai pemandu Datuk Sudin sekeluarga. Siapa yang tidak kenal dengan Datuk Sudin, seorang ahli perniagaan yang berjaya. Kini sudah hampir 3 bulan Kamil bekerja dengannya.
“Kamil,” panggil Datuk Sudin. Kamil berhenti mengelap cermin kereta.
“Ya Datuk,”
“Mari makan, ini mak encik kamu siapkan makanannya,” ujar Datuk Sudin.
“Baiklah Datuk, sekejap ye sebab saya nak selesaikan kerja ni, tinggal sedikit lagi,” balas Kamil. Datuk Sudin mengangguk lalu kembali menumpukan pembacaannya. Kamil mengelap cermin kereta kembali. Setelah selesai mencuci kereta, dia mengemas kembali peralatannya. Datuk Sudin bangun dari kerusinya lalu melangkah masuk ke rumah. Kamil meletakkan barang-barangnya di dalam stor lalu melangkah ke meja makan. Kelihatan sepinggan nasi goreng bersama secawan teh tersedia untuknya. Dia menjamah hidangannya.
“Bang Kamil, nanti jam 1 tengahari, siapkan kereta, hantar Suria ke tuisyen,” ujar Julia, anak gadis Datuk Sudin. Kamil melirik ke arah jam di tangannya. Hampir pukul 1 dah ni,gumamnya. Dia mengangkat tangannya. Setelah menghabiskan makanannya, dia membawanya ke dapur lalu diletakkan di dalam sinki. Mak Tam sedang memasak di dapur menyuruhnya meninggalkan pinggan dan cawannya. Kamil mengangguk lalu beredar ke kereta.
“Cik Julia, kereta dah siap ni,” laungnya sambil membuka pintu kereta. Julia keluar bersama Shamsul.
“Mak, ayah, Julia dengan abang pergi tuisyen dulu ye,” ujarnya sambil memakai kasut. Shamsul melangkah memasuki perut kereta diikuti Julia. Kamil menutup pintu. Setelah siap, dia memandu keluar.

Azan maghrib berkumandang di udara. Aisyah yang sedang memasak segera berhenti. Suaminya, Kamil bersiap untuk ke masjid.
“Aisyah, mana kopiah abang?” tanya Kamil kepada isterinya. Aisyah segera masuk ke bilik.
“Ni ha, kan Aisyah letak kat atas meja ni, abang tak nampak ke?” tanyanya manja.Kamil tersenyum.
“Macam mana nak nampak kalau abang tak pakai spek,” balas Kamil sambil memakai kopiah di kepalanya. Aisyah membetulkan butang baju melayu suaminya.
“Aisyah tak nak pergi ke?”
“Tak kot, nak siapkan makan malam, tadi beli ayam kat kedai Pak Mat, kebetulan pula ada kalian, bolehlah nanti Aisyah masakkan ayam masak lemak cili api dengan kalian ikan masin,” ujarnya. Kamil mengangguk kepalanya. Tangannya mencapai kunci motor.
“Ok, nanti lepas ceramah nanti, abang balik rumah terus, abang pergi dulu, kunci pintu ni,” ujar Kamil sambil menuruni anak tangga. Aisyah segera menutup pintu rumah. Kamil menghidupkan motosikal YAMAHA 125z hitamnya. Seketika kemudian, dia hilang ditelan gelap.

“Habis, macam mana? Takkan you nak biarkan saham company tu lebur macam tu, rugilah kita semua,” ujar Hock Beng. Datuk Sudin berkerut.
“Habis, mau bikin macam mana? Kalau mau pinjam itu Ah Long, gua talak mau, itu gua punya adik dulu sulahkena hentam sama Ah long, masuk hospital 2 minggu,” balas Chin Meng. Mereka berbincang di pejabat. Datuk Sudin berfikir.
“Kumar, you ada cadangan tak?” soalnya. Kumar menggelengkan kepalanya.
“Entahlah Datuk, saya tak ada idealah,” balas Kumar. Datuk Sudin mendengus.
“Ke kita nak buat kerja macam 25 tahun dahulu?” lontar Hock Beng. Datuk Sudin terkejut.
“You biar betul? Nak buat kerja bengong tu lagi?” soal Datuk Sudin.
“Habis, apa lagi cara? Pinjaman bank dah kena tolak, duit pun banyak habis, nak pecat pekerja, banyak dah yang dibuang, apa lagi mau buat? Rugi bukan sikit Datuk,” lontar Kumar.
“Ya, itu banyak butut, Datuk,” sokong Chin Meng. Datuk Sudin menggelengkan kepalanya.
“Aku tak setuju, kalau you orang mau buat, you bikin sendiri, I tak nak terlibat, dan I takkan bagi family I makan benda haram,” tegas Datuk Sudin lalu berdiri. Dia melangkah keluar dari bilik mesyuarat. Hock Beng memandangnya pergi. Masing-masing membisu.
“So, you setuju ka Meng?” soalnya memecah kebisuan. Chin Meng memandangnya.
“Gua no hal,” balasnya setuju.
“Kumar?” Kumar mengangkat kepalanya.
“Duit punya pasal, apa I peduli, I ikut sahaja, asalkan I dapat duit,” balas Kumar, bersetuju. Hock Beng mengangguk kepalanya.
“Ok, ini first step,k?” mereka berbincang. Pelbagai perkara dibincang tanpa mempedulikan malam yang semakin merangkak.

Datuk Sudin melangkah ke keretanya. Kepalanya terasa penat dan panas. Dia mengeluarkan kunci keretanya dari poket kot. Dibukanya bonet kereta lalu diletakkan briefcase. Datuk Sudin menghidupkan enjin keretanya lalu memandu keluar ke jalan raya. Dia memandu menyusuri jalan yang sunyi pulang ke rumahnya. Datuk Sudin memberhentikan keretanya di persimpangan tatkala lampu isyarat berwarna merah menyala. Tiba-tiba dia teringat akan isterinya. Lantas dia mengeluarkan telefon bimbitnya lalu mendail nombor rumah. Talian berdengung lalu kedengaran suara orang memberi salam.
“Waalaikumsalam, Yanti ke?” soalnya.
“Ya tuan, mau cakap sama ibuk ya?” kedengaran suara Yanti, pembantu rumah Indonesianya.
“Ya,berikan pada ibuk,” arah Datuk Sudin. Kedengaran suara memanggil isterinya. Gagang telefon berubah tangan.
“Assalamualaikum Suria, abang ni,” ujarnya.
“Waalaikumsalam, ada apa abang?abang kat mana ni?”
“Abang on the way nak balik rumah ni, Suria dah makan ke?”
“Suria belum makan lagi, tapi along dengan adik dah makan, sekarang ni tengah buat kerja sekolah,”
“Oh, kalau macam tu, kejap lagi abang sampailah rumah, suruh anak-anak masuk tidur, dah pukul 10 malam dah ni,” ujarnya. Tangan kirinya menolak gear kereta.
“Ok, Suria tunggu abang balik,” balas isterinya lalu mematikan talian. Datuk Sudin meletakkan telefonnya di kerusi penumpang sebelahnya. Dia memandu pulang meredah kegelapan malam yang semakin merangkak tua.

“Amacam? Lu mau deal sama kitorang tak?” ujar Hock Beng. Jackie memandangnya tajam. Chin Meng menunduk ke bawah.
“Gua no hal, sebab dulu pun kita pernah deal, cuma gua mau tau berapa lu sanggup,” soal Jackie. Joe yang sedang menghisap rokok memandangnya.
“Macam biasalah, gua bagi lu market, lu bawak masuk lu punya barang,” ujar Chin Meng. Jackie menyandar di kerusi. Kamsah duduk di sisinya lalu memeluknya.
“Mau kira macam mana? Separuh-separuh ka?” soal Joe.
“Macam dulu juga Jackie,” balas Chin Meng. Hock Beng mengangguk kepalanya.
“Ok, deal,” balas Jackie setuju. Joe meneguk araknya. Hock Beng tersenyum.
“Tapi, gua mau advance dulu dari lu orang,” ujar Joe. Jackie tersenyum mendengar kata-kata anak buahnya.
“Advance?”
“Ya, RN50000,” pinta Joe. Jackie mengangguk kepala.
“RM500000 banyak tu, kalau setakat RM40000 tu boleh gua issue check sekarang,” balas Hock Beng.
“Gua mau RM50000,” keras Joe. Jackie mengangkat tangannya.
“Lu diam Joe, ni business gua dengan dia,” ujar Jackie.
“Tapi Jackie, dia demand banyak, lu pernah ka deal dengan dia?”
“Haiyaaa, sebab gua pernah deal dengan dialah, gua berani kasi,”
“Tapi….”
“Lu diam Joe, lu jangan banyak bunyi, gua sebat lu punya muka sini karang, apa lu pikir lu taiko ka? Sekarang siapa taiko? Lu ka gua?” ujar Jackie lalu berdiri. Joe menunduk ke bawah.
“Lu diam Joe, gua tak nak dengar lu bunyi, lu bunyi, Ajib, lu sebat Joe punya muka,” ujarnya lalu duduk. Ajib tersenyum lalu meneguk araknya. Joe mendengus kasar lalu beredar.
“Ok bro. RM30000, gua hantar barang masuk lu punya market,” ujar Jackie. Hock Beng mengangguk.
“Tapi, gua mau lu kasi habis satu orang, kalau dia ada, business kita boleh goyang,” arah Hock Beng. Jackie mengangguk setuju.
“Done,”
Oleh: Mohammad Omar Bin Ismail l hasnulhadiahmad.com
Artikel “Talqin Banduan Terakhir” yang tersiar di halaman hasnulhadiahmad.com para pembaca bebas menyalin dan menyebarkan artikel yang terdapat di sini, namun alamat hasnulhadiahmad.com hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan, dan hendaklah memohon keizinan terlebih dahulu.
Baca Selengkapnya >>

Sanggup Penggal Kepala Adik Untuk Tuntut Insuran

Seorang lelaki ditangkap kerana disyaki membunuh adik perempuannya dan kemudian meletakkan kepala mangsa yang telah ‘dijeruk’ di sebuah tandas awam.
Chen Chia-fu, 37, dipercayai membunuh adiknya itu kerana mahu menuntut bayaran insurans.
Laporan media tempatan merujuk kejadian itu sebagai ‘kes kepala jeruk’ kerana kepala mangsa ditemui dalam bungkusan plastik dengan disapu beberapa lapisan garam. Setakat ini, hanya kepala mangsa saja ditemui.
Wanita berusia 36 tahun itu dilapor hilang sejak Disember lalu. Polis berjaya membongkar kes berkenaan selepas menerima nota mengenai lokasi mayat mangsa. Nota itu yang didakwa mirip gaya tulisan Chen juga meminta polis mengebumikan mangsa secara sempurna.
Rakaman kamera pengawasan menunjukkan Chen membawa beberapa beg mengandungi objek yang tidak dapat dikenal pasti. Dia juga membeli sekurang-kurangnya empat polisi insurans untuk adiknya yang akan membolehkan dia memperoleh sejumlah besar wang jika wanita itu mati. Chen yang ditangkap semalam menafikan tuduhan membunuh. Bahagian lain mayat mangsa dan senjata yang digunakan untuk membunuh masih belum ditemui.
-Daily Mail
Baca Selengkapnya >>