Wednesday, 31 July 2013

VIDEO : Budak Sekolah Perempuan Tahap Gedik!!


Apa nak jadi? Kebelakangan ini, kita dapat lihat semakin banyak video yang memaparkan kelakuan tidak senonoh terutamanya remaja (Budak sekolah).
Apa yang menghairankan mereka langsung tidak merasa malu memuatnaik video rakaman mereka di laman sosial mahupun laman perkongsian video iaitu YouTube.
Yang menyedihkan lagi, remaja atau budak sekolah ini tidak memikirkan perasaan orang tua mereka sebelum memuatnaik rakaman video  seperti di bawah ini.
Takkan semuanya nak disalahkan mak bapa. Atau juga pihak cikgu dalam kes ini?

Jom Layan Video Di Bawah Ini.....
 
Amacam? Gedik Tak?
Baca Selengkapnya >>

Kisah Benar Pramugari Ditiduri Oleh Hantu Raya?


Kisah Benar Pramugari Ditiduri Oleh Hantu Raya, Kisah Nyata, Kisah Benar Misteri Hantu Raya, Kisah Seram, Punca Diganggu Makhluk Halus, Kena Rasuk Hantu

 Digg1  3  1  129

Kisah Benar Pramugari Ditiduri Oleh Hantu Raya?

CUACA pada malam itu agak dingin. Semua penghuni rumah teres dua tingkat di Nilai, Negeri Sembilan itu sudah tidur semasa Keena pulang daripada kerja.

Pada masa itu jarum jam menunjukkan pukul 11 malam. Pramugari itu terus ke bilik air untuk membersihkan tubuh setelah 13 jam mengharung penerbangan dari London ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.
Sedang dia asyik menghayati siraman air suam kuku, tiba-tiba pandangan mata Keena terarah kepada sebuah objek yang melekat pada cermin pemisah bilik airnya.

Dek terlalu letih, Keena tidak banyak berfikir. Dia menyangkakan objek itu mungkin seekor kelawar yang tersesat ke dalam kamar mandinya. Seketika kemudian objek berwarna hitam itu lenyap.

“Bila diamati betul-betul ia seolah-olah tapak tangan lembaga hitam yang diletakkan pada cermin itu,” tutur Keena, 37.

Putus tunang

Sejak setahun lalu, ibu tunggal itu sudah terbiasa dengan kejadian pelik di rumahnya. Rumah tersebut didiami Keena bersama ibu, adik dan seorang anak lelakinya.

Malah, adik perempuan Keena mendakwa pernah melihat makhluk seakan-akan beruk besar berdiri di atas bumbung rumahnya. Jelas Keena, sejak bercerai dengan suaminya enam tahun lalu, rumah itu tidak lagi tenteram seperti dahulu.

Ada sahaja gangguan misteri berlaku. Daripada bunyi bising hinggalah jelmaan makhluk hitam berbulu yang menemani tidurnya.

“Lampu terpadam tiba-tiba, bunyi orang sedang berjalan dan benda mencakar dinding sudah menjadi perkara biasa buat saya. Kadang-kadang ada bunyi guli melantun di atas siling.

“Semasa tidur pula ada makhluk berbulu hitam pekat sering menindih saya. Apabila dibacakan ayat Kursi dan dilaungkan azan ia akan hilang tetapi akan muncul semula.

kisah benar pramugari 2 Kisah Benar Pramugari Ditiduri Oleh Hantu Raya?

“Bukan itu sahaja, sejak mengalami gangguan itu, emosi saya selalu tidak stabil. Saya menjadi semakin panas baran dan mudah marah,” jelas Keena dalam nada sugul kepada Jurnal.

Dia tidak sahaja diganggu oleh bunyi-bunyi aneh dan jelmaan makhluk yang menyeramkan, bahkan kehidupan peribadi Keena turut merudum.

Setelah bercerai dengan suaminya yang merupakan seorang pramugara pada tahun 2006, Keena mengalami banyak kegagalan dalam percintaan.

“Dalam tempoh itu saya sudah bertunang sebanyak tiga kali. Apabila hampir untuk diijabkabulkan, hubungan kami terputus tanpa sebab. Saya baru sahaja putus tunang dengan seorang mualaf.

“Dia tiba-tiba tidak jadi berkahwin dengan saya walaupun hanya tinggal seminggu lagi. Saya bingung, mengapa semua ini berlaku?” kata Keena.

Menyedari keanehan itu, Keena berjumpa ramai pakar perubatan Islam untuk mendapatkan rawatan. Malangnya keanehan berlaku lagi sewaktu dia membawa seorang ustaz ke rumahnya untuk berubat. Dalam perjalanan itu, kereta mereka dihalang oleh seekor ular besar berwarna hitam.

Ular itu bagaikan hendak menghalang ustaz itu daripada tiba ke rumah Keena.

“Sewaktu menjemput seorang ustaz daripada jalan utama ke kawasan rumah saya, konvoi kami dihalang oleh ular itu.

Disetubuhi

“Ular berwarna hitam yang berdiri setinggi kereta itu berada betul-betul di tengah laluan kami sebelum ia tiba-tiba lenyap.

“Anak saya memberitahu bahawa dia seperti sedang menonton rancangan National Geographic secara langsung. Itulah pertama kali saya melihat ular yang begitu besar,” tutur Keena.

Menurut seorang pengamal perubatan Islam, Shamsuri Shafei, Keena sebenarnya menderita akibat disihir dan diganggu hantu raya.

“Makhluk berbulu yang sering dilihat Keena itu kalau di kampung dipanggil hantu raya. Ia dibela sejak zaman-berzaman dan dihantar untuk memecahbelahkan kehidupan orang lain.

“Dalam diri Keena sendiri ada makhluk halus yang bersarang. Kerana itulah emosi dia kerap terganggu kerana terdapat kesan lebam pada tubuhnya,” tutur Shamsuri.

Tambah Shamsuri, lebih teruk apabila makhluk berbulu setinggi manusia biasa itu boleh melakukan persetubuhan dengan mangsa.

“Ada mangsa gangguan hantu raya yang mengaku dia disetubuhi oleh makhluk itu. Biarpun dalam keadaan tidak sedar, tetapi ciri-ciri seperti seseorang yang selesai bersetubuh itu terdapat pada mangsa,” tambah Shamsuri.

Baru-baru ini, Shamsuri melakukan proses menghalau makhluk tersebut dan memagar rumah Keena dengan bacaan ayat-ayat rukyah.

Setiap bilik di rumah Keena dibacakan ayat-ayat suci berserta bacaan doa untuk menghalau makhluk ghaib tersebut. Sebuah bilik di bahagian belakang yang didakwa oleh Shamsuri sebagai tempat hantu raya tersebut duduk dilaungkan dengan alunan azan.

Ketika Shamsuri dan tiga orang pembantunya melaungkan azan secara serentak itu, perhatian Jurnal tertarik oleh bunyi dari sebuah almari.

Bunyi jari telunjuk yang mengetuk pintu almari itu bersahutan sebanyak empat kali sebelum ia berhenti.

Jelas Shamsuri, apabila dibacakan ayat-ayat al-Quran dan azan, makhluk halus tersebut akan berasa panas dan marah. Seterusnya akan kedengaran bunyi-bunyi seperti mencakar dinding, bunyi cawan dan harimau mengaum.

“Tanda-tanda ini akan berlaku pada waktu malam selepas ia dihalau. Ini bermakna ia tidak akan mengganggu lagi mangsanya,” kata Shamsuri.

Sumber Kosmo
Baca Selengkapnya >>

Hanya Kerana Sedekah 10 Sen. Allahu Rabbi!

 Hanya Kerana Sedekah 10 Sen. Allahu Rabbi! Tadi Dr Fuh ada terbaca satu kisah yang diceritakan oleh seorang wanita. Kisahnya ringkas tapi penuh pengajaran.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat-sahabat yang dikasihi. Tadi Dr Fuh ada terbaca satu kisah pengajaran yang diceritakan oleh seorang wanita. Kisahnya ringkas sahaja, tapi penuh pengajaran. Jom kita baca kisah hanya kerana sedekah 10 Sen.

“Adik payung ni berapa harga?” tanya ku kepada adik penjaga gerai.


“Satu RM14.90 kak” jawabnya.

“ok lah akak nak beli satu yang ini” sambil tangan ku memegang payung berwarna hijau. Lalu 2 keping note merah kuhulurkan kepadanya, dan baki RM5.10 dihulurkan kembali kepada ku,namun aku kembalikan 10sen (sekupang dalam bahasa utaranya) kepadanya.

“Ambillah dik akak sedekah sekupang ni”. Bagiku yang penting aku dapat payung untuk mengambil anakku dari kelas mengaji al-quran. kebetulan tanpa ku sangka hujan turun mencurah-curah hari itu.

Selepas mengambil anak, aku bercadang untuk ke gerai seberang jalan untuk membeli makanan tengah hari, namun dijadikan cerita gerai makanan tersebut ditutup kepada orang ramai kerana para pekerjanya sibuk menyiapkan tempahan.

Sesampai aku di hadapan gerai makanan tersebut, seorang pekerja menyapa ku, “kak kita tak buka untuk hari ini, tapi bos saya kata kalau akak nak beli jugak menu yang sama dengan tempahan ada lebihan”.

Salah seorang pekerja di situ bertanya kepadaku.

“Lauk asam pedas ikan parang, sayur kacang goreng dan sambal belacan saja menunya.” Dia memberitahu

“Hmm Bolehlah dik, bungkus dua”, kata ku.

Setelah bungkusan bertukar tangan lalu kutanyakan berapa harganya.

“Kak, bos saya kata tak payah bayar dia sedekahkan makanan ini untuk akak dan anak akak”. Terpana aku seketika, Alhamdullillah rezeki bisik hatiku.

Sepanjang perjalannan balik peristiwa itu bermain-main dibenak fikiran ku. Pelbagai persoalan yang timbul, mungkinkkah kerana sedekah sekupang ku Allah gandakan balasannya dan ia dibayar tunai. Subhanallah…Alhamdullillah… Nikmat apa yang hendak didustakan lagi?

Aku teringat pada sabda junjungan yang pernah ku baca di laman rasmi Jabatan Kemajuan Islam dulu. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda :

“Harta tidak akan berkurang dengan sedekah. Dan seorang hamba yang pemaaf pasti akan Allah tambahkan kewibawaan baginya” (Hadis Riwayat Muslim)

Sedekah ini umpama pelaburan jangka panjang (long term investment) kerana Allah telah menjanjikan Lima kebaikan di dunia dan lima kebaikan di Akhirat iaitu;

5 kebaikan di dunia

    Menyucikan harta
    Menyucikan badan
    Menolak bala dan penyakit
    Mengembirakan orang miskin dan mengembirakan orang mukmin
    Diberi keberkatan keatas hartanya dan diluaskan Allah rezekinya

Manakala 5 kebaikan di Akhirat pula ialah :

    DinaungkanAllah orang yang bersedekah di hari Qiamat ketika sangat panas
    Ringan hisabnya
    Berat timbangannya (amalan) diakhirat
    Mudah melalui titian siratal-mustaqim
    Bertambah darjatnya di dalam syurga Apa yang aku pelajari dari peristiwa ini untuk bersedekah tidak memerlukan wang atau harta yang banyak sebagaimana Sabda Rasulullah SAW :

“Bersedekahlah kamu sekalian, meskipun dengan hanya sebiji tamar, sesungguhnya sedekah itu dapat memenuhi keperluan orang yang lapar dan menghapuskan kesalahan, sebagaimana air dapat memadamkan api” (Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Paling penting hati kita mestilah melakukan dengan ikhlas kerana Allah. Peristiwa yang telah aku lalui itu betul-betul membekas dihati kerana sedekah sekupang aku dapat makanan untuk dua orang.

Sesungguhnya bersedekah itu indah, ayuh sahabat sekalian marilah kita membanyakkan sedekah kerana Allah.

sumber: iluvislam.com
Baca Selengkapnya >>

Tuesday, 30 July 2013

Kakak Sanggup Redah Api Selamatkan Adik


Kakak Sanggup Redah Api Selamatkan Adik Dalam Kebakaran Rumah Di PASIR PUTEH | Tindakan berani seorang kakak yang meredah api bagi menyelamatkan adik bongsunya yang sedang nyenyak tidur dalam kebakaran rumah di Kampung Pantai Dalam Rhu, Semerak dekat sini, petang kelmarin wajar dipuji.

Dalam kebakaran jam 3.30 petang itu, Nurul Wani Salleh, 20, nekad meredah api tanpa memikirkan risiko bahaya menanti demi kasih kepada adiknya, Mohd Idham Iskandar, 3.

Bapa mereka, Salleh Awang Hitam, 42, berkata, kejadian itu berlaku ketika lima anaknya termasuk Nurul Fatihah, 12, Mohd Asrol, 13, dan Mohd Asraf, 7, berada di dalam rumah papan tersebut.

“Saya menyedari kebakaran berlaku ketika balik ke rumah apabila melihat api marak dan membakar separuh daripada rumah saya.

“Saya bimbang keselamatan anak-anak saya, alhamdulillah semuanya selamat termasuk anak bongsu yang dikatakan sedang tidur ketika kejadian itu berlaku,” katanya.

Salleh berkata, tragedi lebih buruk pasti menimpa keluarganya sekiranya tiada siapa yang berani meredah api.

Bapa tunggal miskin tegar itu sedih apabila kesemua pakaian raya anak-anak yang dibeli hasil tabungan wang upah bekerja sebagai buruh kasar di kedai pembekal bahan binaan berdekatan rumahnya turut hangus.

Katanya, antara barang berharga lain yang turut musnah adalah dokumen penting, buku teks dan pakaian sekolah anak-anak nya.

Salleh berkata, belas ihsan jiran membolehkan dia sekeluarga berbuka puasa di rumah mereka sementara mendapat bantuan untuk membina semula rumah bagi menggantikan rumah papan yang hanya berukuran 10 meter persegi itu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Wan Baijuri Wan Hassan ketika ditemui di lokasi kejadian berkata, bomba dengan kekuatan 14 anggota dari Besut, Terengganu dan Pasir Puteh dengan dua jentera berkejar ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan.

Beliau berkata, rumah mangsa di tepi pantai dan terdedah angin kencang itu menyebabkan api marak dengan pantas.

“Kebakaran berjaya dikawal daripada merebak ke rumah berdekatan sementara punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Sementara itu, Adun Semerak, Zawawi Othman yang melawat tempat kejadian berkata, bantuan kecemasan sebanyak RM1,000 dihulurkan bagi meringankan beban mangsa, sekurang-kurangnya dapat menjalani baki ibadat puasa dengan baik.

Beliau berkata, pihaknya akan memastikan bapa tunggal miskin yang sudah didaftarkan dalam e-Kasih mendapat gantian rumah baharu dalam masa terdekat.

“Kami akan usahakan supaya keluarga ini mendapat rumah di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) bagi membolehkan mereka anak beranak berhari raya dalam keadaan yang selesa,” katanya. – Sinar Harian
Baca Selengkapnya >>

VIDEO MENARIK AIDILFITRI: BENAR-BENAR MENYENTUH HATI...

Aku tak tahu apa perasaan korang kalau tengok iklan Hari Raya ni. Tapi terus terang aku katakan, berkali-kali aku tengok iklan ni dan setiap kali tu la air mata aku mengalir bergenang di kelopak mata...
Mungkin aku agak "keras" di mata korang sebelum ni, tapi iklan ni betul-betul membuat aku tersentuh...dan ia membuktikan bahawa aku juga mempunyai jiwa yang sangat lembut... 
Korang tengoklah sendiri video ni kat bawah... memang menarik untuk aku kongsikan bersama korang...
Baca Selengkapnya >>

Parah!!! Pelakon Tertikam Tangan Sendiri

Keadaan tangan kanan Shukri yang cedera. - Foto Media Hiburan
PELAKON utama, drama Menjinak Ombak, Shukri Yahaya ditimpa kemalangan ketika menjalani penggambaran drama itu, semalam.
Shukri tertikam tangan kanannya dan mengakui ia berlaku atas kesilapannya sendiri.
Dipetik dari portal Media Hiburan, Shukri menceritakan serba sedikit kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 petang itu.
"Ini bukan salah sesiapa tetapi kesilapan saya sendiri apabila pisau yang saya pegang tertikam tangan sendiri. Sepatutnya tikaman itu dibahagian tepi tetapi ia terkena di bahagian pergelangan tangan kanan saya.
"Saya sendiri terkejut kerana tidak sangka ia tersalah tikam. Mujur Abang Along (Along Kamaluddin) selaku pengarah dengan segera mengambil baju dan mengikatnya tangan saya," katanya.
Shukri terus dibawa ke Hospital Selayang untuk mendapatkan rawatan.
Bagi mengelakkan sebarang jangkitan kuman pada luka tersebut, Shukri akan menjalani pembedahan pada jam 3 pagi ini.
Menurut nya lagi, selepas pembedahan dia diminta berehat selama tiga hari di hospital sebelum menjalani rawatan susulan.
Selain Shukri, pelakon lain yang terlibat di dalam drama ini ialah Talha Harith dan Alex Yanz.
 
Baca Selengkapnya >>

Seks Dalam Kereta Peronda - CIF Inspektor Di Penjara 14 Tahun, 10 Sebatan



KOTA BHARU 28 Julai - Seorang pegawai polis berpangkat Cif Inspektor dijatuhi hukuman penjara 14 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua tuduhan iaitu melakukan seks luar tabii ke atas seorang remaja perempuan berusia 15 tahun dengan menyuruh mangsa melakukan oral seks dan mencabul kehormatan mangsa di dalam kereta peronda polis, empat tahun lalu.
Hakim Azman Mustapha menjatuhkan hukuman tersebut setelah tertuduh, Ishak Mahmud, 49, didapati bersalah atas kedua-dua pertuduhan.
“Saya mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan, dengan itu, tertuduh didapati bersalah untuk kedua-dua pertuduhan," kata Azman.
Bagi pertuduhan pertama, Ishak didakwa melakukan seks luar tabii dengan menyuruh remaja perempuan berusia 15 tahun 4 bulan itu melakukan seks oral tanpa kerelaannya di dalam kereta peronda polis jenis Proton Perdana di kawasan Kampung Air Terjun Bentagor, Pasir Puteh pada pukul 2 pagi, 2 Oktober 2009.
Bapa empat orang anak itu didakwa mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara antara lima tahun hingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan kekerasan jenayah untuk mencabul mangsa pada waktu dan tempat yang sama.
Dakwaan dibuat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau mana-mana dua seksaan itu jika disabitkan.
Azman mengarahkan tertuduh dihukum penjara 14 tahun dan lima sebatan bagi pertuduhan pertama serta enam tahun penjara dan lima sebatan bagi pertuduhan kedua manakala hukuman pemenjaraan diarahkan berjalan serentak menjadikan tertuduh hanya perlu menjalani hukuman penjara selama 14 tahun.
Pendakwaan semalam dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Intan Nor Hilwani Mat Rifin manakala tertuduh diwakili peguam, Datuk Sukri Mohamed. 
SHAK diiring keluar dari Mahkamah Sesyen semalam. 
Sukri sebelum hukuman dijatuhkan memberitahu mahkamah bahawa tertuduh sudah berkahwin dan mempunyai anak antara umur lapan tahun hingga 23 tahun yang mana kesemuanya masih belajar manakala isterinya seorang suri rumah.
“Akibat sabitan ini tertuduh akan kehilangan pekerjaan dan tentunya hukuman ini satu yang perit bagi tertuduh dan masa depan dia serta keluarga," katanya.
Intan Nor Hilwani meminta supaya hukuman berat dikenakan kepada tertuduh kerana kedua-dua kesalahan itu adalah serius.
“Tertuduh juga merupakan seorang polis yang mana sepatutnya menjadi pelindung masyarakat tapi dia sebaliknya dalam kes ini," katanya.
Azman bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman setelah pihak pembelaan memohon sedemikian untuk membuat rayuan di Mahkamah Tinggi

Sumber
Baca Selengkapnya >>