Tuesday, 30 July 2013

KISAH BENAR- BERLAKU DI GOMBAK, MAYAT TIDAK DITERIMA BUMI


Gambar Hiasan
Surau saya pernah menjemput Al-Fadhil Ustaz Abu bakar Abdul Aziz untuk menyampaikan ceramah Maulidur Rasul. Saya berkesempatan untuk berborak dengan beliau ketika kami sama-sama makan setelah selesai ceramah. Antara topik yang dibincangkan ialah pengalaman beliau ketika menguruskan jenazah.
Di bawah ini saya perturunkan kisah beliau untuk renungan bersama.
Pengalaman seorang Jurumandi Mayat Daerah Gombak, Selangor.
Kisah benar ini diceritakan oleh Ustaz Abu Bakar Abdul Aziz.Ia berlaku di kawasan daerah Gombak di mana jurumandi memandikan jenazah yang agak kaya orangnya dan berpengaruh. Begini ceritanya :-
Saya telah terlibat dalam pengurusan jenazah lebih daripada 20 tahun. Pelbagai pengalaman telah saya lalui kerana dalam tempoh itu bermacam-macam jenis mayat yang telah saya uruskan. Ada yang meninggal dunia akibat kemalangan, sakit tua, sakit jantung, bunuh diri dan sebagainya.
Bagaimanapun, pengalaman menguruskan satu jenazah di sebuah tempat di sempadan Selangor dan Wilayah Persekutuan beberapa tahun yang lalu, telah mendedahkan saya kepada satu kes yang cukup ‘istimewa’ sepanjang pengalaman saya menguruskan jenazah. Inilah kali pertama saya bertemu dengan satu jenazah yang cukup aneh, menyedihkan, menakutkan dan sekali gus menberikan banyak iktibar.
Peristiwa tersebut berlaku dua hari lagi sebelum pilihanraya di Serkam, Melaka. Nama tempat dan nama orang yang meninggal itu tidaklah dapat saya nyatakan di sini. Ia terjadi secara kebetulan ketika saya diminta oleh anak Allahyarham menguruskan jenazah bapanya.
Pada hari itu, saya pergi ke rumah seorang sahabat untuk mengubatkan mata ibunya bagi kali yang terakhir. Niat saya ialah supaya mata ibu tadi sembuh dan boleh membaca Al-Quran. Tetapi apabila saya hendak pulang, anak Allahyarham datang menemui sahabat saya tadi dan bertanya sama ada saya mengurus jenazah atau tidak.
Kawan saya kata, “Cubalah tanya dia sendiri.” Kawan saya ada memberitahu saya dua bulan yang lepas bahawa saya sahaja yang mengadakan kursus dalam hal menguruskan jenazah. Anak Allahyarham menemui saya. Saya beritahu dia bahawa jenazah tidak elok dibiarkan lama-lama.
Saya terus pergi ke rumahnya. Tapi bila saya hampir sampai ke rumah Allahyarham, saya bau jenazah itu sangat busuk. Baunya cukup pelik dan busuk. Saya telah menguruskan banyak jenazah tetapi tidak pernah saya bertemu dengan mayat yang sebusuk ini.Bila saya tengok wajah Allahyarham, sekali lagi hati saya tersentuh. Saya tengok wajahnya seperti sedang dirundung oleh bermacam-macam perasaaan…takut, cemas, kesal dan bermacam-macam lagi. Wajahnya seperti tidak mendapat nur daripada Allah SWT.
Kemudian saya pun ambil kain kafan yang dibeli oleh anak Allahyarham dan saya potong-potongkan. Secara kebetulan pula, di situ ada dua orang yang mengikuti kursus pengurusan jenazah yang pernah saya jalankan. Saya ajak mereka membantu saya dan mereka bersetuju.
Tetapi semasa memandikan mayat itu, peristiwa pertama berlaku. Untuk makluman pembaca, apabila memandikan jenazah, badan mayat itu perlu dibangunkan sedikit dan perutnya hendaklah diurut urut untuk membolehkan najis keluar. Maka saya pun urut urutkan perut Allahyarham.
Tapi apa yang berlaku pada hari itu amatlah mengejutkan. Allah itu Maha Berkuasa kerana pada hari tersebut, najis tidak keluar daripada dubur mayat tadi tetapi melalui mulutnya. “Lain macam saja ni”, fikir saya. Lalu saya ubah sedikit teknik dan posisi mayat itu dan saya urut-urutkan lagi perutnya.
Tapi najis itu tetap keluar dari mulutnya. Hati saya berdebar-debar. Apa yang sedang berlaku di depan saya ini? Telah dua kali mulut mayat ini memuntahkan najis. Saya harap ia tidak akan berulang lagi kerana saya mahu mengurut perutnya bagi kali yang terakhir. Tiba-tiba ketentuan Allah berlaku. Bila saya urut perutnya, keluarlah daripada mulut mayat itu najis bersama beberapa ekor ulat yang masih hidup. Ulat itu adalah seperti ulat najis. Warnanya putih. Dari mana datangnya ulat itu, jangan tanya saya.
Allahyarham meninggal dunia akibat diserang sakit jantung dan waktu kematiannya dengan waktu saya menguruskan mayatnya cuma lima jam setengah sahaja jaraknya. Aneh, bagaimana dalam tempoh yang sebegitu singkat mayatnya boleh menjadi sedemikian rupa? Saya lihat wajah anak Allahyarham. Mereka seperti terkejut. Mungkin malu, terperanjat dan aib dengan apa yang berlaku pada bapa mereka.
Saya tengok dua orang pembantu tadi, mereka juga terkejutdan panik. Lalu saya bacakan doa untuk mengelakkan badi mayat dan sapukan ke muka mereka. Saya kata kepada mereka, “Inilah ujian Allah kepada kita”. Kemudian saya minta salah seorang daripada pembantu tadi memanggil kesemua anak Allahyarham.
Allahyarham pada dasarnya seorang yang beruntung kerana mempunyai tujuh orang anak, dan semuanya lelaki. Seorang berada di luar negeri dan enam lagi berada di sini. Bila semua anak Allahyarham masuk, saya marahi mereka. Saya mengingatkan mereka bahawa tanggungjawab saya hanyalah membantu menguruskan jenazah bapa mereka, bukan menguruskan sepenuhnya tanggungjawab tersebut.
Sepatutnya sebagai anak, merekalah yang lebih afdal menguruskan jenazah bapa mereka itu, bukannya tok imam, tok bilal, tok siak. Saya kata, mungkin satu masa dahulu ibu mereka sibuk maka Allahyarham pernah memandikan mereka. Itulah jasa dan pengorbanan seorang bapa.
Tetapi saya kesal kerana dalam saat-saat begini anak-anak Allahyarham tidak langsung hendak membalas jasa bapa mereka itu.
Saya kemudiannya meminta izin serta bantuan mereka untuk menonggengkan mayat itu. Takdir Allah, apabila ditonggengkan sahaja mayat tersebut, tiba-tiba keluarlah ulat-ulat yang masih hidup. Hampir sebesen banyaknya.
Besen itu boleh dianggarkan besar sedikit daripada penutup bilah kipas meja. Subhanallah….suasana menjadi semakin panik. Saya terus bertenang dan berharap tidak berlaku lagi kejadian-kejadian yang lebih ganjil. Selepas itu saya mandikan semula mayat tersebut dan saya ambilkan wuduk.
Saya minta anak-anaknya mengambil kain kafan. Saya bawa mayat tersebut ke dalam biliknya dan tidak diizinkan seorang pun melihat upacara itu kecuali waris yang terdekat, sebab saya takut perkara-perkara yang lebih aib akan berlaku.
Takdir Allah jua yang menentukan. Apabila mayat ini diletakkan di atas kain kafan, saya dapati kain kafan itu cukup-cukup memarasi hujung kepala dan kakinya, tidak ada lebih. Maka saya tak boleh nak ikat kepala dan kakinya. Tidak keterlaluan kalau saya katakan bahawa kain kafan itu seperti tidak mahu menerima mayat tadi.
Tidak apalah, mungkin saya yang silap semasa memotongnya. Lalu saya ambil baki kain, saya potongkan dan tampungkan di tempat-tempat yang kurang. Memang kain kafan jenazah itu jadi tidak berapa elok, tetapi apa nak buat Itu sahaja yang boleh saya lakukan.
Pada masa yang sama saya berdoa kepada Allah, “Ya Allah, jangan Kau hinakan jenazah ini ya Allah, cukuplah sekadar peringatan kepada hambamu ini”. Selepas itu saya berikan taklimat tentang sembayang jenazah. Tiga kali taklimat diberikan. Yang hadir cuma 13 orang saja.
Invalid Domain Name
Selepas menyembahyangkan jenazah tadi, satu lagi masalah timbul. Jenazah itu tidak dapat dihantarkan ke tanah perkuburan kerana tidak ada kereta jenazah. Saya hubungi JAWI, JAIS, Pusat Islam, DBKL, Polis dan sebagainya, tetapi yang peliknya, mereka juga tidak mempunyai kereta jenazah kerana kereta yang ada sedang digunakan.
Dalam keadaan itu, seorang hamba Allah muncul menawarkan bantuan. Lelaki itu meminta saya menunggu sebentar untuk membolehkan dia mengeluarkan van dari garaj rumahnya. Kemudian muncullah sebuah van. Tapi ketika dia sedang mencari tempat untuk meletakkan vannya itu di kawasan rumah Allahyarham, tiba-tiba isterinya keluar.
Dengan suara yang tegas dia berkata di khalayak ramai, “Abang, saya tak benarkan kereta saya ini digunakan untuk mengangkat jenazah itu sebab semasa hayatnya dia tidak pernah benarkan kita naik keretanya”. Renungkanlah, kalau tidak ada apa-apa sebab, tidak mungkin seorang wanita yang lembut hatinya akan berkata demikian.
Jadi saya suruh tuan punya van itu membawa vannya balik. Selepas itu muncul pula seorang lelaki menawarkan bantuannya. Lelaki itu mendakwa dia adalah anak murid saya. Dia meminta izin daripada saya dalam 10-15 minit untuk membersihkan keretanya itu. Dalam jangka waktu yang ditetapkan itu, muncul kereta tersebut. Tetapi dalam keadaan yang basah kuyup.
Kereta yang dimaksudkan itu sebenarnya adalah sebuah lori, dan lori itu digunakan oleh lelaki tadi untuk menjual ayam. Renungkanlah, pernahkan kita melihat satu jenazah dibawa ke kubur dengan lori ayam? Dalam perjalanan menuju ke kawasan perkuburan, saya berpesan kepada dua pembantu tadi supaya ahli masyarakat tidak payah membantu kami menguburkan jenazah tadi.
Saya suruh mereka pergi kubur saudara mara dan sahabat mereka, itu lebih baik. Saya tidak mahu mereka melihat apa-apa lagi peristiwa ganjil. Rupanya apa yang saya takutkan itu berlaku sekali lagi – takdir Allah yang terakhir amat memilukan. Bila sampai sahaja jenazah tersebut ke kuburnya, saya perintahkan tiga orang anaknya turun ke dalam liang lahad dan tiga lagi turunkan jenazah.
Takdir Allah, apabila jasad jenazah itu mencecah sahaja ke bumi, tiba tiba air hitam yang busuk baunya keluar dari celah-celah bumi yang pada asalnya kering. Hari itu tidak hujan, tetapi dari mana datangnya air itu? Sukar untuk saya menjawabnya.
Lalu saya arahkan anak Allahyarham supaya sendaikan jenazah bapa mereka dengan kemas. Saya takut nanti ia akan terlangkup….na’uzubillah. Kalau mayat terlangkup, tidak ada harapan untuk mendapat syafaat Nabi saw.
Papan keranda diturunkan dan kami segera kambus kubur tersebut. Selepas itu kami injak-injakkan tanah supaya mampat dan bila hujan ia tidak mendap. Tapi sungguh menyayukan, saya perhatikan tanah yang diinjak itu menjadi becak. Saya tahu, jenazah berkenaan ditenggelamkan oleh air hitam yang busuk itu. Melihatkan keadaan tersebut, saya arahkan anak-anak Allahyarham supaya berhenti menginjakkan tanah itu. Tinggalkan dalam suku meter, timbus dan bataskan.
Ertinya kubur itu tidak dikambus hingga ke permukaan lubangnya, tetapi ia seperti kubur berlubang. Tidak cukup dengan itu, apabila saya hendak membacakan talkin, saya tengok tanah yang diinjak itu ada kesan serapan air. Masya-Allah, dalam sejarah hidup saya, inilah julung-julung kalinya peristiwa seperti itu terjadi. Melihatkan keadaan itu, saya mengambil keputusan untuk menyelesaikan pengebumian secepat mungkin. Sejak sekian lama terlibat dalam pengurusan jenazah, inilah mayat yang saya tidak talkinkan.
Saya cuma bacakan tahlil dan doa yang paling ringkas. Setelah itu saya pulang ke rumah Allahyarham dan himpunkan keluarganya. Saya bertanya kepada isteri Allahyarham, apakah yang telah dilakukan oleh Allahyarham semasa hayatnya.
Adakah dia pernah menzalimi orang alim, mendapat harta secara merampas, menipu rasuah, memakan harta masjid dan anak yatim? Isteri allahyarham tidak dapat memberikan jawapan. Memikirkan mungkin dia malu untuk memberitahu, saya tinggalkan nombor telefon rumah saya. Tetapi sedihnya, sehingga sekarang tidak seorang pun anak-anak Allahyarham menghubungi saya.
Untuk pengetahuan umum, anak-anak Allahyarham merupakan orang-orang yang berpendidikan tinggi sehingga ada seorang yang beristerikan orang Amerika, seorang dapat isteri orang Australia dan seorang lagi isterinya orang Jepun. Saya bertambah sedih apabila dua orang yang membantu saya menguruskan jenazah tadi menelefon saya.
Mereka kata mereka menyesal membantu saya menguruskan jenazah Allahyarham kerana anak-anak Allahyarham telah menjadikan mereka sebagai musuh. Saya bertanya, adakah mereka menceritakan kisah itu kepada masyarakat? Mereka kata ‘TIDAK’. Peristiwa ini akan tetap saya ingat sampai bila-bila. Kepada masyarakat, tanyalah diri kita adakah kita mahu peristiwa itu terjadi pada diri kita sendiri, ibu bapa kita, anak kita atau kaum keluarga kita? Adakah kita mahu peristiwa ini berlaku berulang-ulang kali sehingga sampai satu masa nanti di mana masyarakat menganggap peristiwa ini sebagai perkara biasa?
Sumber
Baca Selengkapnya >>

Parah! Lengan Ahli Bina Badan Pecah Akibat Pengmbilan Steroit


Seorang ahli bina badan iaitu Greg Valentino yang menggunakan cecair steroid untuk menambahkan saiz ketulan pada badannya mengalami detik mencemaskan apabila ketulan 'biceps' pada lengan sebelah kanannya terlalu besar hingga meletup pecah!


Baca Selengkapnya >>

Farid Kamil Letak Syarat Jika Mertua Mahu Jumpa Cucu ?


GEMPAR! Farid Kamil Letak Syarat Jika Mertua Mahu Berjumpa Dengan Cucunya | KUALA LUMPUR – "Kalau ingin jumpa cucu, dia perlu jumpa saya terlebih dahulu" kata pelakon dan pengarah Farid Kamil ketika mengulas tentang hubungannya dengan ibu mertua, Norsiah Ramli.

Farid, 32, berkata beberapa perkara perlu diselesaikan antara dia dan ibu mertuanya sebelum membenarkan wanita itu bertemu dengan cucu dan anaknya, Diana Danielle.

"Saya risau perkara tidak diingini berlaku, saya tidak berdendam tetapi sekadar melindungi isteri dan anak saya. Saya dapat merasakan ibu mertua saya akan melakukan sesuatu yang tidak diingini kepada mereka.



"Sebelum ini juga banyak cerita negatif tentang kami yang keluar daripada mulut ibu mertua yang menyebabkan saya lebih berhati-hati," katanya.


Farid ditemui pada majlis sidang media drama Jodoh Itu Milik Kita di sini, pada Isnin.

Tambahnya lagi, Diana turut berasa kecewa dengan sikap ibunya yang tidak merestui perkahwinan tersebut.

"Sepanjang Diana berada di Australia saya tidak pernah dengar tentang ibunya telefon atau menghubungi untuk bertanya khabar.

"Apa yang saya lihat Diana sendiri berasa sangat kecewa dengan sikap ibunya yang tidak suka kami berkahwin," ujarnya.

Sebelum ini Farid pernah menyatakan perasaan marah dan kecewa terhadap ibu mertuanya melalui laman sosial twitter peribadinya.

Farid Kamil dan Diana Danielle selamat diijab kabul pada 3 November 2012 di Hotel Flamingo, Ampang.


Dalam pada itu, bercerita tentang kelahiran anak sulungnya pada 2 Julai lalu, Farid berkata dia tidak dapat mengambarkan perasaannya bergelar bapa.

"Saya sukar untuk mengambarkan perasaan saya yang gembira, banga, sedih yang bercampur baur ketika melihat bayi lelaki itu.

"Buat masa ini kami belum memberi nama dan belum pun mendaftarkan kelahiran bayi ini lagi kerana tidak digalakkan untuk membuat proses tersebut di sana," katanya.

Farid berkata, proses tersebut akan dilakukan di Malaysia selepas mereka pulang bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri ini.

Sementara itu, Farid berkata isterinya berada dalam keadaan sihat selepas bersalin dan masih berada dalam pantang.

"Diana sihat cuma selepas bersalin dia lebih emosi dan bersikap "mother blues" iaitu terlalu melindungi anaknya.

"Saya sendiri tidak dibenarkan mengambil bayi itu terlalu lama dan sentiasa takut orang ambik anaknya," katanya. -mstar

Sumber
Baca Selengkapnya >>

Ratusan ikan timbul di sungai gamatkan penduduk kampung

  
Hasil ikan ‘timbul’ menjadi rezeki sebahagian penduduk mengambil bahagian menyauk ikan sejak lima hari lalu
TANJUNG PIANDANG - Sebilangan penduduk Kampung Parit Tanjung Piandang, di sini berpusu-pusu menyerbu parit di kampung itu selepas ratusan ekor ikan timbul dari dasar sungai itu, Isnin lalu.

Seorang penduduk, A Malek Aslie,50, berkata, ikan-ikan itu timbul selepas air laut pasang dari perairan pantai Tanjung Piandang memasuki kawasan parit di kampung itu sejak lima hari lalu.

Menurutnya, kejadian itu membuatkan ikan di parit itu mabuk selepas airnya menjadi keruh bercampur air laut.

“Bagaikan pesta menangkap ikan, penduduk membawa pelbagai kelengkapan bagi menangkap ikan yang timbul ke permukaan air’’ katanya.

A Malek berkata, kebanyakan penduduk memperoleh satu baldi ikan jenis lampan selepas mula menyauk ikan yang timbul pada hari berkenaan.

“Selain, kami berharap pihak berkenaan dapat menjalankan membersihkan dan mengorek parit yang semakin cetek,” katanya.
sumber : http://realitiabadi.blogspot.com
Baca Selengkapnya >>

Monday, 29 July 2013

Ingat Tak Dengan 2 Budak Ni..? Bagaimana Wajahnya Dan Keadaannya Sekarang

Masih inget wajah Bo Bo Ho? Seorang budak mandarin yang dulu memegang watak filem kungfu yang selalu bersama rakannya, Shi Xiao Long. Bo Bo Ho yang mempunyai nama sebenar Hao Shaowen ini diterima di Department of Transportation Management of Taiwan 's Tamkang University. Sebelum dapat membayar wang universiti, Hao Shaowen bekerja di kedai ais krim. Dengan rendah hati ia mengatakan ia ingin belajar tentang Pengurusan pengangkutan dan mengaplikasikannya. Sekitar tahun 1990an filem itu banyak dilancarkan. Jadi filem itu sendiri biasanya muncul semasa cuti tiba. Sekarang, kita lihat bersama-sama bagaimana wajah Bo Bo Hoketika ini, yang dulunya Gemuk dan comel itu? Serta kawannya tentu saja.


Bo Bo Ho dulu!!

Bo Bo Ho sekarang!! 

Bo Bo Ho semasa bekerja di kedai eksrim!!
Hao Shaowen (Bo Bo Ho) masih single buat masa ini, apabila ditanya apakah dia iri hati, partnernya dulu, Shi Xiaolong, menjadi pelakon lagi setelah tamat sekolah menengah amerika, dia hanya menjawab dia tidak cemburu, dan dia tak akan jadi pelakon lagi.

msh ingat kan, kawan nya yg satu lg yg ini?!

Shi Xiaolong dulu
Setelah lima tahun belajar di Professional Children 's School, Shi Xiao Long (Aston Chen), 20, telah lulus dari The New York College, Jun 2008, dan telah kembali ke China.

Shi Xiao Long menampilkan wushu dalam saat pesta konvekasyen, akan Soon Shi Xiao Long akan melakukan action thriller (Huo Xian Zhui Zong) untuk CCTV Movie Channel. Project ini mengambil masa di tahun 1930 Shanghai, dan Shi Xiao Long akan menjadi polis Trainee. Pastinya, Shi Xiao Long berkeinginan untuk menembusi pasaran Hollywood. nasib manusia tak ada yg tahu ... ternyata bo bo ho skrg ... nasib .. nasib ...

Bo Bo Ho & Shi Xialong!!
Baca Selengkapnya >>

Gempar!!! Lagi Kes Bunuh Diri Di Bulan Ramadhan


Si mati telah gantung diri dengan menggunakan tali ampaian dimana tali tersebut di ikat pada besi tingkap nako dan terus ke kipas siling di ruang tamu rumah. Si mati menggunakan kerusi kayu utk memanjat dan mengantungkn diri. Terdapat air kencing si mati di lantai dan lidah si mati sedikit terjelir keluar. Semasa kejadian si mati tidak berbaju dan hanya berkain pelekat hijau.


Hasil temubual bersama isteri si mati Nama Nik Hasnah bt Mohamed semasa kejadian dia bersama dgn anak perempuannya berusia 4 tahun berada di dlm bilik tidur dan semasa itu ada terdengar bunyi kerusi jatuh namun tidak diendahkan..pada jam lebih kurag 2230 semasa keluar dari bilik telah ternampak suaminya iaitu si mati telah mengantungkan diri di ruang tamu rumah dan tidak bernyawa. Sebelum kejadian isteri si mati ada memaklumkan yang telah berlaku pertengkaran kecil diantara mereka berdua dan semasa itu juga si mati ada mengugut si isteri yg dia hendak mengantungkan diri. Semasa kejadian juga grill pintu hadapan telah dikunci dari luar oleh si mati dan kunci rumah tersebut disimpan oleh simati di celah lipatan kain pelekat yg di pakai.

Hasil siasatan dapati tiada unsur- unsur jenayah yg berlaku dan ini adalah berpunca dari permasalah keluarga.

Kes telah dimaklumkan kepada Tuan KBSJD Jeli dimana beliau mengklasifikasikan kes sebagai mati mengejut.

Kes disiasat sebagai SDR dan Io kes SM 84667 Hasnulhai B. Hassan ( OCS Ayer Lanas).
Mayat telah dihantar ke Hospital Jeli untuk tindakan. -TT

Sumber
Baca Selengkapnya >>

Sunday, 28 July 2013

Beri Peluang MatLuthfi90 Arahkan Filem

 MatLufti

Ikon video YouTube dari Malaysia yang lebih senang dikenali sebagai MatLuthfi90 sudah agak lama mencipta fenomena di laman video terkenal antarabangsa itu.
MatLuthfi dikenali dengan karya video selamba dan spontan menyentuh isu yang dekat dengan remaja dan masyarakat. Video-video karyanya hampir kesemuanya ditonton lebih daripada 500,000 kali.
Ada juga beberapa videonya yang mencecah seperti video “Drama-Drama Sebelum Kahwin” yang ditonton sebanyak 1,159,836 kali dan Video “Nama Pun Sampah” ditonton sebanyak 1,027,074 kali.
Jika dijumlahkan semua tontonan oleh orang ramai kepada video karya beliau semuanya mencecah 25,043,710 kali. Videonya boleh dikatakan semuanya mempunyai mesej tersendiri yang boleh digunakan sebagai panduan dengan mesej yang berat disampaikan dalam pendekatan yang ringan.
Saya hanya keliru, adakah sesiapa penerbit filem tidak menyedari kehadiran ikon seperti MatLuthfi yang pada saya sudah layak mengarahkan filem di Layar Perak dengan kreativitnya itu menarik anak muda kembali ke landasan yang sewajarnya.
Banyak penonton video MatLuthfi adalah datangnya daripada golongan muda. Daripada berhabis peruntukan wang kepada pengarah cina kontroversi Namewee, lebih elok diberikan peruntukan khas kepada MatLuthfi untuk dihasilkan filem muda yang segar.
Pada saya beliau menyahut seruan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam melakukan inovasi besar-besaran. Inilah masanya MatLuthfi diangkat menjadi ikon orang muda Melayu berbanding si Adam Adli yang bangga bila Universiti Pendidikan Sultan Idris menggantung pengajiannya.
Sedangkan ikon seperti MatLuthfi yang merupakan graduan jurusan arkitek dari sebuah universiti di Australia berjaya mengangkay anak muda Kedah ini sebagai simbol golongan muda Melayu yang berjaya.
Tindakan syarikat penerbitan Metrowealth yang sebelum ini mengangkat ikon YouTube Bobo menjadi artis naungan mereka untuk menghasilkan video parody dilihat sebagai sia-sia kerana MatLuthfi lebih punyai potensi menarik jumlah besar anak muda.
Saya menunggu, bilakah sama ada kerajaan, atau penerbit-penerbit filem mana yang berani mempertaruhkan sejumlah wang untuk MatLuthfi menghasilkan filem sulung beliau yang pastinya dinanti-nanti oleh jutaan peminatnya.
Saya ingin menarik perhatian anda kepada karya bertajuk “Sebelah Sayap” oleh MatLuthfi yang memaparkan bagaimana pendekatan murni tetapi memahami mampu mengubah seseorang yang ketagih alkohol sehingga berhenti meminum arak.
Anda tontonlah sendiri karyanya. – mynewshub.my


Baca Selengkapnya >>