Showing posts with label Isu Ngeri. Show all posts
Showing posts with label Isu Ngeri. Show all posts

Tuesday 16 July 2013

SERIUS! PESTA “RUNNING OF THE BULLS” DI SEPANYOL BERTUKAR MENJADI GANAS (16 GAMBAR)

serius
SERIUS! Pesta “Running of the Bulls” Di Sepanyol Bertukar Menjadi Ganas (16 GAMBAR) | Tahukah anda,pesta yang merupakan acara tahunan bagi penduduk Sepanyol yang diberi nama “Running Of The Bulls 2013″ dimana para peserta akan dikejar oleh seekor lembu yang ganas dan sedang marah.Bagaimana pun kali ini,pesta ini bertukar menjadi ganas apabila ada beberapa peserta yang menjadi mangsa.
Lagi 15 keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

serius2
serius3
serius4
serius5
serius6
serius7

Baca Selengkapnya >>

Thursday 11 July 2013

NGERI..RAYUAN MAKCIK DI BAWAH TAYAR LORI [5 FOTO]

Ngeri Rayuan Makcik Di Bawah Tayar Lori - Makcik ni dilanggar sebuah lori tangki ketika menunggang Motosikal.Dia tersepit dibawah tayar lori dan merayu diselamatkan.





Sumber
Baca Selengkapnya >>

Friday 3 May 2013

Video: Guna Playar Cabut Peluru Di Dahi


Peluru


Moscow – Seorang tentera mendapat gelaran Terminator Russia selepas imejnya memaparkan peluru di dahinya dibuang dengan playar, merebak di Internet, semalam.
Klip video mengejutkan itu bermula dengan paparan jarak dekat kepala tentera terbabit dan menampakkan peluru secara jelas terlekat di dahinya.
Seorang tentera lain kemudian membersihkan kawasan sekitar peluru itu dengan kain sebelum cuba menariknya dengan playar.
Jelas dalam keadaan terkejut, tentera terbabit tidak memberikan sebarang reaksi ketika beberapa cubaan awal membuang peluru itu gagal. Tentera itu akhirnya tersenyum apabila peluru itu dikeluarkan tidak lama kemudian.
Dipercayai dia terbabit dalam insiden tembak-menembak di antara tentera Russia dengan pejuang Chechen dan senjata yang digunakan ialah raifal AK-47.
Klip itu dipercayai dirakamkan ketika perang melanda wilayah Chechnya pada 2000 sebelum ia merebak dengan meluas minggu lalu. – Metro
Baca Selengkapnya >>

Sunday 14 April 2013

Ngeri!!! Kemalangan Dihadapan Tunang Sehingga Darah Terpercik Ke Bajunya

Assalamualaikum w.b.t dan Salam 1 Malaysia..

Kisah yang sungguh menyayat hati apabila kita membaca apabila perempuan kehilangan tunangnnya di depan mata dan malang pula menimpa gadis itu. Berikut adalah kisahnya.

Kawan aku ni seorang salesman kereta, bercinta dgn Seorang anakjutawan di Area Bukit Antarabangsa. Malangnya, percintaan ini ditolak kerana kawan aku ini seorang salesman kereta.

Satu malam, mereka bercadang utk melarikan diri. Selepas berjaya melarikan diri, bapak perempuan ini sedar akan kehilangan anak perempuan kesayangan dan telah membuat laporan polis dan juga telah membuat iklan di akhbar tempatan dgn mengatakan dia akan menerima teman lelakinya itu jika dia balik ke rumah.

Bila mendengar berita ini, perempuan itu balik ke rumahnya di bukit antarabangsa dan keluarga pihak permpuan itu pun menerima lelaki ini dengan seadanya. Enam bulan kemudian, mereka bercadang utk berkahwin dan persiapan utk majis perkahwinan itu sedang disediakan.




Gambar hiasan

Nak dijadikkan cerita, Semasa Lelaki ini pergi membeli KFC di Ampang Point, dia kena langgar kereta di hadapan perempuan tersebut dan keesokan harinya lelaki itu pun dikebumikan. Kejadian ini amatlah menyedihkan perempuan tersebut kerana tinggal beberapa hari sahaja lagi perempuan itu hendak berkahwin dengan lelaki kesayangannya.

Pada satu malam, ibu perempuan ini mendapat mimpi, seorang nenek tua meminta untuk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. Tapi, ibu perempuan tersebut tidak mengendahkannya.

Malam berikutnya, Ayah perempuan tersebut pula menerima mimpi yang sama iaitu seorang nenek tua meminta untuk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. akan tetapi, ayah perempuan tersebut jugak tidak megendahkannya.

Malam ketiga, perempuan itu pula menerima mimpi yang sama sepertiayah dan ibunya dan diceritakan mimpi tersebut kepada kedua ibu dan ayahnya. Dalam ketakutan yang amat sangat, dia pun pergi membasuh baju itu dan macam mana kuat dia basuh pun, darah tetap ada.

Malam keempat, dia mendapat mimpi yang serupa. Seorang nenek tua menyuruh dia membasuh darah itu bersih-bersih dan jika tidak, malang akan menantinya. Bila bangun, perempuan itu pun terus menyental baju tersebut sehingga kain tersebut menjadi haus, akan tetapi, darah itu tetap adaa.

Keesokan harinya, perempuan itu terkejut apabila pintu belakang rumahnya di ketuk bertalu-talu dan muncullah nenek tua tersebut dan perempuan itu pun pengsan. Setelah terbangun dari pengsan, lalu nenek tua itu pun menghulurkan benda yang berwarna biru.

Perempuan itu bertanya kepada nenek tua itu “apa ini…?”
Ini lah Sabun Basuh Dynamo, letak kan sedikit dan kotoran akan hilang…
err..yang ni adalah pakej percubaan aja, kalau nak yang besar, beli kat kedai..hehehehhhhehehehh……”


Baca Selengkapnya >>

Saturday 13 April 2013

Sadis: Gadis 90% Hangus Terbakar Kerana Selamatkan Ibunya


Seorang gadis 13 tahun bernama Yan Qianyu dari Dengzhou City China,teruk terbakar kerana ingin menyelamatkan ibunya daripada kebakaran yang berlaku di rumah mereka pada 17 Mac, 2013.Kebakaran berpunca daripada puntung rokok yang terkena pada minyak yang terdapat dalam rumah tersebut.





Baca Selengkapnya >>

Ngeri: Buluh Bendera Parti Tertusuk Sehingga Maut


ROMPIN – Belum pun sempat melelapkan mata, Nor Fatihah Abdul Khalid, 25, tergamam apabila melihat suaminya yang baru pulang berlumuran darah selepas dikatakan tertusuk buluh bendera parti politik sebaik saja tiba di rumahnya di Kampung Salang, Pulau Tioman, awal pagi, kelmarin. Dalam kejadian jam 4.30 pagi itu, mangsa, Sofian Iskandar Suharto, 27, dikatakan tertusuk buluh bendera di bahagian leher sewaktu menunggang motosikal untuk pulang ke rumah selepas memeriksa botnya di Jeti Kampung Salang.
image (8)
Bagaimanapun, Sofian Iskandar yang mengalami pendarahan teruk di bahagian leher terpaksa dikejarkan ke Hospital Mersing menaiki bot ambulans dan disahkan meninggal dunia di hospital itu pada jam 1.40 tengah hari. Nor Fatihah berkata, sebaik saja suaminya itu sampai di rumah, dia terkejut apabila pakaian Sofian berlumuran darah sambil kedua-dua tangannya menutupi leher akibat kesakitan dialami.
“Saya baru hendak tidur, kemudian dikejutkan sepupu yang memberitahu suami pulang dalam keadaan berlumuran darah dan mengerang kesakitan. Saya terus melulu ke arah suami dan membalut lehernya dengan tuala, tetapi darah masih keluar menyebabkan saya terpaksa meminta bantuan orang kampung menghantarnya ke Klinik Kesihatan Kampung Tekek,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Nor Fatihah, suaminya itu tidak banyak bercakap selain hanya mampu beristighfar dan mengucap sepanjang perjalanan menaiki bot ke klinik kesihatan itu.
“Dalam keadaan hujan, saya gagahkan diri meminta bantuan orang kampung untuk menghantar suami ke klinik kesihatan agar dia dapat dirawat segera memandangkan darah di leher mengalir semakin banyak,” katanya. Nor Fatihah berkata, bagaimanapun, suaminya diarah untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Mersing memandangkan kecederaan yang dialaminya serius.
“Hanya doa saja yang dapat saya lakukan ketika itu, selain berharap supaya suami kembali sembuh, apatah lagi melihat keadaannya yang tidak bermaya seolah-olah seperti ayam baru kena sembelih,” katanya. Bagaimanapun, katanya, dia reda apabila doktor mengesahkan suaminya tidak dapat diselamatkan selepas mengalami pendarahan yang teruk.
“Saya terima ketentuan Ilahi kerana ajalnya sudah tiba. Saya hanya mampu berdoa dan berusaha, kerana semua itu atas kehendak-Nya. Saya pun rasa pelik, kerana arwah tidak banyak bercakap dan suka menyendiri, mungkin itu tanda dia akan meninggalkan kami selama-lamanya,” katanya. Dalam pada itu, Jenazah Sofian Iskandar dituntut keluarganya untuk dibawa ke Pulau Tioman dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Salang, selepas Isyak.
Baca Selengkapnya >>