Tuesday, 2 July 2013

GEMPAR!!! - VIDEO Lembaga Putih Seakan The Flash menyelamatkan Penunggang Motosikal

Gempar di China seorang lelaki membawa motorsikal diselamatkan oleh lembaga putih yang dikatakan hampir dilanggar oleh trak lori yang laju dipersimpangan. Dan video ini direkod oleh cctv jalan dan didapati ada lembaga putih yang cuba menyelamatkan lelaki tersebut dari kemalangan itu.


Jom kita saksikan video di bawah ini.. ia kelihatan seperti the flash


Kalau korang saksikan video ini betul betul korang bukan saja melihat satu cahaya putih ia sepoerti satu makhluk yang berlari dengan begitu lagu sehingga mengeluarkan cahaya. Dan apabila cahaya tersebut sampat di hadapan lori dan basikal tersebut korang akan dapat lihat seperti satu bayangan hitap seperti tubuh manusia yang menyentuh basikal tersebut.

Korang lihat screenshot yang tao telah ambil dibawah ini korang perhatikan bulatan merah yang kecil tersebut.


Korang saksikan betul-betul pada 0:19


SUMBER : Carigold
Baca Selengkapnya >>

Asal Usul Jenama Zip 'YKK'.

Tahukah anda maksud YKK??
YKK bermaksud Yoshida Kogyo Kabushikikaisha (吉田工業株式会社). 
Peerrgghh..belajar sejarah kita hari ni yer..
hhmmm...nilah orangnya
Pada tahun 1932, Tadao Yoshida yang berusia 24 tahun bekerja di sebuah syarikat yang menghasilkan zip dan selepas itu majikannya telah jatuh bankrap. Pada tahun 1934 Tadao Yoshida mengasaskan sendiri Syarikat YKK ini di Nihonbashi, Tokyo. 
Pada awal penciptaan zip, ia telah dipanggil "clasp locker" . Ia telah direka pada 1891 oleh Whitcomb L Judson. Kemudian, pada 1913, Gideon Sundback Sweden mengubahsuai zip "clasp locker" dan menggunakan gigi logam lalu terciptalah zip seperti yang kita lihat hari ini, dan tercipta ia pada 1917. 
Hari ini, terdapat juga zip yang dibuat daripada plastik. Singkatan YKK merupakan kepanjangan dari Yoshida Kogyo Kabushikikaisha . Tadao Yoshida mendirikan Yoshida Kogyo Kabushikikaisha iaitu nama penuh kilang YKK pada tahun 1934.
YKK menjalankan perniagaan di Jepun, Asia, Amerika Syarikat dan Brazil. Sistem pengeluarannya memiliki produk yang dibangunkan untuk memenuhi keperluan pasaran yang tepat dan menyampaikan tahap kualiti yang dipercayai di seluruh dunia. 
Jenama YKK adalah bertujuan untuk meningkatkan nilai barangan yang menawarkan kualiti, kepelbagaian dan keunikan, berdasarkan pelbagai pengetahuan bagaimana ia telah terkumpul melalui projek-projek utama di seluruh dunia.
Pelanggan-pelanggan sedia tahu mereka boleh bergantung kepada YKK untuk pembuatan berkualiti tinggi. Jenama YKK biasanya dijumpai dalam barangan :
* Pakaian
* Perabot
* Beg
* Peralatan Sukan
Syarikat ini iaitu kilang membuat zip kini terulung di dunia, beliau membuat kira-kira 90% daripada semua zip iaitu lebih kurang 206 kilang di 52 buah negara. Mereka bukan sahaja membuat zip malah mereka membuat mesin untuk membuat zip. Kilang terbesar mereka adlah di Georgia iaitu membuat lebih 7 juta zip setipa hari.
Kumpulan YKK juga mengilang produk lain seperti butang-butang, produk seni bina, dan juga mesin industri. Syarikat Yosida zip berpegang kepada satu prinsip iaitu "Kitaran Kebaikan yang bermaksud, tidak berjaya seseorang itu melainkan jika dia menjadikan manfaat kepada oarang lain". Menggunakan prinsip ini, beliau berusaha untuk mewujudkan produk terbaik diluar sana.
90% zip kat dunia ni adalah buatan YKK di 206 kilang dan 52 negara.
YKK bukan sahaja buat zip tapi juga mencipta mesin pembuat zip. Kilang terbesarnya terletak di Georgia, USA. YKK juga menceburi bidang pertanian dan pembuatan.
Baca Selengkapnya >>

Video: Aksi Berani Mati Baring di Landasan Keretapi


Kalau anda tidak cukup berani jangan saksikan video ini.
Seorang pemuda di India sanggup melakukan aksi berani mati.Saya jamin tidak ada mana-mana stuntman yang berani melakukannya.Kecuali pemuda yang satu ini.Aksi di lakukan di Pune Maharashtra India.


Jom! Saksikan video yang mengerikkan ini...


Baca Selengkapnya >>

Monday, 1 July 2013

SERIUS! - Ikan Duyung Terakam Di Kiryat Yam, Israel [VIDEO]

Dalam cerita dongeng, ikan duyung sering digambarkan sebagai seorang perempuan yang jelita dengan sebahagian anggota badannya menyerupai ikan. Ikan duyung itu hidup di dasar laut dan dikatakan merupakan seorang puteri yang telah disumpah sebahagian anggotanya daripada paras pinggang hingga ke kaki menjadi ikan.
Menggemparkan dalam satu video yang di siarkan dalam Animal Planet, terakamnya ikan duyung yang berada di atas batu dan kemudiannya seakan sedar ianya di rakam dan terus masuk kedalam laut dan terus lenyap dari pandangan.

Jadi ramai orang yang berada di sekitar kawasan itu terus berkumpul di tebing laut untuk melihat ikan duyung itu sendiri. Walaupun ramai orang tahu itu mungkin palsu tetapi mereka masih percaya.Ada orang juga kata, ikan duyung itu cuma naik pada waktu petang.
Mungkin duyung itu benar-benar wujud, tapi tak semua dapat melihat atau menjumpainya mungkin hanya dengan tidak sengaja jer. Sebab dalam dunia nie mungkin bukan kita saja kehidupan yang ada. Jadi anda percaya ke tak? Walau apa pun tanggapan dan pandangan kita mengenai ikan duyung, kewujudan makhluk itu akan tetap terus menjadi satu misteri dan mitos yang diperkatakan daripada satu generasi ke generasi yang lain. - Koleksi Misteri 
Baca Selengkapnya >>

Alamak!!! Telur ayam tiruan di Pulau Pinang

Telur ayam tiruan di Pulau Pinang, adoyai..telor pon nak tipu ker?

Rupanya sebiji telur ayam tetapi ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.


Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.

Demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di Georgetown semalam.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

"Komponen bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati," katanya.

Mohamed Idris berkata, kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.

"Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu," katanya.

Loh berkata, beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lalu.
Baca Selengkapnya >>

Mudah nyer penceraian di Jepun !

Kalau kat malaysia bukan main susah kes penceraian turun naik court lagi tuh. Nie tao nak sharekan kat korang tau tak camner cara penceraian dilakukan dijepun?

Okay mari tengok upacara penceraian di jepun ini

Photobucket

Cincin perkahwinannya akan diambil

Photobucket

Mereka yang ingin kan penceraian tersebut akan sama-sama memegang tukul khas untuk mengetuk cincin perkahwinan mereka

Photobucket

Photobucket

Penyek suda cincin kawin tersebut

Photobucket

Selesai la sudah upacara penceraian...tepuk tangan..hehee

Wah cam mudah jer~ ini macam kalau kat malaysia, memang ramai yang senang-senang jer bercerai..hehee
Baca Selengkapnya >>

SUBHANALLAH! - Gumpalan Awan Ajaib Jatuh dan Mendarat di Uni Emirat Arab

Wow, Segumpal awan ajaib yang menakjubkan jatuh dan terakam kamera di kawasan berpasir di Uni Emirat Arab. Pelik jugak, kalau awan jatuh mesti ditiup angin dan ilang tapi nie macam kapas pon ader.

Bestnyer tengok dye dapat peluk awan tu....
Pada video selama 3.5 minit ini korang nampak sebuah awan putih kecil (macam awan guling dalam citer Dragon Ball) tu yang terbang rendah di atas dataran hijau seperti gumpalan besar kapas, lalu jatuh ke tanah, menggelinding, dan tersangkut di pagar. Kejadian ini berlangsung di kawasan subur Bida Faris, tepat di sebelah timur kota oasis Al-Ain.


Lelaki itu berkata:

"Aku tidak akan percaya ini (jika) saya tidak melihatnya dan menangkapnya. Saya yakin ini adalah sebuah keajaiban yang menggambarkan kuasa Tuhan." Allahuakbar~

Fenomena yang pelik tao pon tak tau camner kejadian ini boleh terjadi dan berlaku.
Baca Selengkapnya >>