Sunday, 7 April 2013

Berita: Syarikat insurans tuntut RM36 juta daripada Armstrong




SEBUAH syarikat insurans dari Texas memfailkan saman menuntut AS$12 juta (RM36.2 juta) daripada pelumba dunia Lance Armstrong yang dilucutkan gelaran tahun lalu dan mengaku mengambil dadah perangsang yang dilarang, baru-baru ini.

SCA Prmotion yang memberi perlindungan insurans ke atas bayaran bonus Armstrong ketika dia memenangi gelaran Tour de France buat kali keempat, kelima dan keenam mengemukakan tuntutan itu.


Dalam petisyen 35 halaman, syarikat itu mendakwa Armstrong telah melakukan 'penipuan besar'.

Kata syarikat itu, tindakan yang bercanggah dengan perundangan memerlukan "proses kehakiman yang menyeluruh."

"Kini sudah tiba masa bagi Armstrong menghadapi kesan ke atas tindakannya," kata syarikat itu.

Pada mulanya, SCA enggan membayar wang yang meliputi bonus sebanyak AS$5 juta (RM 15 juta) bagi kemenangan Tour de France kali keenam Armstrong pada tahun 2004, kerana didapati Armstrong bukan menang secara 'bersih'.

Armstrong membawa syarikat itu bagi mendapatkan pengadilan di Dallas pada tahun 2005 dan memenangi kes tersebut kerana kontrak antara pihak telah menetapkan sejumlah wang insurans yang akan dibayar jika Armstrong menjadi 'pemenang rasmi'.

Dia telah dianugerahkan AS$2.5 juta (RM7.73 juta) sebagai kos dan ganti rugi.

Tetapi, selepas pengakuan Armstrong yang dibuat semasa temu bual dalam rancangan Oprah Winfrey bulan lepas, SCA cuba menuntut semula AS$12 juta (RM36.2 juta) termasuk kos-kos lepas pada tahun 2002 dan 2003. - SinarHarian

Artikel Terkait Lainnya :



No comments:

Post a Comment