Monday 22 July 2013

Luar Biasa: Pagar Rumah Adalah Sebuah Akuarium? (8 Gambar)




COOL KOT - Pagar Rumah Adalah Sebuah Akuarium? | Mehmet Ali Gökçeoğlu, seorang ahli perniagaan yang berjaya dan jurutera topografi dari Turki, telah membina pagar yang sangat cool di dunia untuk villa mewahnya di Çeşme, Izmir. Lapan tahun yang lalu, beliau menggantikan pagar logam di hadapan rumahnya dengan akuarium 50 meter panjang dan dipenuhi dengan beratus-ratus ikan dan sotong kurita.

Terletak hanya beberapa kaki dari pantai Laut Aegean, rumah Mehmet Ali Gökçeoğlu telah menjadi salah satu tarikan pelancong yang paling popular di Çeşme, sehingga dapat menarik seribu pelawat sehari. Lapan tahun yang lalu, ahli perniagaan Turki ini mempunyai idea yang aneh untuk menggantikan pagar depan rumah dengan akuarium gergasi penuh dengan pelbagai makhluk laut dari Laut Aegean. Gökçeoğlu mengupah satu pasukan penyelam swasta untuk melaksanakan tugas, dan terpaksa membayar kira-kira 40,000 Lira Turki (RM 67,084.50) untuk memenuhi impiannya. Ahli perniagaan itu berkata, hanya melihat orang beratur di luar rumahnya dan merenung ciptaannya menjadikan ia berbaloi.







HairanBlog - Aku tak pernah terfikir yang pagar rumah boleh menjadi sebuah akuarium. Kalau dapat buat, memang aku letak ikan pirahna la. Siap la ko pencuri!

Sumber: KoleksiCeritaBest

Artikel Terkait Lainnya :



No comments:

Post a Comment