Monday, 22 July 2013

Luar Biasa: Pagar Rumah Adalah Sebuah Akuarium? (8 Gambar)




COOL KOT - Pagar Rumah Adalah Sebuah Akuarium? | Mehmet Ali Gökçeoğlu, seorang ahli perniagaan yang berjaya dan jurutera topografi dari Turki, telah membina pagar yang sangat cool di dunia untuk villa mewahnya di Çeşme, Izmir. Lapan tahun yang lalu, beliau menggantikan pagar logam di hadapan rumahnya dengan akuarium 50 meter panjang dan dipenuhi dengan beratus-ratus ikan dan sotong kurita.

Terletak hanya beberapa kaki dari pantai Laut Aegean, rumah Mehmet Ali Gökçeoğlu telah menjadi salah satu tarikan pelancong yang paling popular di Çeşme, sehingga dapat menarik seribu pelawat sehari. Lapan tahun yang lalu, ahli perniagaan Turki ini mempunyai idea yang aneh untuk menggantikan pagar depan rumah dengan akuarium gergasi penuh dengan pelbagai makhluk laut dari Laut Aegean. Gökçeoğlu mengupah satu pasukan penyelam swasta untuk melaksanakan tugas, dan terpaksa membayar kira-kira 40,000 Lira Turki (RM 67,084.50) untuk memenuhi impiannya. Ahli perniagaan itu berkata, hanya melihat orang beratur di luar rumahnya dan merenung ciptaannya menjadikan ia berbaloi.







HairanBlog - Aku tak pernah terfikir yang pagar rumah boleh menjadi sebuah akuarium. Kalau dapat buat, memang aku letak ikan pirahna la. Siap la ko pencuri!

Sumber: KoleksiCeritaBest
Baca Selengkapnya >>

Sunday, 21 July 2013

BEKAS TUNANG WAN SAKINAH TAMPIL BERI PENJELASAN MENGENAI PERTUNANGAN MEREKA - MELODI TV3




BEKAS TUNANG WAN SAKINAH DAKWA PERTUNANGAN PUTUS KERANA ASHRAF MUSLIM | Melalui rancangan Melodi TV3, bekas tunang Wan Sakinah Ahmad Saburi, 29, yang tidak dinamakan telah muncul menerangkan tentang pertunangannya dengan wanita itu yang sebelum ini terputus gara-gara Ashraf Muslim, 32, menjalinkan hubungan dengannya.
Beliau turut menambah yang hubungan Ashraf dengan Sakinah sudah berjalan sewaktu pelakon itu masih bergelar tunang kepada Dayana. 
Rasanya hubungan antara Sakinah dengan Ashraf Muslim bermula bukan sembilan bulan selepas Ashraf berkahwin, malah sebelum dan semasa Ashraf dalam pertunangan dengan tunangnya (Dayana) dan saya dan Sakinah masih bertunang.
Pada masa itu saya memang frust, kerana saya sudah hampir berkahwin. Saya tidak boleh menafikan yang pertunangan kami terputus kerana dia (Sakinah) ada hubungan dengan Ashraf Muslim.
Alhamdulillah, apa yang Ashraf Muslim nafikan sebelum ini akhirnya terbongkar. Apa yang pernah saya suarakan sebelum ini dipersoalkan oleh orang luar sama ada saya memfitnah, tapi sekarang sudah terbukti.
Sambil menyuarakan simpatinya pada Dayana, bekas tunang Wan Sakinah turut memberitahu sebelum ini apa yang diperkatakan olehnya tentang Ashraf menjalinkan hubungan dengan tunangnya tidak dipercayai orang kerana mereka menganggap Ashraf seperti ustaz.
Beritahunya lagi, pertunangan dia dan Sakinah terputus 25 hari sebelum mereka melangsungkan perkahwinan.
Mendoakan kebahagiaan mereka (Ashraf dan Sakinah) sehingga ke akhir hayat, bekas tunang Wan Sakinah turut menasihatkan Ashraf agar tidak lari dan bersikap seperti lelaki budiman kerana apa yang dilakukan (berpoligami) tidak salah.
Sebaliknya Ashraf patut berterus terang menghadapi pihak media dan orang ramai.
 
Baca Selengkapnya >>

JANET JACKSON DIKHABARKAN TELAH MEMELUK ISLAM!



BERITA JANET JACKSON MEMELUK AGAMA ISLAM - JANET JACKSON MEMAKAI TUDUNG | Adik Michael Jackson, Janet Jackson dilaporkan telah memeluk Islam selepas berkahwin dengan bilionaire warganegara Qatar, Wissam Al Mana lapor portal hiburan REdCarpet.
Janet dan Al Mana berkahwin dalam satu majlis tertutup Februari tahun lepas.
Janet juga dilaporkan bersara dari dunia hiburan dan lebih selesa hidup tanpa perhatian media di Timur Tengah.
Beliau sebelum ini pernah berkahwin komposer dan pengarah video, Rene Elizondo dari 1991-2000 dan sebelum itu bersama penyanyi, James DeBarge dari 1984-1985.


Baca Selengkapnya >>

Resepi Kuih Sekaya Terengganu / Seri Kaya

 
Bahan-bahan
-1 ketul gula melaka (yg besar)
-1/2 cawan air
-12 biji telur gred B
-200ml santan (owner gune santan dlm kotak jer)
-1 atau 2 sudu besar tepun jagung (nak bagi pekat je sikit, tak letak pun tak pe.. owner tak letak pun)^
cara-cara
1-masak gula melaka bersama-sama air sehingga gula melaka hancur sepenuhnya.
2-tapiskan gula melaka tadi dan ketepikan.
3-pecahkan telur dalam satu bekas dan kacau/pukul (owner kacau jer)
4-masukkan santan dalam bekas berisi telur tdi dan kacau sehingga sebati.
5.Masukkan air gula melaka yg telah ditapis tadi ke dalam bekas berisi telur+santan dan kacau sehingga sebati.
6-Tapiskan bahan yang telah dicampur dan dikacau sebati tadi ke dalam loyang.
7-Kukus kuih tersebut dalam masa 40-60 minit. (korang test la tgk dah masak ke blum pakai lidi atau garfu, kalau dah masak kuih ni xkan melekat kat lidi or garfu tu)
8-Tunggu kuih tersebut sejuk sedikit dan masukkan dalam peti sejuk. (nak makan terus pun boleh jer, xdenye korang keracunan..)
9- Nikmatilah kuih sekaya bersama keluarga anda.. ^.~
~SelaMat MeNcUba~
~SeKaYa TeRenggaNu Mari!!!~
Sumber
Baca Selengkapnya >>

Saturday, 20 July 2013

TAHNIAH : Abby Abadi Sudah Berkahwin


Dalam diam, pelakon Abby Abadi rupanya sedang menyulam bahagia. Hari ini melalui Instagram miliknya Abby mengumumkan yang dia telah 12 hari bergelar isteri kepada seorang pemuda bernama Farhan yang berusia lebih muda darinya. 

Gambar ini diberi kapsyen:
Dipendekkan cerita, Sebenarnya sudah 12hari dia sah menjadi suami Sy. Maaf sbb maklumkan lambat pd kalian…. ALLAH kami dulukan. Insyallah, majlisnya dlm bulan Raya nnti. Lokasi belum pasti. Doakan Ini jodoh… krn kami saling tidak mengenali antara satu sama lain. Baru 2mggu kenal, ALLAH tunjukkan jalan ke sini… Syukur!!
Majlis perkahwinan mereka akan diadakan selepas umat Islam menyambut hari raya dan khabarnya mereka berdua masih memilih tarikh yang sesuai. Tahniah diucapkan kepada Abby, semoga berkekalan ke akhir hayat.
Baca Selengkapnya >>

Meminum Air Teh Membawa Padah ?

Mengandungi bahan anti-oksida, teh sememangnya membawa pelbagai jenis kebaikan kepada kesihatan badan. Namun, tahukah anda bahawa pengambilan teh yang berlebihan boleh mengakibatkan kehilangan gigi serta tulang rapuh?

Kajian dari Universiti Glasgow juga mendapati bahawa lelaki yang meminum lebih daripada tujuh cawan teh sehari mengalami 50% risiko kanser prostat berbanding dengan lelaki yang mengambil jumlah teh yang kurang. 
Journal Perubatan Britain yang diterbitkan pada tahun 2009 turut melaporkan bahawa teh yang diminum dalam suhu sepanas 70 darjah celcius boleh menyebabkan kanser esofagus. 

Jadi, bagaimana anda patut mengehadkan jumlah teh yang diambil? Kebanyakan pakar kesihatan mendapati bahawa 100 sehingga 150 uncang yang boleh membuat 12 cawan teh sehari adalah keterlaluan. Seliter teh boleh mengandungi sehingga 9mg flourida, iaitu sejenis bahan yang sekiranya diambil terlalu banyak boleh mengakibatkan fluorosis rangka, tulang rapuh serta kesakitan dan kekejangan ligamen. Mereka yang pada kebiasaannya minum sekurang-kurangnya 3.78 liter teh selama tiga dekad besar kemungkinan akan mengalami masalah sedemikian. 

Demi mengelakkan masalah kesihatan seperti yang dinyatakan daripada berlaku, anda dinasihatkan untuk minum teh yang tidak terlalu panas. Di samping itu, anda turut digalakkan untuk mengambil teh hitam kerana ianya adalah lebih sihat memandangkan the jenis itu mengandungi sejenis bahan anti-oksida yang dikenali sebagai polifenol. Tambahan pula, terdapat kajian yang mendapati bahawa tiga atau lebih cawan teh hitam sehari boleh mengurangkan masalah jantung.
Baca Selengkapnya >>

Kadang-Kadang Manusia Pun Bodoh Jugak !!

Nak repair kereta agak2 la..

eh...nak start gergaji enjin ke ?


Not Smoking in Petrol Station






Baca Selengkapnya >>