Wednesday, 3 July 2013

Panas!!! Air mani dikesan di pelapik tempat duduk Telah Terjawab

KOTA KINABALU - Perbicaraan kes rogol budak perempuan bawah umur yang kemudian dikahwini lelaki yang didakwa merogolnya di Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu ujian awal mendapati tiga daripada 19 eksibit yang dianalisis mengandungi kesan air mani.

Ahli Kimia dari Jabatan Kimia Kota Kinabalu Biling Peter Raig berkata air mani itu dikesan pada satu pelapik tempat duduk dan dua helai sapu tangan.

Bagaimanapun, sampel eksibit itu perlu dihantar ke Jabatan Kimia Kuching bagi menjalani ujian DNA (asid deoksiribonukleik) untuk kepastian, katanya semasa memberikan keterangan di hadapan Hakim Ummu Khatom Abd Samad.

Beliau berkata demikian semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharuddin pada hari pertama perbicaraan kes Riduan Masmud, 40, yang didakwa merogol gadis berusia 12 tahun enam bulan itu dalam kereta yang diparkir di tepi jalan di Inanam, Sabah pada kira-kira 10 pagi, 18 Feb lepas.

Kepada soalan lain Raja Zaizul Faridah, saksi kedua itu berkata beliau menerima barang-barang kes tersebut pada 19 Mac lepas daripada ahli kimia Aishah Abdul Aziz.

Katanya Aishah menerima eksibit itu daripada Pegawai Penyiasat Balai Polis Inanam Silvia Martin Dalog.

Beliau berkata barang kes yang diterima ialah 19 sampul surat bersama satu bungkusan kertas.

Biling yang juga pegawai sains berkata analisis yang dijalankan mengikut prosedur biasa kes rogol, dari 21 hingga 22 Mei, menggunakan dua teknik iaitu ujian 'Kastle-Meyer' dan 'Phosphatase'.

Terdahulu, saksi pertama Koperal Edward Darwin memberitahu mahkamah beliau menerima laporan kes rogol yang dibuat oleh anggota keluarga mangsa pada 8.24 malam, 18 Feb lepas di Balai Polis Inanam. 

Pada 21 Mei lepas, mahkamah diberitahu bahawa Riduan telah mengahwini gadis itu yang menimbulkan pelbagai reaksi memandangkan gadis itu di bawah umur.

Peguam Loretto J. Padua mewakili tertuduh yang hadir di mahkamah dengan ditemani isteri pertamanya manakala Datuk Mariati Robert bertindak sebagai peguam pemerhati Persatuan Undang-undang Sabah. Perbicaraan bersambung esok. - Bernama
Baca Selengkapnya >>

[Video] Janin Bayi Bersujud Ketika Ayat Al-Quran Diperdengarkan


                
    

Dalam video ini seorang ibu hamil dibacakan ayat-ayat Al-Qur’an, dan selama proses pembacaan tersebut dipantau melalui alat USG kehamilan.

 Semasa ayat-ayat Al-Quran diperdengarkan kita dapat lihat perbezaan posisi bayi sebelum dan sesudah dibacakan ayat-ayat Al-Qur’an.

Sebelum dibacakan ayat suci Al-Quran, bayi nampak aktif dalam pergerakannya (pengerakan normal). Kemudian dibacakan pula ayat suci Al-Quran..

Subhanallah! Hasilnya ketika dibacakan surat Al-Fatihah dan Al-Baqarah janin bayi tampak terdiam dlm keadaan sujud. Bayi itu seakan-akan mengenali suara-suara yang sedang dibacakan.

 Kullu mauludin Yuuladu ‘alal fithrah.

Jadi untuk seorang ibu yang tengah mengandung anaknya perbanyakkanlah memperdengarkan ayat-ayat suci Al-Qur’an.

Semoga kelak menjadi anak yang soleh dan solehah. Amiin


     
p/s: inilah firnah manusia..

p/s/s: rakyat Jepun menggunakan kaedah ini untuk terapi menggunakan headphone yang diletakkan di perut ibu bagi bayi dalam kandungannya, buktinya anak yang lahir lebih cerdik, aktif dan mendengar kata.

                         
Baca Selengkapnya >>

Tuesday, 2 July 2013

WhatsApp Bakal Diharamkan Di Arab Saudi Sebelum Ramadhan 2013


DUBAI – Kerajaan Arab Saudi merancang untuk menyekat atau melarang penggunaan aplikasi komunikasi WhatsApp dalam tempoh beberapa minggu akan datang.

Sebuah akhbar tempatan memaklumkan, larangan itu akan dikuatkuasakan jika syarikat operator WhatsApp yang berpangkalan di Amerika Syarikat gagal memenuhi kehendak dan peraturan yang ditetapkan kerajaan.

Suruhanjaya Komunikasi dan Teknologi Maklumat (CITC) sebelum ini telah melarang penggunaan aplikasi Viber pada minggu lalu.

Pihak berkuasa itu menjelaskan, aplikasi Viber dan Whatsapp didapati sukar dipantau.

Pada masa sama ia turut menjejaskan pendapatan syarikat telekomunikasi yang kehilangan banyak penggunaan panggilan dan SMS antarabangsa kerana kehadiran aplikasi terbabit.

Kerajaan Arab Saudi juga dijangka melaksanakan kawalan lebih ketat ke atas ruang siber dan Internet serta telefon pintar, sejajar dengan undang-undang ketat berkaitan percampuran antara rakyat.

“Kita telah berhubung dengan WhatsApp dan platform komunikasi yang serupa dengannya bagi meminta kerja sama mematuhi peraturan dan syarat telekomunikasi Arab Saudi.

“Bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang hasil yang diharapkan,” kata Ketua CITC Abdullah Al-Darrab kepada Arab News.

Abdullah berkata, operasi Viber telah dihalang minggu lalu kerana tidak mematuhi syarat ditetapkan, dan WhatsApp serta Skype juga bakal berdepan tindakan sama.

Ditanya bilakah perkhidmatan WhastApp itu bakal disekat, beliau menegaskan kemungkinan besar ia bakal dilaksanakan sebelum ketibaan bulan Ramadan iaitu 9 Julai ini.

Pihak berkuasa pada Mac ada memaklumkan bahawa Viber, WhatsApp dan Skype telah melanggar undang-undang tempatan, namun ia tidak menyatakan apakah bentuk kesalahan yang telah dilakukan.

Media tempatan juga melaporkan bahawa tiga operator utama Arab Saudi iaitu Saudi Telecom Co, Etihad Etisalat (Mobily) dan Zain Saudi telah ditanya oleh CITC sama ada mereka boleh memantau dan menyekat aplikasi terbabit atau tidak.

CITC memaklumkan, kadar pemilik telefon bimbit pada akhir 2012 adalah sebanyak 188 peratus.

Pada masa sama, Arab Saudi memiliki 15.8 juta pelanggan Internet dan secara purata pengguna menonton tiga kali video di YouTube sehari.

Panggilan telefon dan SMS antarabangsa konvensional merupakan perniagaan menguntungkan operator telekomunikasi di Arab Saudi yang mempunyai sekitar sembilan juta pekerja asing.

Menurut penganalisis, mereka menggunakan aplikasi berasaskan Internet seperti Viber untuk berkomuniasi dengan saudara mereka di negara-negara lain. – Reuters & ABN News. Gambar sumber Google
Baca Selengkapnya >>

Apa Nombor Plat Selepas WYY?

 WYY


PETALING JAYA – Kementerian Pengangkutan dijangka mengumumkan cadangan baru untuk plat pendaftaran kenderaan bagi Wilayah Persekutuan berikutan penamatan siri “WYY” tidak lama lagi.
Sehingga pukul 5 petang Selasa, nombor plat atau bilangan terkini untuk pendaftaran kenderaan Kuala Lumpur adalah WYK 4720.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Ismail Ahmad berkata nombor pendaftaran kenderaan “WYY 9999″ dijangka datang dalam masa kira-kira dua bulan lagi.
“Jabatan ini telah membuat pertimbangan mengenai pilihan terbaik untuk memperkenalkan urutan penomboran baru, termasuk mengambil kira pelbagai cadangan.
“Pengumuman nombor plat kenderaan baru itu akan diumumkan oleh Pemangku Menteri Pengangkutan (Datuk Seri Hishammuddin Hussein) apabila beliau melawat ibu pejabat JPJ lewat minggu ini,” katanya, Rabu.
Ditanya sama ada sistem baru ini akan menggabungkan sama ada huruf tambahan atau digit, seperti apa yang telah dilakukan untuk kenderaan yang berdaftar di Langkawi dan kenderaan untuk beberapa daerah di Sabah dan Sarawak, Ismail berkata ini juga sedang dipertimbangkan.
Di bawah sistem ini, pendaftaran nombor plat kenderaan bagi Kuala Lumpur akan berakhir dengan “WYY 9999″.
Kira-kira 1.3 juta kenderaan baru didaftarkan dengan jabatan itu pada tahun lepas, dengan Kuala Lumpur mencatatkan jumlah tertinggi kenderaan baru berjumlah 359,239, diikuti oleh Johor dengan 172,608 dan Pulau Pinang dengan 113,340.
Kuala Lumpur juga mempunyai jumlah tertinggi kenderaan berdaftar dengan 5.3 juta diikuti Johor dengan tiga juta kenderaan dan Selangor 2.4 juta kenderaan.
Secara purata, kira-kira 1,100 pendaftaran kenderaan baru direkodkan setiap hari di Kuala Lumpur, berbanding dengan kira-kira 500 di Johor dan 300 di Selangor.
Sementara itu, peniaga kereta Toyota Kenny Lee berkata pelangganya terganggu dengan penamatan tempoh siri plat Wilayah Persekutuanm yang akan berlaku.
Beliau juga menafikan tanggapan bahawa nilai kenderaan itu akan lebih baik jika didaftarkan di bawah Selangor berbanding Wilayah Persekutuan yang mana turutannya cepat berubah-ubah.
Beliau mendakwa nilai kenderaan adalah bergantung kepada tarikh sebenar pendaftaran dan bukannya pada plat nombor pendaftaran kereta itu. – mStar Online
Baca Selengkapnya >>

GEMPAR !!! KLIP VIDEO TAYANGAN PERDANA BUDAK SEKOLAH



SEORANG pelajar perempuan bersandar di dinding sebelum melakukan 'aksi panas' di sebuah sekolah di Dungun baru-baru ini.

--------------------------------------------------------------------------------

Belum pun reda isu rakaman klip video aksi panas membabitkan pelajar, kes seumpama itu dikesan berlaku pula di sebuah sekolah di kawasan pedalaman di Dungun, di sini.
Klip video berjudul 'Tayangan Perdana' itu menggemparkan pelajar sekolah tersebut kerana melibatkan seorang pelajar perempuan yang selama ini dianggap berakhlak.

Paling mengejutkan, aksi ghairah itu

dirakam oleh seorang remaja lelaki menggunakan telefon bimbit di dalam sebuah kelas kosong di sekolah itu.

Turut mendukacitakan, aksi tersebut berlaku dalam keadaan pelajar perempuan belasan tahun itu berpakaian sekolah lengkap dengan lencana.

Wartawan Kosmo! yang meneliti klip video itu mendapati ketika rakaman, kedengaran suara seorang remaja lelaki mengarahkan pelajar perempuan melakukan aksi-aksi ghairah.

Aksi panas yang baru mahu bermula itu bagaimanapun tidak berterusan apabila pelajar perempuan itu mengesahkan kepada pasangannya bahawa dia 'uzur'.

Seorang peneroka Felda yang hanya mahu dikenali sebagai Kasiman, 46, berkata, rakaman klip video lebih dua minit itu dipercayai dibuat baru-baru ini.

Bagaimanapun, katanya, klip video itu dipercayai beredar dan menjadi sebutan di kalangan orang ramai di tanah rancangan berkenaan kira-kira seminggu lalu.

"Klip itu kemudiannya dikatakan jatuh ke tangan peneroka Felda lalu tersebar dengan begitu pantas hingga dalam tempoh 24 jam saja ramai orang tahu.


http://www.kosmo.com.my/21102008
Baca Selengkapnya >>

SIRIUS CUN !!! (11 GAMBAR) Majlis Pernikahan Hani Nur Zara Dengan Shamsul Akmar, Adik Hattan

Pada 29 Jun lepas, telah berlangsung majlis pernikahan anak perempuan produser Julie Dahlan yang juga seorang pelakon, Hani Nur Zara Harmi, 31 yang telah berkahwin dengan adik kepada penyanyi Hattan iaitu Shamsul Akmar Sahabudin, 33.



Majlis resepsi pasangan ini dikhabarkan akan dilaksanakan di Negeri Sembilan pada 6 Julai.Turut hadir bersama di majlis pernikahan tersebut ialah Hattan. Majlis tersebut turut dihadiri oleh beberapa orang selebriti dan diacarakan oleh diva tersohor Azwan Ali. Lagi 10 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar REDPhotography.










Baca Selengkapnya >>

Fuyuh! - Cara menonton Youtube tanpa menggunakan internet

Seperti yang kita tau youtube antara salah satu laman perkongsian video yang paling popular di abad ini. Jutaan pengunjung membuka laman Youtube setiap hari untuk menyaksikan video yang terdapat di situ. Bahkan sekarang movie pon diupload kat situ.


Untuk menyaksikan youtube memerlukan sambungan internet dan memerlukan line internet yang betul-betul laju bagi mengelakkan daripada loading yang terlalu lama dan terputus-putus.


Ketahui cara-cara nyer~

Tetapi ade jugak cara untuk menonton youtube tanpa menggunakan internet dan menggunakan software kursus untuk mendownload video dari youtube, dengan cara teknik ini korang tidak akan memerlukan sambungan internet.






Mudah jer kan...korang tengok la puas-puas..hahaa


Why so serious?? hahaa you got troll...... tiada apa yang mudah dan semuanya berbayar!

Mesti muka korang berubah macam nih kan..
Baca Selengkapnya >>