Showing posts with label Info Ilmiah. Show all posts
Showing posts with label Info Ilmiah. Show all posts

Wednesday 10 April 2013

9 Nama Anak Syaitan Beserta Tugasnya


 9 Nama Anak Syaitan Beserta Tugasnya
Kali ni aku nak berkongsi 9 Nama Anak Syaitan beserta tugasnya manalah tahu ada jugak yang belum tahu macam aku kan? Setiap pasangan yang berkahwin pastinya inginkan anak dan semestinya akan memilih nama yang sesuai tetapi minta dijauhkan dari 9 nama ni ye;
1. Zalituun
Duduk di pasar / kedai menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu (membazir)

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A’awan
Menghasut sultan / raja / pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Terlena dengan kedudukan / kekayaan sehingga terabaikan kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol dan suuka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat seperti di kelab mlm dan tempat-tempat maksiat.
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan dan dekat manusia yang suka muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam kemewahan dan darjat.

6. Masuud

Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, umpatan, kutukan dan apa sahaja perkataan yang tidak baik.
7. Daasim
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar terjadi keruntuhan rumahtangga seperti suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi.
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat serta ibadah yang lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api dan matahari.
P/s: Semoga bermanfaat kepada korang. >.<
Sumber: penmerah
Baca Selengkapnya >>

Monday 8 April 2013

Bandar purba zaman Nabi Ibrahim ditemui


BAGHDAD - Seorang ahli arkeologi Britain, Stuart Campbell menyatakan, dia dan beberapa orang rakan telah menemui bekas sebuah kompleks bangunan berhampiran bandar purba Ur di selatan Iraq yang merupakan tempat tinggal Nabi Ibrahim.
Campbell yang merupakan arkeologi dari Universiti Manchester berkata, bangunan itu dianggarkan berusia 4,000 tahun.
Kawasan berkenaan dipercayai merupakan pusat pentadbiran bandar Ur.
Campbell berkata, kompleks itu bersaiz sebesar sebuah padang bola iaitu kira-kira 80 meter setiap sisi.
DUA orang pekerja menggali di lokasi bekas sebuah kompleks pentadbiran zaman Nabi Ibrahim di Tell Khaiber pada 31 Mac lalu.- ap

Menurutnya, kompleks bersaiz besar itu merupakan sesuatu yang jarang ditemui.
Ia merupakan penggalian pertama kumpulan arkeologi dari Britain di Iraq sejak tahun 80-an.
Penggalian itu bermula pada bulan lalu apabila enam anggota pasukan Britain dan empat ahli arkeologi Iraq menggali tanah di Tell Khaiber, wilayah Thi Qar, selatan Iraq. Kawasan itu terletak 320 kilometer ke selatan Baghdad.
- AP
Baca Selengkapnya >>

Tahukah Anda Mengapa Piring Astro Mengadap Arah Kaabah (Kiblat)?



Tahukah Anda Mengapa Piring Astro Mengadap Arah Kaabah (Kiblat)? | Jelas, Kaabah bukan sekadar kiblat tetapi juga sebagai pusat tumpuan manusia dalam urusan dunia atau kehidupan. Contoh yang paling mudah sekali, tentu anda ada stesen televisyen berbayar iaitu Astro. Pastinya setiap Astro ada ‘piring para bola’ untuk menerima maklumat yang dipancarkan dari satelit. Untuk mendapatkan siaran yang jelas, piring itu akan
dihalakan ke arah Kiblat atau Kaabah. Kalau tidak percaya cuba tengok balik piring Astro di bumbung anda menghadap ke mana?
KENAPA BEGITU? Mudah saja jawapannya Mekah adalah pusat bumi. Sama ada percaya atau tidak jawapannya mudah ditemui semasa kali pertama Neil Armstrong menjejakkan kaki ke bulan pada 20 Julai 1969. Di dalam satu temu bual di stesen TV Al Majid, Arab Saudi, Dr. Abd Al-Baset Al-Sayyed dari pusat Penyelidikan Kebangsaan Mesir mengulas, angkawasan pertama itu telah membuktikan, Mekah adalah pusat bumi.
Katanya ia telah dibuktikan secara saintifik semasa Neil Armstrong di dalam perjalanan ke bulan. Ketika itu dia berjaya mengesan satu radiasi yang dipancarkan dari bumi. Radiasi itu di dalam gelombang pendek. Situasi itu sesuatu yang pelik dan mereka cuba mencari jawapan dan membuat penelitian. Akhirnya mereka berjaya mengesan bahawa radiasi itu dipancarkan dari Mekah atau secara tepatnya dari Kaabah.
“Yang paling mengejutkan radiasi itu bersifat infiniti (tidak berpenghujung). Apabila Armstrong menjejakkan kaki ke bulan, radiasi itu masih boleh dikesan. Radiasi itu mempunyai sifat yang istimewa dan paling penting ia infiniti. Saya percaya inilah yang menhubungkan Kaabah di bumi dengan Kaabah di alam akhirat.
“Bayangkan anda berada di kutub utara dan saya berada di kutub selatan,di tengah-tengah adalah zon keseimbagan magnet atau zon magnetisme sifar dan itulah Mekah. Kalau hendak dibuktikan boleh. bawa kompas ke Kaabah dan anda dapati jarum kompas itu tidak akan bergerak. Ini bermakna Kaabah adalah zon magnetisme sifar. Tarikan untuk ke dua-dua medan adalah sama kuat.
Hal sedemikian katanya, turut memberi kesan pada kesihatan dan umur seseorang. Sebab itulah orang yang tinggal di Mekah lebih sihat dan panjang umur. Tekanan graviti yang tertumpu di kawasan itu memberi kesan pada peredaran darah dan pergerakan biologi kehidupan.
“Ini telah dibuktikan bahawa ia boleh memberi kesan pada hemoglobin untuk membawa darah yang mengandungi oksigen ke seluruh tusi badan. Bermakna bila anda berada di Mekah, keupayaan darah untuk membawa oksigen ke seluruh tisu badan secara semula jadi jauh lebih baik berbanding tempat lain di dunia ini,” jelasnya
Pelbagai bukti saintifik dari kajian para saintis juga telah membuktikan bahawa Kaabah berada di “Centre of the earth”. Jika anda berkesempatan ke Mekah Al-Mukaramah cuba bawa kompas ke arah Kaabah dan lihat jarum kompas tersebut tidak akan menunjuk mana-mana arah sama Barat, Timur, Selatan atau ke mana-mana arah kerana Kaabah sememangnya berada di pusat atau ditengah-tengah bumi. Neil Amstrong juga mengesahkan fakta ini.
Maha Kaya Allah, dengan hanya melakukan Tawaf kesihatan kita akan bertambah baik. Tidak hairanlah jika ramai yang mengetahui rahsia ini sentiasa merindui untuk ke Mekah… Bagi yang bukan Islam kaji-kajilah fakta ini dan anda pasti akan mendapat kebenaran-Nya. Marilah kita belajar ilmu dan mengkaji Islam yang amat indah ini.

Baca Selengkapnya >>

Sunday 7 April 2013

Apakah Sebab Israel Mahukan Tanah Palestin Dan Masjid Al-Aqsa ???



Ratusan tahun umat Islam dan dunia ditipu dan diperdaya untuk mempercayai Kubah As-Sakhrah adalah Masjid Al Aqsa. Jutaan poster dicetak dan dihadiahkan kepada umat Islam, kebanyakkannya diberi percuma untuk digantung dan dipamerkan.



Ramai yang sanggup berbelanja membuat frame yang cantik untuk gambar Masjid Al-Marwan ini. Simbol kubah berwarna emas terpahat didalam fikiran umat Islam khususnya, dan dunia ‘amnya sebagai menggambarkan Al Aqsa.
Dunia ditipu sekian lama!
Sebenarnya Yahudi Zionis sudah lama mengidam untuk merampas Al Aqsa, dan Baitul Muqaddis. Bagi Yahudi Zionis, ini bukan isu penempatan, atau geografi, atau isu ekonomi.
Ini adalah isu agama. Mereka mempercayai dan berkeyakinan bahawa ada “utusan”, “penyelamat”, “messiah”, “saviour’ yang akan turun untuk menyelamatkan mereka.
Sebenarnya “utusan” yang mereka tunggu itu sudah pun diturunkan, iaitu Nabi Muhammad saw. Walaupun para ulama’, ahli kitab dan ‘ilmuan mereka mengakui Rasullah saw menepati semua ciri kerasulan dan kenabian yang disebut didalam kitab mereka.
Namun hanya kerana Nabi Muhammad saw bukan dari kalangan Yahudi, mereka menolak Rasulullah saw (As-Shaff: 6).
Jadi siapa “messiah” yang ditunggu oleh Yahudi Zionis ini? Apa kena mengena dengan Al Aqsa (termasuk Baitul Maqdis)?
Yahudi Zionis mempercayai bahawa dibawah tapak asal Masjidil Aqsa ujud Haykal Sulaiman, atau “kuil Sulaiman”; atau “Istana Nabi Sulaiman”. Nabi Sulaiman, dan ayahnya Nabi Daud, adalah Nabi yang menjadi pemerintah dan membentuk sebuah Kerajaan.
Sebab itu bendera Yahudi Zionis ada bintang berbucu 6, itu adalah lambang Kerajaan Nabi Daud (mengikut kepercayaan Yahudi Zionis). Mereka percaya bahawa Kerajaan rejim pemerintah “Messiah” yang ditunggu mereka ini akan memerintah daripada “haykal Sulaiman’ ini bila dia diturunkan nanti.
Dan mereka percaya “Messiah” ini akan memimpin mereka menguasai dan memerintah dunia. Sebab itu slogan mereka sekarang ialah “Israel 4 All”, “New Order”, “One World” dan lain-lain.
Sebab itu apa juga kutukan dan kritikan dunia, Yahudi Zionis tidak akan melepaskan Masjidil Aqsa, mahupun Baitul Maqdis. Jika mereka tidak menguasai Al Aqsa, bagaimana “messiah”, “penyelamat” mereka akan turun. Kerana mereka percaya tapak pemerintahan”messiah” mereka letaknya di Masjid Al Aqsa.
Sebab itulah mereka perlu perdayakan umat Islam, dan dunia, bahawa Masjid Al-Marwan dimana terletaknya “Kubah As Sakhrah” adalah Masjid Al Aqsa. Gambar kubah emas sering ditonjolkan sinonim dengan Baitul Maqdis.
Maka umat Islam, dan dunia sering menumpu kepada Kubah As Sakhrah. Malah rejim Yahudi Zionis begitu menjaga dan memastikan agar Kubah As-Sakhrah sentiasa cantik dan terpelihara.
Kerana apa? Supaya umat Islam dan dunia tidak memberi tumpuan kepada Masjid Al Aqsa yang sebenarnya. Dengan cara licik itu, rejim Yahudi Zionis ini menjalankan kegiatan merobohkan Masjid Al Aqsa yang asli, sedikit demi sedikit.
Ini semua sebagai persediaan mereka menerima kedatangan “messiah”, “penyelamat” mereka. Tapak pemerintahan “haykal Sulaiman” mesti disiapkan.
Umat Islam wajib sedar bahawa perjuangan membebaskan Masjid Al Aqsa adalah satu kewajipan tiap individu umat Islam. Rejim Yahudi Zionis akan tetap bersikap rakus dan biadap merampas Masjidil Aqsa.
Pembebasan Masjid Al Aqsa janganlah dibebankan hanya kepada umat Falastin. Ia tanggungjawab semua dan tiap seorang individu Muslim.
27 Rejab, hari dimana Rasulullah saw melalui peristiwa Isro’ wal Mi’raj, dimana Rasulullah saw diperjalankan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, yang tercatat didalam Al Quran surah Al Isra’: 1. Tarikh yang sama juga mencatat peristiwa bersejarah pembebasan Al Aqsa oleh Sultan Salahuddin.
Rasional daripada peristiwa ini ialah perjuangan Islam memerlukan keyakinan 100% kepada ALLAH swt; sebagaimana yakinnya Rasullah saw kepada ALLAH.
Doa adalah senjata orang mukmin. Setiap umat Islam marilah berdoa agar Allah SWT menurunkan azab dan bencana kepada mereka yang zalim dan engkar ini. Amin.
Allah Maha Berkuasa!!!
Dipetik dan di share dari FB Suara Anak Muda
sumber
Baca Selengkapnya >>