Wednesday 10 July 2013

Kubur Sahabat Nabi Digali Pemberontak

http://i.imgur.com/gPSrZVC.jpg
Sekumpulan pemberontak telah bertindak menggali semula kubur sahabat Nabi SAW, Hujr Ibnu Adi di Adra, Damsyik.

Dilaporkan, kumpulan tersebut bukan setakat menggali, malah membawa jenazah yang masih utuh ke satu tempat yang belum dapat dikesan hingga sekarang.
Perbuatan tersebut menimbulkan kemarahan para ulama dari pelbagai mazhab.
Hujr Ibnu Adi merupakan salah seorang sahabat Nabi SAW, pernah memimpin pasukan Islam dalam satu peperangan penting hingga mencapai kemenangan.
Hujr juga terkenal sebagai seorang yang mengajar anak dan keluarganya agar ikhlas berjuang ke jalan Allah dan Rasulnya.

Artikel Terkait Lainnya :



No comments:

Post a Comment